Sold Out Ticket
View di bahagian Upper Circle Seat
Kesejukkan
Hari Sabtu lepas tirai teater Musikal Tun Mahathir melabuhkan tirainya. Show terakhir pada pukul 3 petang. Aku sempat gi tgk teater ni bersama parent and my gf, Zirr pada hari Jumaat yang lepas. Ini merupakan kali kedua aku tengok tetaer. Kali pertama dulu teater Musikal Natrah. Tapi kali disebabkan dah last minute beli tiket, so dapat seat tak best. Kat atas, upper circle. Tak best langsung seat ni. In case korang nak tengok teater, jangan lah pilih around that area. Kalo pelakon berada di hujung pentas pentas mmg tak nampak apa yang dia orang buat. And kalo ada babak yang di pasang di skrin, nampak sekerat jer. Kalo di skrin gambar orang berdiri nampak bahagian kaki jer. Penat aku menjenguk. Kebanyakkan masa, terpaksa membongkokkan diri untuk tengok teater ni. Huhuhuhu...
Laku perniagaan mamat ni malam tu...licin
Ok back to our bangsawan story. Teater Tun Mahathir agak lama berbanding teater Natrah. Lebih kurang 3 jam. But between that ada break selama 15 minit. Kat luar ada lah mamat sorong troli jual makanan dan minuman ringan. Sesapa nak gi toilet sila lah pergi pada waktu ni ye. Bahagian seat kita orang tu, agak sejuk lah jugak. Kalo kat bawah dulu tak sejuk pun. Apa yang aku buat sepanjang break tu? Posing amik gambar lah apa lagi. Hehehe
Koreografi untuk teater ni harus diberi pujian. Simple tetapi penuh bermakna. Pemilihan lagu pun best. 5 star for that. Lakonan para artis harus diberi pujian. Terutamanya Isma Daniel. Pada mulanya aku agak meragui jugak lakonannya. Sebab dalam newspaper mana ntah aku baca, wartawan tanya kenapa dia tak jumpa Tun Mahathir untuk buat rujukan wataknya, seperti apa yang Erra Fazira buat untuk watak Dr Siti Hasmah. Dia kata tak perlu, sebab source tentang Tun banyak dipasaran and just just study from that. Hmmm...Im glad it turn well. Dari segi percakapan, intonasi, gaya berjalan semuanya se'jibik' lah. Look likes he done a good research. Congratz.
Kad Pengenalan Tun
Name Card Tun
Cerita yang menceritakan kegigihan seorang pemimpin yang membangunkan negara. Pengorbanan yang dilakukan untuk melihat bangsanya duduk sama rendah, diri sama tinggi dengan bangsa yang lain. Walaupun secara fizikalnya banyak perubahan yang kita dapat saksikan. Berdiri dengan gahnya KLCC, pembangunan yang begitu berstruktur di Putrajaya dan Cyberjaya, gerbang pertemuan yang membuka mata dunia apabila pertama kali menjejak kaki di KLIA. Namun demikian, penguduran beliau yang membawa 1000 kecewaan kerana gagal misi utama beliau. Misi mengubah sikap yang tertanam sekian lama berakar umbi di dalam bangsanya sendiri. Kerana kecewaan itu, beliau melangkah pergi.Walau bagaimanapun Tun, jasamu tetap dikenang. Terutama buat anak bangsamu yang membesar di era pemerintahan mu, seperti aku.
Watak Isma Daniel sebagai Tun yang cukup menjadi. 2 thumbs up
Zizan Nin sebagai Tun semasa remaja
Ayunye Erra Fazira.
Good news kepada peminat teater yang tidak berkesempatan untuk menonton Natrah sebelum ini. Teater Musikal Natrah akan ditayangkan sekali lagi pada 25 Nov-5Dis. Kali ni pergi kena bawak adik ku. Dia dah ngamuk tak bawak dia last time when we watch Natrah. Kampung Boy jugak akan di'teater'kan pada 22-31 Disember ini. Jom ramai kita gi tengok teater.
7 comments:
eee....bestnye....dah lama tak tengok teater...jeles la... :D
jgn jeles, jom tengok natrah nanti 25Nov-5Dis. Last time tengok best...
id,date teater natrah tu mcm x mengizinkan aunty nk tgk je huhuhu....
to aunty ina:lorr nape? rugi tak tengok. jomlah gi tengok ramai2 syok tau.
isshh awk ni...x prasan ke date 25Nov-5Dis tu??? agenda penting bakal berlangsung !!
bestnya dapat tengok teater..dulu masa zaman sekolah cukup rajin tengok teater..sekarang ni asyik tak berkesempatan je..
to aunty ina: huhuhu lupa2 lah
to khairolghani:sempatkan diri pd 25Nov-5Dis nnt untuk Natrah. rugi tak tgk. beessttt...
Post a Comment