Fesyen atau Kesengsaraan?

Salam 1 Malaysia buat semua. Dah hari Jumaat. Kejap jer masa berlalu. Hari Rabu lepas tengok America Next Top Model, para peserta dikehendaki memperagakan baju yang diperbuat dari rambut manusia sebenar. Real hair ok? Bukan rambut palsu. Dan para peserta tu cakap busuk baju tu. Huhuhu, macam manalah dia orang ni boleh tahan. Yang menakjubkan tu hasil gambar mereka cantik plak tu. Tak nampak pun macam baju diperbuat dari rambut. So profesional dia orang ni.

Pas tu surfing jap terjumpa lah "Alternative Hair Show". Ni lagi lah horror. Kalo aku terjumpa kat tgh jalan malam-malam buta, tak cukup tanah aku lari. Ada ke orang nak buat rambut macam ni. Kalo ada pun maybe Lady Gaga kut? Oh, korang ada dengar citer tak yang Lady Gaga teruja nak datang Malaysia setelah Adam Lambert berjaya buat show dekat KL beberapa hari yang lepas. Huhuhu, aku macam kurang setuju jika dia buat show kat Malaysia berdasarkan musik dia yang membawa pemahaman agama yang songsang tu. Berharap sangat-sangat, jika terdapat permohonan Lady Gaga tu, pihak berwajib mempunyai pendirian yang tegas untuk tidak membenarkan persembahan dia. Pasti ada yang akan berpendapat aku kolot, biarlah daripada kita cuba untuk mengikut arus kemodenan, tetapi tergadai jiwa dan agama.

Ok lah malas mahu berceloteh panjang-panjang hari ini. Jom aku share kan fesyen rambut yang sengsara pada pandangan mata aku. Tak tau lah sape yang buta fesyen di sini?

Fesyen atau Kesengsaraan?
Apa motif rambut yang ada jam tu?

Fesyen atau Kesengsaraan?
Nampak plak model-model ni jalan dengan rambut dah tutup mata macam tu.

 Kalo sesapa berminat boleh lah print gambar di atas bawak gi tukang gunting rambut korang ye. Kalo tak puas dengan fesyen yang sedia ada ni, boleh lah menjengah di Alternative Hair Show


9 comments:

khairolghani said...

suka top model..antara rancangan faveret ditonton bersama wife..

dah nama pun fesyen..letak la benda alah pelik2 pun kat badan,diorang akan tetap kata fesyen

mummy nana said...

ni namanye ngarut je nih. tahpe2. nk tiru lady gagap kot. die kan cetus pesen bebukan. :P macam2 la. sengsara mata tgok!

donny said...

nampak post ni baru teringat mau potong rambut sudah panjang ...hehe

Lina Rahim said...

motfi rambut ada jam tu bertemakan alice in wonderland kot..hahhaa..

MamaYatie said...

kdg2 tngk fashion show kat tv terpikir jugak, penat mereka design tp hakikatnya bukan org nak pakai kalo pelek2 sngt

noreed said...

to khairol:haip lelaki mn leh tgk AMNTM. byk pompuan seksi kat situ.

to mummynana:sengsara mata tgk, sengsara gak rasa nya org yg cuba fesyen ni.

noreed said...

to donny: err yakin ke nak buat rambut mcm tu?

to lina: hahaha, kalo nak tau kul brp mintak org tgk kan

to mamayatie: ade sorang jer yg pakai, lady gaga. dia tu baju diwat dari daging pun nak pakai.pelik sungguh

ISZA said...

bayangkanlah kalau cikgu2 pakai fesyen macam ni kat sekolah...

haru.. :D

noreed said...

tp mn tau cikgu, anak murid takut. trus tak nakal2 lagi. heeheheeh

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino