Oh Mr Idea Ke manakah Kau Menghilang?

Salam penuh keceriaan buat para tetamu yang sudi berkunjung ke blog ku. Thank you so much. Muaaahh…

Amaran: Jika anda berhasrat untuk membaca entry ini, anda dinasihatkan untuk terus membacanya sehingga ke noktah yang terakhir. Kerana jika tidak, anda akan menyesal sama skali.

Sudah beberapa hari aku just buat 1 posting sehari. Sebelum ni berazam untuk buat posting 2 kali dalam sehari. Dengan perubahan layout yang baru ni, banyak masa aku peruntukkan untuk memperbaiki apa yang patut. Sekali cuba tak semestinya success . Try and error so many times. Habis sudah cecair otak ku gunakan untuk buat kerja touch up layout. Badan dah penat, idea untuk update blog pun sudah tiada. Oh Mr Idea Ke manakah Kau Menghilang? Jangan tinggalkan aku terkontang-kanting sendirian.

idea
Idea, idea di manakah di kau???

Mungkin kepada yang tidak menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER tidak akan paham kenapa kita begitu seronok untuk menulis or update blog kita setiap hari. Aku tidak pasti blogger lain tetapi bagi diri ku yang baru merangkak menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER, akan berasa begitu lega jika dapat publish entry. Perasaan tu sukar nak diterangkan dengan kata-kata. Dulu semasa bulan pertama aku terjun di dalam dunia blog ni, betapa susahnya aku nak perah santan idea ni bagi kluar dari otak ku. Untuk menerangkan sesuatu perkara tu di dalam satu ayat yang boleh difahami oleh para pembaca blogku (ceh macam lah ramaikan), kadang-kadang tu sampai 2-3 kali aku type and delete. Dahlah kerja seharian aku bergelumang dengan dunia teknikal apa yang aku luahkan di dalam penulisan aku agak straight forward. Tiada tersirat, tersimpul semua nya direct explanation. Hahaha…tiada bahasa yang puitis langsung.



Kekontangan idea kadang-kadang melanda jugak diriku. Tu tak termasuk lagi bila aku termakan Vitamin M (malas) terlebih. Jika benda ini melanda, apa yang aku lakukan just membuat sessi lawatan ke rumah rakan-rakan blogger yang lain. Membaca cerita mereka yang berkongsi kegembiraan dan kesedihan di dalam hidup mereka. Kadang-kadang dari situ muncul lah idea yang membolehkan aku motivate diri untuk update citer di blogku.

Idea tu bleh datang dan bleh pergi begitu sahaja. Ada satu ketika tu, aku just publish entry daripada simple quotes yang kluar dari mulut opis mate semasa open house hari raya yang lepas. Ingat tak lagi tentang posting ku tentang Curi Senduk? Tajuk lawak jer, tapi masa tu idea menulis datang dengan begitu senang skali.

Sepanjang aku berkecimpung di dalam HIDUP SEORANG BLOGGER, idea-idea yang aku dapat kebanyakkan dari persekitaran. Apa yang berlaku di dalam kehidupan ku seharian. Sama ada sedih ataupun gembira. Most of it I blog it here.

Kebanyakkan blogger menjadikan blogger otai sebagai sumber inspirasi mereka . Buat diri ku, aku sendiri kurang pasti siapa sumber inspirasi ku. Kerana setiap blogger cara penulisannya berbeza-beza, topik yang diutarakan juga berlainan. Ada yang bercerita dengan penuh tersirat dan ada pula yang bercerita dengan begitu bersahaja. Kedua-duanya pun aku terjah baca. Terdapat blogger yang bercerita tentang isu semasa, hal personal, citer soping (hehehe aku tau Kaum Adam yang macho tu tentu meluat dgn topic ni), blogging tips dan tutorial berguna serta tak lupa juga yang bermurah hati mengadakan giveaways, contest.

Macam lah entry ku kali ni sebenarnya adalah untuk entry 2nd GiveAways dari blogger Ailyna. Dia mencari entry yg paling best untuk tajuk berkaitan "What inspire/motivate you to blog in the blogging world ?". Tiada apa-apa syarat yang dikenakan, just do the writting part. Suka hati lah nak buat macam mana. So apa lagi jom lah kita joint beramai-ramai. Hadiah dia best tau. Estee Lauder. Alah kalo korang lelaki pun, sedekah lah hadiah tu kat gf korang ke? Wife korang ke? Kalo kat mak korang lagi afdal. Mana tau last2 minute saudari Ailyna ada tambah lagi hadiah macam 1st GiveAways tu hari. Ngeh...ngeh...ngeh berharap dengan penuh harapan.



pstt...psstt...tak rugikan baca sampai habis?

picture credit to www.123rf.com and edited by me


5 comments:

Lina Rahim said...

oh, macam best pula tajuk What insipre me blogging..teringin nak buat tajuk tu, tapi malas..pasni boleh la saya join, nak join GA dan juga update blog..tapi betullah, kadang2 payah nak perah idea utk blogging, so, baik blog apa2 yg berlalu di sekeliling kita..

Kalamhati said...

hanya jauhari mengenal maniam eh manikam!..hehe

noreed said...

to lina: hehehe tu lah sy slalu citer apa yg berlaku tentang diri sy dan yang berlaku disekeliling saya jer,lina. lagi senang untuk kita bercerita.

to kalam hati: maniam tgh sibuk duk buat maruku tu kak, besok nak raya ;p

Unknown said...

oowhhh.. ade contest ya...
nak usha lah..

gud luck noreed

noreed said...

jom joint kak yong :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino