Short Form Ape Ni? Saya Tak Paham

Hi/Salam buat semua pengunjung blogku. Harap semua sihat dan ceria-ceria selalu ye.

Bulan lepas ada kawan aku memberi komen di FB nyer mengatakan tentang isu 'short form' yang digunakan di zaman sekarang yang sukar difahami.

"Tak faham dengan pengguna2 fb yang guna 'short form' smpaikan xreti nak baca n merosakkan bahasa..nk rgkas pun jgnla smpai merosakkan ejaan prkataan..xde indahnye.."

Bila aku baca status dia ni aku tergelak sekejap lalu aku reply;

"hahah btul tu. skrang nyer short form naik tak phm aku. err adakah sebab kita semakin ditelan usia???"

Memang kadang-kadang tu aku pun pelik dengan penggunaan short form skrang. Terutamanya pada budak-budak remaja muda belia di luar sana. Kadang-kadang tu sampaikan apa yang nak disampaikan langsung aku tak paham. Tengah hari semalam adik aku hantar sms guna "short form" yang memang aku tak bleh nak paham langsung. Malas aku nak pening-pening kepala cuba untuk memahamkan sms dia tu, aku trus jer balas ckp aku tak paham apa yang dia cuba nak sampaikan. Adik aku sorang ni antara yang guna "short form" yang memang susah nak paham. Kadang-kadang tu, sampai mak aku call dia sebab bila dia sms mak aku tak paham.





Short Form Ape Ni? Saya Tak Paham


Hai lah adik-adik sekalian, tak boleh ke guna bahasa yang normal. Jika nak guna "short form" pun biarlah yang standard, yang memang orang lain gunakan nya. Bukan nyer golongan you all jer yang gunakan. Macam kurang respect pun ada aku rasa. Gunakan lah bahasa short form tu kepada kelompok age korang jer. Pening kepala kami yang senior ni nak memahamkannya.

Kadang-kadang tu bukan bahasa short form pun yang digunakan, bahasa 'fancy' yang terlebih kreatif. Kenapa aku kata begitu, ye lah kita guna kan short form sbb nak jimatkan masa. Ni tidak. Ejaan perkataan 'tu' diganti dengan  'thu'. Tak perlu lah nak terlebih kreatif nanti maksud yang nak disampaikan tak kesampaian.

Tetapikan kalo budak-budak yang duk guna bahasa macam tu aku ada maaf lagi. Ye lah muda belia, idea kreatif tengah bercambah-cambah. Yang aku paling tak tahan, level-level mak orang/bapak orang guna bahasa yang pelik-pelik ni lagi lah teruk. Adui bapak-bapak dan ibu-ibu sekalian gunakan lah bahasa yang betul. Bukan tak bleh nak "short form", boleh. Tapi gunalah "short form" yang standard yang boleh difahami oleh semua orang. Bukannya "short form" yang awak sorang jer paham. Tunjukan tauladan yang baik pada anak-anak ye.


psst...psstt...channel kan idea kreatif anda ke channel yang betul.

15 comments:

MyZone~theUn4given said...

tahu xper..short form yang kreatif tu..agak lebey2 plak..konon dengar manje2 pelat gitu..hahahha...

Ryoki said...

hahaha.. btol2.. fancy terlebeh plak.. da yang tambah y kat perkataan.. ish... tension jer kalau baca msg camtu...

Didzy said...

saya pun ada juga kawan yg buat mcm tu..yg x bestnye kena guess apa maksudnya yg sebenar, rasa mcm sms teka teki ada jugak..hehe

ttg parents sya xde problem, mak saya kalo sms mmg full words, BM standard... sbb mak kita org dewan bahasa...(^^,)

sensuous rose said...

kalau my dad dpt short form camtu dpd anak2 dia, dpt ceramah berjela la nanti after dat. huhuhu

eMMe said...

aa'ah..dowang ni tah pape
rosakkan bahasa reti la
mane reti memperindahkan n perelokkan.
dah manyak dah camtu
cenne nak tegur
kang tegur
sentap plak
kekekekke~

mummy nana said...

hi noreed lamo tak singgah sini.
shortform ni pakai kalu sms ke twitter tu paham la sbb limitnyer perkataan. hehe.
p/s: cantik theme ni ceria!!

ainzuryn said...

tulah kadang-kadang adik hantar sms pun ain tak paham...

noreed said...

to MyZone:oo tu rupanya gaya pelat ke? hahaha sumpah tak prasan.

to ryoki:tambah y tu yg mcm mn plak. adoi kreatif sungguh mereka ni.

noreed said...

to:teka teki teka tekuk
sms tak paham rasa nak ketuk

my parents tak lah didzy, dia org guna bhs standard.

to sensuous rose:case sy tak sempat lg my parent nak bebel, kakak dia ni dah bebel.hehehe

noreed said...

to emme: sentap-mentap, dr tak paham baik lah ditegur ye dak?

to ain:eh org demam ni dah baik demam ke, jln2. get well soon ye dear. senasib lah kita ain,adik yg terover kreatif ni. dah tegur pun buat lagi...adui...

noreed said...

to mummynana:hi mummynana, tu lah mummynana sombong dah dgn kita skrang, tak sudi nak jengah ke sini. hehehe. shortform standard ok lagi, ni yg tak standard poning nak pahamkan nyer

p/s: glad u like my template :)

Kalamhati said...

hehe ana memang fenin lah baca itu short form (baca gaya P Ramlee dlm ahmad albab..hihihi)

moral op de story:
gunakanlah bahasa kebangsaan kiiiita..yakinlah bahasa jiwa bangseee..ngee

noreed said...

to kalamhati:betul, betul, betul (baca gaya upin ipin ye..hehehe)

akubiomed said...

Kalau banyak perkataan mengunakan short form pening nak buat translation

noreed said...

to akubiomed: kalo sy, sy trus jer reply; "tak paham".

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino