Deepavali dan Fakta

Hallloo....Happy Deepavali bagi kaum hindu yang menyambutnya.

Wah cuti panjang hujung minggu ni ye? 3 hari bercuti. Mahu buat apa? Ada yang balik kampung ye?  Walau ke mana destinasi korang berhari-hati di jalan raya ye.

Aku tak ada plan ke mana pun. Pagi tadi bangun, pastu pergi jogging with my cousin and dad. Oh sepupu ku, Nadiah skrang tinggal sekejap bersama family aku, sebab mak dia pergi menunaikan haji. Bila weekend dia akan balik untuk jenguk-jenguk rumah. Semasa artikel ini ditulis aku tengah melepak di rumah dia, sementara dia sedang kemas-kemas rumah. Hehehe hampeh betul aku, just melepak jer kat atas ni mencari info tentang perayaan Deepavali.

deepavali


Deepavali merupakan perayaan lampu (festival of lights) dan juga dikenali sebagai Diwali.. Dalam bahasa Sanskrit, Diwali membawa maksud deretan lampu. Perayaan ini akan disambut dalam bulan Kartik (kalendar Hindu) iaitu di dalam bulan Oktober atau November.

Pada pagi perayaan Deepavali mereka akan mandi minyak (herbal oil) dan seperti juga perayaan kaum lain, mereka 'disunatkan' memakai pakaian baru. Mereka juga akan berkongsi makanan yang manis bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Antara manisan yang selalunya disediakan adalah halwa, burfi dan laddu, Oh! no wonder masa aku gi rumah kawan India aku, dia orang ada banyak manisan. Yang aku memang cannot go lah sebab aku agak kurang suka makanan manis

Malah ada satu legenda menarik di sebalikpesta ini. Narakasura, merupakan syaitan yang memerintah negeri Pradyoshapuram. Di bawah undang-undangnya, orang-orang kampung menderita dan mengalami kesusahan. Dia akan menyeksa orang ramai dan menculik wanita untuk dipenjarakan dalam istananya. Melihat kekejamannya, Lord Khrishna bertolak untuk memusnahkan Narakasura dan hari Narakasura meninggal telah disambut sebagai Deepavali, dan merupakan hari kemenangan.

kolam


Rumah penganut agama Hindu akan menyalakan lampu-lampu minyak kecil dibuat daripada pasu-pasu tanah liat dan diisi dengan minyak kelapa. Ini merupakan kepercayaan mereka untuk menjemput Lakshmi, iaitu dewi kekayaan. Di samping itu juga beberapa minggu sebelum perayaan Deepavali disambut, Kolam akan dibuat di depan pintu masuk penganut agama Hindu. Kolam merupakan bentuk 'sandpainting' yang dilukis menggunakan tepung beras oleh ahli-ahli keluarga wanita di depan rumah mereka. Diamalkan secara meluas oleh penganut agama Hindu di India Selatan. Kolam bukan sahaja sebagai satu bentuk hiasan estetik tetapi juga sebagai kepercayaan untuk mendapat limpahan kecantikan dari dewi Lakshmi..


Pada aku Deepavali adalah perayaan yang penuh warna-warni dan cukup meriah. Sebagai rakyat Malausia aku rasa bertuah kerana berpeluang mengalami pelbagai perayaan di bumi Malaysia ini.

info credit to wikipedia , www.regit.com, www.essortment.com 
picture credit to ragedindian.com, www.trekearth.com

5 comments:

Kalamhati said...

Proud to be a Malaysian..alhamdulillah..=)

Lina Rahim said...

hehe..kalau Noreed duduk Sarawak ni, lagi la macam2 perayaan jumpa..siap cuti lagi tu..hari ni Deepavali Swak tak cuti..

noreed said...

to kalam hati: dgn penuh kesyukuran....alhamdulillah

to lina: oh ye ke tak cuti? baru tau hr ni, igtkan selama ini 1 msia cuti.

gadisBunga said...

semoga malaysia terus harmoni...

noreed said...

to gadis bunga: amiinn...

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino