Cak!!! Muncul Kembali

Salam buat rakan-rakan semua.

Cak!!! Dah bleh update blog.Alhamdulillah Streamyx ku dah ada semula. Tak sampai tempoh 48 jam line tepon rumah ku dah ok, Streamyx pun dah ok. Bravo, bravo. Bagus-bagus baru lah customer tak complain. Ini first time aku call 1300888123. Selalunya anything aku buat report kat 100. Customer servise yang jaga no ni berinfomatif sket berbandingyang 100. Memang sangat gembira dengan service yang diberikan dan action yang diambil. Pasni kalo problem memang aku call no tu jer, tak mo dah call 100 tu.


Perasan tak blogku dah berubah 'cat'. Ok tak? Cun tak? Penat aku memilih selama seminggu dah ni. Last-last aku pilih yang ini. Ceria sket berbanding yang dulu. Kalo dulu kat bahagian atas jer colorful, bila scroll ke bawah color hitam jer. Bersesuain lah dengan tema yang aku nak....ceria. Isu yang aku sharekan bersama korang pun berunsur ringan-ringan jer kan? Tak mo lah yang sakit-sakit otak. Kadang-kadang jer dalam posting yang label "Cubit Sket" aku akan cerita isu-isu hangat sket. Kalo tak biasa-biasa jer. Aku nak blog aku relaxing but at the same time ada gak info-info yang aku bleh sharekan bersama kalian.

Tetapi ada beberapa lagi masalah tentang blog ni yang aku tak berjaya nak setlekan lagi. Gambar kawan-kawan yang memberi komen tak nampak. Jangan kata muka kawan-kawan yang tinggal komen tak nampak muka, aku sebagai tuan rumah ni pun tak bleh nak display image sendiri. Tak tau macam mana nak bagi nampak. Ada sesapa ada idea yang bernas? Kalo boleh aku tak mo lah pakai instanse debate, sebab aku tak mo dia masuk emel aku. Lagi satu aku nak checking terlebih dahulu komen-komen yang diberikan . Bukannya apa, untuk mengelakkan tetamu yang mempunyai niat kurang baik dari bertandang di sini. Anybody have any idea how can I solve this problem? Tolong lah korang semua kan genius...

Lagi satu yang aku musykil, tak tau nak godek tang mana lagi, ialah bahagian stand alone page. Contohnya page "Who Am I?".Aku tak mo lah paging tu display sekerat jer. Aku nak pasang widget untuk Contact Me. Widget ni merupakan cadangan dari dari saudara Khairol Ghani. Thank you, bro. Cun dah form ni. Tetapi disebabkan masalah each posting dia display sekerat jer, maka widget ni doesn't work well. Adoi tertekan sungguh beta... (tiba-tiba jadi raja ni pehal???)

Niat di hati nak buat satu page di mana listing blog kawan-kawan semua. Ala-ala macam exchange link lah. Sesapa yang memang dah follow blog ni secara automatic memang akan masuk listing ni. Tapi tu lah tak sempat dan tak menjadi lagi. Ada ke cara yang lebih senang untuk aku susun all this bloglist in alphabetical order? Ke memang kena buat manual ye?

Dah tak larat dah mata ni, dari balik kerja tadi, kul 6 sampai kul 11 lebih duk ngadap lappy. Mata pun dah kuyu ni. Besok jer lah aku sambung ye. Kepada sesapa yang tau nak setlekan masalah aku ni, harap dapat membantu diriku yang masih merangkak ni ye.

10 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

nak komen tapi tengah mengantuklah....

bagi can kat orang lain dulu...

hehehe..

Lina Rahim said...

wah, da tukar cat baru..singgah rumah baru di tengah2 malam..hehe..

Kalamhati said...

welkam bek..=B

noreed said...

to azrina: sila2 komen

to lina: tq singgah cni, lina

to kalamhati: tq kak :)

My Little Diary said...

wah.... blog yg cantik, menarik, tertarik... ko mmg tak boMMM.... he3x..

eMMe said...

Cunnye ceria je..hope ceria selalu....main cak2 plak, cute nye...

noreed said...

to littlrDiary: thanks dear. tp masih ada bbrp prob yg masih blum setle...bleh tlg ka?

to emme: cak! emme...hehhehe. thank u. tp masih ade byk benda tak setle. tido pun jadi tak lena

Didzy said...

kalau nak buat satu page lagi kena tambah code tu dkt html...

noreed said...

to didzy: sorry sy kurang phm. after kita create page n publish. then adding what code kat html? adoi knapelah tiba2 sy jd rabun it ni...so stress out...

khairolghani said...

ok..ceria sikit nampak..

bab masalah yg dihadapi,kena usha2 dulu..kalau boleh bantu,nanti saya email balik..tak pe,godek slow..ada la tu cara dia..

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino