Corat-coret Kisah Haji

Salam buat semua pembaca blogku. Aku tahu korang semua ternanti-nanti citer sambungan Raya Kembara aku kan? Hehehe sabar ye.... Tak lama lagi muncul lah tu.

Ada sedara mara atau member korang yang pergi haji tahun ni. Di dalam family aku makcik saudara ku di sebelah ibuku, Alhamdulillah sedang menunaikan ibadah haji skrang. Menurut sms kepada anaknya, Nadiah mamanya sedang berada di Mina skrang.

Skrang urusan jemaah haji banyak telah dipermudahkan. Dari segi tempat tinggal aku baca dalam paper tempoh hari sudah banyak hotel yang selesa menjadi tempat bermalam untuk para jemaah. Aku belum ada rezeki lagi untuk ke sana jadi aku tidak berapa mahu mengulas keadaan di sana. Cukup sekadar apa yang aku baca di dalam surat khabar sahaja.


Corat-coret Kisah Haji
Kemas jer packaging air zam-zam ni
Tetapi satu-satunya yang aku rasa semakin mudah adalah, pakej haji sudah boleh membuat service untuk menolong para jemaah poskan air zam-zam buat kaum keluarga yang berada di tanah air. Beberapa hari selepas makcik ku berlepas pergi menunaikan haji, cousin ku Nadiah, pulang dari opis membawa 2 balang besar air zam-zam.Makcik aku baru pergi dalam 4-5 hari jer, air zam-zam nyer sudah sampai. Walaupun agak klakar, tetapi bagi aku kemudahan itu bagus. Para jemaah tidak perlu khuatir bagaimana mahu mengangkut air zam-zam yang berbotol-botol tu. Terutamanya bagi golongan warga tua dan yang uzur. Boleh lah memberi sepenuh tumpuan terhadap ibadah ketika berada disana.
Namun pada hari Selasa yang lepas, aku baru dapat tahu rakan sekerjaku yang sepatutnya sudah berlepas menunaikan haji, tidak berjaya untuk ke sana. Barang semua sudah siap pack. Namun nasib tidak menyebelahi dia. Dari batch jemaah kawan ku itu, hanya 15 orang sahaja yang lepas. Tiba jemaah haji yang ke-16 sistem scan barcode Arab Saudi down. Segala penjelasannya itu hanya diterangkan di FB nyer sahaja. Mungkin dia penat untuk bersoal-jawab dan masih di dalam mood kecewa. Sebenarnya citer dia agak kabur, tetapi memandangkan perkara ini perkara yang sedih buat dirinya, aku tahan saja niat ku untuk bertanya. Semoga dia sabar dengan ujian ini, dan mungkin belum tiba masanya untuk dia menjadi tetamu Allah.

Aku berharap semoga family ku dan diriku diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah pada satu hari nanti.


psstt...psstt...mengirim doa yang sangat kuhajati pada makcik ku itu. Harap-harap dia tidak lupa.

3 comments:

Gentleman Frog said...

Salam,

bagus manfaatkan teknologi, elok mntkkirimkan doa sahaja, kesian yg tua2 tu, kdg2 org kampung mntk air zam2, kurma, cincin, kopiah, telekung, tasbih, sejadah, ....... sampai tak terangkat org tua tu hahaha :D

be grateful

Didzy said...

Teringin nak gi sana lagi...

gadisBunga said...

ehem. macam guwe tau je doa apa yg dihajatkan sgt itu.....lalala... :p

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino