Percubaan Pertama Membuat Roti

Salam semua pembaca blogku. Terima kasih sudi menjengah ke sini. Walaupun lately ni aku memang sangap sket nak mengupdate blog. Maaf ye...

Mahu citer ape yang aku lakukan pada weekend lepas. Citer agak basi, tapi nak share jugak dengan korang semua. Nak update weekend tu hari busy yang amat, tidak berkesempatan langsung.

Last weekend buat kali pertamanya di dalam sejarah hidup aku ni, aku blajar buat roti. Buat roti kentang. Dengan bantuan ibunda lah. Nak aku buat sorang karang roti tu jadi capati plak jadinya, haru nanti. Resipi telah dicilok dari Dapur Tanpa Sempadan. Ada derhaka ke? Ada lah sket. Mat jangan marah yea...minor derhaka jer. Just sapu kuning telur + esen kuning di atas roti sebelum dibakar.

Kalo nak resipi sila ke sini ye; Roti Kentang Sesuai Untuk Sarapan

Mahu citer lebih tak bleh lah kan. Sebab own by Encik Mat Gebu kita ni. Tetapi ada peristiwa agak dramatik berlaku semasa aku buat roti ni. Aku telah buat mixer kuih mak aku tu berasap. Habis hangit satu rumah. Nasib baik tak terbakar. Mixer kuih mak aku ni memang lah tak berkurun lamanya, mungkin dah tiba masanya pergi buat check-up. Aku cuak giler masa dia berasap tu. Dah macam asap ahli sihir bikin potion. Nasib baik jugak, doh roti tu dah hampir menjadi. So uli dengan tangan sket jer.

roti kentang
Dah 'tembam' jap lagi bleh bubuh kastard dan bakar

roti kentang
Setelah sapu kuning telur dan piping kan kastard
roti kentang
Dah siap....Terliur ke????
Pada aku lah kan antara buat kek, biskut dan roti. Yang paling remeh adalah buat roti. Dah uli, kena biarkan dalam 45-50 minit bagi doh tu naik. Pastu semasa nak buat bulat-bulat kecik tu (err...macam gambar 1 tu) kena timbang plak. Supaya bila roti tu naik sama besar, sama comel dan moleknya. Dah tu tunggu lagi bagi doh yang bulat-bulat kecik tu naik lagi. Then finally baru bleh bakar. Fuhhh!!! So long the procedure kan? Tapi bila nampak roti tu naik tembam jer, alangkah puasnya hati.

Citer pasal roti buat kan aku lapar lah plak. Oklah mahu pergi makan itu roti kentang hasil buatan pra-chef Noreed..hehehehe

psstt..pssttt...ada sesapa tahu kat mana pusat service Kenwood untuk home appliance. Mixer saya perlu berjumpa 'tuan doktor' nya ni. Minta bantuan.

10 comments:

atien said...

Wahh !! t'liur laa plak bila tgok roti yg daa menjadi nie .. rase mcm nk mkn roti plak ...........

ISZA said...

memang bersabar orangnya bila dapat buat roti dengan jayanya.. tahniah..
pos sini sikit boleh?
:)

Idalara said...

wah..sedap nampak...masa panas2 tentu lebih sedapkan..dan lebih sedap kalau bg kak ida sebuku dua..hihihi

Lina Rahim said...

wah..1st time buat terus jadi. tahniah la ya

noreed said...

to atie:hehehe, meh jemput mkn, atie :)

noreed said...

to cikgu isza:mmg perlukan kesabaran yg tinggi kak. tak tau lah nape my mom suka buat roti?pos takut kemek roti tu kak..hehehehe

noreed said...

to idalara:bleh, bleh, kalo duk setaman mmg sy bg dah kak.

noreed said...

to lina:thanks, lina. mmg first time buat but my mom byk tlg tunjuk ajar.masa nak bulatkan doh kecik2 tu doh sy asik kena reject jer dgn mak sy sbb tak smooth..kehkehkeh

Cikgu Fonik said...

salam,

tgk pon menyelerakan, klu mcm ni boleh buat bisness

noreed said...

to gentleman frog:ohh tidak buat roti begitu memenatkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. tak sanggup buat bisnes roti..

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino