Mahu citer ape yang aku lakukan pada weekend lepas. Citer agak basi, tapi nak share jugak dengan korang semua. Nak update weekend tu hari busy yang amat, tidak berkesempatan langsung.
Last weekend buat kali pertamanya di dalam sejarah hidup aku ni, aku blajar buat roti. Buat roti kentang. Dengan bantuan ibunda lah. Nak aku buat sorang karang roti tu jadi capati plak jadinya, haru nanti. Resipi telah dicilok dari Dapur Tanpa Sempadan. Ada derhaka ke? Ada lah sket. Mat jangan marah yea...minor derhaka jer. Just sapu kuning telur + esen kuning di atas roti sebelum dibakar.
Kalo nak resipi sila ke sini ye; Roti Kentang Sesuai Untuk Sarapan
Mahu citer lebih tak bleh lah kan. Sebab own by Encik Mat Gebu kita ni. Tetapi ada peristiwa agak dramatik berlaku semasa aku buat roti ni. Aku telah buat mixer kuih mak aku tu berasap. Habis hangit satu rumah. Nasib baik tak terbakar. Mixer kuih mak aku ni memang lah tak berkurun lamanya, mungkin dah tiba masanya pergi buat check-up. Aku cuak giler masa dia berasap tu. Dah macam asap ahli sihir bikin potion. Nasib baik jugak, doh roti tu dah hampir menjadi. So uli dengan tangan sket jer.
Dah 'tembam' jap lagi bleh bubuh kastard dan bakar |
Setelah sapu kuning telur dan piping kan kastard |
Dah siap....Terliur ke???? |
Citer pasal roti buat kan aku lapar lah plak. Oklah mahu pergi makan itu roti kentang hasil buatan pra-chef Noreed..hehehehe
psstt..pssttt...ada sesapa tahu kat mana pusat service Kenwood untuk home appliance. Mixer saya perlu berjumpa 'tuan doktor' nya ni. Minta bantuan.
10 comments:
Wahh !! t'liur laa plak bila tgok roti yg daa menjadi nie .. rase mcm nk mkn roti plak ...........
memang bersabar orangnya bila dapat buat roti dengan jayanya.. tahniah..
pos sini sikit boleh?
:)
wah..sedap nampak...masa panas2 tentu lebih sedapkan..dan lebih sedap kalau bg kak ida sebuku dua..hihihi
wah..1st time buat terus jadi. tahniah la ya
to atie:hehehe, meh jemput mkn, atie :)
to cikgu isza:mmg perlukan kesabaran yg tinggi kak. tak tau lah nape my mom suka buat roti?pos takut kemek roti tu kak..hehehehe
to idalara:bleh, bleh, kalo duk setaman mmg sy bg dah kak.
to lina:thanks, lina. mmg first time buat but my mom byk tlg tunjuk ajar.masa nak bulatkan doh kecik2 tu doh sy asik kena reject jer dgn mak sy sbb tak smooth..kehkehkeh
salam,
tgk pon menyelerakan, klu mcm ni boleh buat bisness
to gentleman frog:ohh tidak buat roti begitu memenatkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi. tak sanggup buat bisnes roti..
Post a Comment