Bagi mengelakkan kekeliruan: Entry berikut adalah entry yang backdated. Sila rujuk kepada tarikh di permulaan setiap entry untuk mengetahui tarikh yang tepat peristiwa ini berlaku.
19 November 2010 - Hari kedua di Ausi. Bangun pagi ni tak sesejuk semalam. Semalam mana tak sejuknya, lupa tutup tingkap kat living hall and kat dapur. Padan lah muka sejuk. After breakfast kami semua terus keluar. Oh! hari ni tidak sibuk memasak untuk bawak bekalan sebab nak pergi makan kat satu tempat best tengah hari ini. Nak tau di mana...haish sabarlah tak menyempat-nyempat korang semua ni.
Destinasi pertama kita orang pada hari ini ialah pergi buat lawatan ke university tempat Wawa study; The University of New South Wales. Budak kenit ni amik course architecture. Tak dapat belajar kat oversea, dapat buat sessi lawatan pun jadilah.
Sungguh windy waktu ni....sejukk... |
Rasa nak landing jer kan kat park blakang tu? |
Ha! Kan dah tergolek-golek kat padang ni |
Oh yea, sblm posing kita minum kopi dulu ok. Ada stall kopi yang sgt comel di sini. And the coffee, superb! Nape lah kat uni aku dulu tak ada stall kopi macam ni.
Ramai betul orang nak beli coffee waktu ni |
Batu bulat ni sangat unik... |
Dah ronda-ronda sekitar uni, jom kita naik bus pergi ke detinasi seterusnya. Ha! Masa ni ada peristiwa lawak berlaku kat aku. Yang menjadi bahan ejekan budak-budak ni, sepanjang percutian ni. Bila lintas jer jalan menuju ke bus-stop, bus dah sampai. Aku tak sempat nak kluar kan ticket bus aku lagi. Apa lagi kalut lah duk mencari dalam back-pack aku. Cousin aku yang lain dah naik bus dah. Terpaksa berundur balik. Nadiah dah melangkah setapak kat tangga bus dah. Bila bus dah berlepas baru aku jumpa ticket aku. Hahahaha! Bising betul dia orang waktu tu. Sorry you guys...jangan marah yea.
Kita ke mana selepas ni....
Tempat ni penuh sesak time weekend, tp kita org pergi bukan time weekend pun ramai gak orang |
Ye...kita ke Sydney Fish Market. Highly recomended untuk mereka yang suka seafood and nak mencuba menu seafood omputih. Seafood dia memang segar bak kata budak-budak zaman skrang..."terbaik dari ladang!!!" Tempat makan dia pun special, kat tepi laut. Tapi ada banyak burung. Remember dont feed the bird. Kalo bagi makan nanti dia akan datang beramai-ramai kerumun serang kita nyer tempat. It really happen depan mata kami. Tapi sian lah kat orang yang kena attack tu, sebab tourist lain yang duk bagi sebenarnya.
Fresh kan ikan-ikan tu |
Kat sini kalo nak pilih ikan dan minta dia orang masakkan pun boleh gak. Ala-ala macam kat Malaysia jugak. Tapi kita orang malas dan tak mo delay waktu. Just pilih jer set meal yang ada. Dan portion dia tersangat lah banyak dan mewah. Selagi boleh penuh pinggan tu, selagi tu lah dia letak. Dah lah pinggan plastik, naik 'melendud' pinggang tu bila aku angkat. Most of the menu, boleh dapat kat Malaysia. Tapi yang aku rasa special sket, oyster yg bersalut keju. Hmm sedap sgt. Fried Calamari dia pun best...Semua jenis seafood yang ada kami balun. Dari udang, sotong, ikan, kupang, tiram, ketam hinggalah ke lobster kami blasah.
Banyak sangat, smp tapau bawak balik |
Dah panjang berjeler aku membebel ni. Selepas lunch kami ke mana? Sabar menanti next entry ye...
pssttt...psstt...bila tengok balik gambar ni, buat kan aku teringin nak gi makan kat Fish Manhattan. Selain Fish Manhattan mana lagi ek nak mkn seafood yang ala-ala menu omputih?
8 comments:
ngeeeee ye ye ade org wat kembara ke sydney. baguih neh. bole wat panduan utk next trip. :)))
tq!!
p/s: sewa keta ape? hertz? bayswater? or ade yg lagi murah?
Huh, sedapnya la menengok seafood tu, tergoda tengok calamari ring tuh..selain Fish Manhattan market, boleh try The Windmill, tapi tak sebest Fish Manhattan market la..
wow Nored~ gi cuti kat oversea tuuu...
best kan, pengalaman yg tak dpt dilupakan seumur hidup...sonok2...cantik kan tempat dowang...bersih je, padang dia takde 'ta** anjin kan, leh golek2 guling2, ewahhhh....
to mas: mau ke sydney ke mas? tumpang duk dlm luggage bleh heheheh. sy sewa keta kia. sebab nak muatkan 5 org. maklumlah rombongan ramai...nnt insya Allah sy citer detail ye..
to lina: hehehe, mmg superb dia nyer calamari ring. tak berminyak mcm kat sini. wonder what technique they used? hmm, blum pernah mkn kat The Windmill..have to try lah. tq lina for the info
to emme: cantik...cuaca dia buat kan kita suka nak melepak kat park. tp kalo nak ikutkan bersih, japan negara plg bersih pernah sy gi.
seronoknya
to delarocha: hehehe seronok, antara negara yg diidam2kan utk pegi :)
Post a Comment