Day 2: In Sydney Part 1

Salam di hari Jumaat untuk semua yea. Hari ini mahu sambung citer pengembaraan Ausi aku semula. Cuba tidak  menceceh panjang, tapi aku hidangkan dengan lots of picture buat santapan mata korang ye.

Bagi mengelakkan kekeliruan: Entry berikut adalah entry yang backdated. Sila rujuk kepada tarikh di permulaan setiap entry untuk mengetahui tarikh yang tepat peristiwa ini berlaku.

19 November 2010 - Hari kedua di Ausi. Bangun pagi ni tak sesejuk semalam. Semalam mana tak sejuknya, lupa tutup tingkap kat living hall and kat dapur. Padan lah muka sejuk. After breakfast kami semua terus keluar. Oh! hari ni tidak sibuk memasak untuk bawak bekalan sebab nak pergi makan kat satu tempat best tengah hari ini. Nak tau di mana...haish sabarlah tak menyempat-nyempat korang semua ni.

Destinasi pertama kita orang pada hari ini ialah pergi buat lawatan ke university tempat Wawa study; The University of New South Wales. Budak kenit ni amik course architecture. Tak dapat belajar kat oversea, dapat buat sessi lawatan pun jadilah.



UNSW
Sungguh windy waktu ni....sejukk...
 Dulu bercita-cita nak blajar kat oversea, tetapi sebelum borang UPU keluar, my mum dah sound awal-awal "Jangan gatal tangan apply oversea university". Terror betul mak aku ni boleh tahu aku nak buat apa, ada psychic power gamaknya. Di samping sessi lawatan, sebenarnya kami gi kat uni ni sebab nak setle kan urusan sewa kereta untuk nest weeknya program. Wawa will print related document for rent the car. Sementara Wawa, gi buat kerja-kerja print, kami pun buat kerja gak. Kerja apa? Kerja posing, smiiilleee and click!Click! Keh!Keh!Keh. Senang nak berposing waktu ni, sebab semua student sedang bercuti, Summer Break. Kat UNSW ni bersepah, sisi tv/camera ok. Aku tak tau kat uni korang, tapi semasa aku meninggalkan UM, 6 tahun lepas kat uni aku tu jarang lah nampak sisi tv/camera kecuali kat fakulti. Pastu kat UNSW banyak betul park yang cantik.


UNSW
Rasa nak landing jer kan kat park blakang tu?
 Rumput dia buatkan korang rasa memang nak landing golek-golek kat atas rumput dia. Mula-mula tu, ingat tak bleh pijak, bila tanya Wawa, boleh jer kalo bukan semester break, park tu penuh dengan student duk melepak. Kami pun apa lagi.
 
Park at UNSW
Ha! Kan dah tergolek-golek kat padang ni

 Oh yea, sblm posing kita minum kopi dulu ok. Ada stall kopi yang sgt comel di sini. And the coffee, superb! Nape lah kat uni aku dulu tak ada stall kopi macam ni.


Coffee at UNSW
Ramai betul orang nak beli coffee waktu ni

UNSW
Batu bulat ni sangat unik...

Dah ronda-ronda sekitar uni, jom kita naik bus pergi ke detinasi seterusnya. Ha! Masa ni ada peristiwa lawak berlaku kat aku. Yang menjadi bahan ejekan budak-budak ni, sepanjang percutian ni. Bila lintas jer jalan menuju ke bus-stop, bus dah sampai. Aku tak sempat nak kluar kan ticket bus aku lagi. Apa lagi kalut lah duk mencari dalam back-pack aku. Cousin aku yang  lain dah naik bus dah. Terpaksa berundur balik. Nadiah dah melangkah setapak kat tangga bus dah. Bila bus dah berlepas baru aku jumpa ticket aku. Hahahaha! Bising betul dia orang waktu tu. Sorry you guys...jangan marah yea.

Kita ke mana selepas ni....
Sydney Fish Market
Tempat ni penuh sesak time weekend, tp kita org pergi bukan time weekend pun ramai gak orang

Ye...kita ke Sydney Fish Market. Highly recomended untuk mereka yang suka seafood and nak mencuba menu seafood omputih. Seafood dia memang segar bak kata budak-budak zaman skrang..."terbaik dari ladang!!!" Tempat makan dia pun special, kat tepi laut. Tapi ada banyak burung. Remember dont feed the bird. Kalo bagi makan nanti dia akan datang beramai-ramai kerumun serang kita nyer tempat. It really happen depan mata kami. Tapi sian lah kat orang yang kena attack tu, sebab tourist lain yang duk bagi sebenarnya.

Fresh kan ikan-ikan tu

Kat sini kalo nak pilih ikan dan minta dia orang masakkan pun boleh gak. Ala-ala macam kat Malaysia jugak. Tapi kita orang malas dan tak mo delay waktu. Just pilih jer set meal yang ada. Dan portion dia tersangat lah banyak dan mewah. Selagi boleh penuh pinggan tu, selagi tu lah dia letak. Dah lah pinggan plastik, naik 'melendud' pinggang tu bila aku angkat. Most of the menu, boleh dapat kat Malaysia. Tapi yang aku rasa special sket, oyster yg bersalut keju. Hmm sedap sgt. Fried Calamari dia pun best...Semua jenis seafood yang ada kami balun. Dari udang, sotong, ikan, kupang, tiram, ketam hinggalah ke lobster kami blasah.

Menu Sydney Fish Market
Banyak sangat, smp tapau bawak balik
Kat sini ada gak stall untuk Japanese menu. Tapi rasanya tak halal, sebab macam ada 'sake' jer. Oh yea kalo nak makan kat sini, sila lah bawak sos cili dari rumah ye. Mat saleh kat sini, just bagi tar-tar sos jer.

Dah panjang berjeler aku membebel ni. Selepas lunch kami ke mana? Sabar menanti next entry ye...

pssttt...psstt...bila tengok balik gambar ni, buat kan aku teringin nak gi makan kat Fish Manhattan. Selain Fish Manhattan mana lagi ek nak mkn seafood yang ala-ala menu omputih?

8 comments:

MasZuber said...

ngeeeee ye ye ade org wat kembara ke sydney. baguih neh. bole wat panduan utk next trip. :)))

tq!!

p/s: sewa keta ape? hertz? bayswater? or ade yg lagi murah?

Lina Rahim said...

Huh, sedapnya la menengok seafood tu, tergoda tengok calamari ring tuh..selain Fish Manhattan market, boleh try The Windmill, tapi tak sebest Fish Manhattan market la..

eMMe said...

wow Nored~ gi cuti kat oversea tuuu...
best kan, pengalaman yg tak dpt dilupakan seumur hidup...sonok2...cantik kan tempat dowang...bersih je, padang dia takde 'ta** anjin kan, leh golek2 guling2, ewahhhh....

noreed said...

to mas: mau ke sydney ke mas? tumpang duk dlm luggage bleh heheheh. sy sewa keta kia. sebab nak muatkan 5 org. maklumlah rombongan ramai...nnt insya Allah sy citer detail ye..

noreed said...

to lina: hehehe, mmg superb dia nyer calamari ring. tak berminyak mcm kat sini. wonder what technique they used? hmm, blum pernah mkn kat The Windmill..have to try lah. tq lina for the info

noreed said...

to emme: cantik...cuaca dia buat kan kita suka nak melepak kat park. tp kalo nak ikutkan bersih, japan negara plg bersih pernah sy gi.

ewanthology said...

seronoknya

noreed said...

to delarocha: hehehe seronok, antara negara yg diidam2kan utk pegi :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino