Saya Gemuk Sebab Saya Bahagia

Hallloo..halloo buat semua pengunjung blogku. Tengah bersiap untuk pulang ke kampung ke? Kita gosip pasal artis ye hari ni, dan ada 'cubit-cubit' sket.

Di celah-celah ke'busy'an aku hari ni sempat gak aku melencong sekejap membaca paper. Di paparan mStar hari ini ada memaparkan rasa terkilannya ibu Raja Farah terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada anaknya. Hanya gara-gara tubuh Raja Farah yang agak berisi, dia dikatakan mengandung. Aku tidak melakukan research mendalam terhadap isu ini, tetapi jika tuduhan ini dibuat atas dasar perubahan fizikalnya semata-mata pada padaku ia agak kejam.

Memang tidak dinafikan, pada amatan mata kasarku, perubahan terhadap tubuh Raja Farah. Tengok saja isu baju pink yang dia pakai pada salah satu malam anugerah tu. Bukan aku mahu menunding jari kepada pereka fesyen baju berkenaan, cuma apa yang mahu ku katakan di sini badan dia berisi tidak semestinya dia pregnant. Dan terbukti di gambar di majlis pernikahan beliau, masih lagi cantik dan ayu.

Tekanan yang dihadapi untuk menyempurnakan majlis perkahwinan itu mungkin secara tidak langsung mendorongnya untuk makan dengan lebih untuk mengurangkan stress. Pelbagai cara untuk orang menangani isu stress di dalam diri masing-masing. Ada yang tak lalu makan, ada yang terlebih makan, ada yang asik termenung dan ada juga yang hanya mahu beradu sepanjang masa.

Sejauh mana kebenaran atau kepalsuan tuduhan itu aku tidak mahu kupas di sini. Aku juga tidak ada pertalian darah langsung dengan Raja Farah. Apa yang ingin aku perkatakan jika tuduhan itu palsu, kasihan aku kepada ibunya yang terpaksa berdepan dengan soalan-soalan yang agak menghiris perasaannya.

Sesungguhnya kita tidak boleh menutup mulut orang. Ada saja yang terlampau 'baik hati' mahu tolong jaga hal kita. Tak kiralah orang tu artis atau orang biasa-biasa macam kita semua ni. Kawan aku yang dulunya berisi berdiet untuk kurus, dan bila kurus orang tanya kenapa kurus, clash dengan boyfriend ke? Di situasi Raja Farah pulak, beliau semakin berisi dan dikatakan mengandung anak luar nikah pula. Nak aje ku cadangkan supaya dia jawab soalan gemuk tu dengan;
"Saya Gemuk Sebab Saya Bahagia"

psst..ppsstt...tak pernah lagi aku menconteng dinding blogku dengan gosip artis, ni first time try. Boleh jadi wartawan hiburan tak? Hehehehe....

picture source from email

3 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

jom join GA akak ada tag noreed
http://mysweetworld-didie.blogspot.com/2010/11/kawaii-gadgets-contest.html

pas 2 ada satu lg akak tag noreed utk ambik AWARD
http://mysweetworld-didie.blogspot.com/2010/11/1st-time-dapat-award.html

gi la tngk ye....

Cikgu Fonik said...

Salam,

Itu kan kerja wartawan hiburan

how to break up

Didz said...

betul apa awak cakap tu..hehe kalo orang tanya kita nape chubby, kita jawap sbb kita tak de masalah..always ceria...ngeh ngeh ngeh!^^

Selamat menyambut Aidil Adha :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino