Bagi mengelakkan kekeliruan: Entry berikut adalah entry yang backdated. Sila rujuk kepada tarikh di permulaan setiap entry untuk mengetahui tarikh yang tepat peristiwa ini berlaku.
18 November 2010 - Fari untuk balik semula ke Circular Quay agak lambat. Pukul 7.15 malam. Kami dah terlepas feri yang 6.45 petang tadi. Hmmm terpaksalah tunggu jap, menahan kesejukkan sambil makan coklat. Suhu waktu anggaran dalam 20 celcius. Bunyi macam tak sejuk kan? Tapi bila angin start bertiup tu yang masing-masing jadi parkinson. Hehehehe.
Arca yang diperbuat dari 'rim' basikal |
Nama restoran tu Pancake On The Rock. Sampai-sampai kat situ, orang dah beratur panjang di luar kedai waited to be seated. Hmmm panjang lah gak. Nasib baik dalam bangunan tak lah sejuk sangat. Dalam 10 minit macam tu, kami pun dapat tempat duduk.
Lupa nak snap gambar pizza yang sedap tu |
Menu apa malam ni? Aku terlupa plak nak catat menu kita orang makan tadi. Sebab dah terlalu lapar dan kesejukkan so balun jer lah. Nasib baik sempat snap picture. Cousin aku yang penggemar pancake ni cakap Paddington Pancake kat Malaysia lagi best. Aku No komen lah tak pernah merasa Paddington Pancake. Lagipun aku lagi enjoy makan vegetarian pizza yang kami pesan ni.
Snap! Snap!At train station |
Lepas tu kita orang continue naik bus plak untuk pulang ke rumah. Jalan kaki sejauh 3 km. Oh sebelum tu singgah pasar raya berdekatan, Coles untuk beli bahan makanan untuk bekal besok. Nasib baik lah Coles ni tutup kul 12 malam.
Besoknya kami ke mana plak? Tunggu ye next entry. Aku ni kan mula-mula plan nak buat 1 entry untuk 1 day trip kita orang. Ni dah jadi lain plak, sampai 3 entry untuk 1 day trip. Haiishh tu lah kalo aku dah start menceceh susah nak berenti.
4 comments:
amboi.. ade sesi jln2 ke Ozzi rupanya...
ade ole2 dr Ozzi tak... ;)
Salam perkenalan dari che mid. Tak habih tengok blog noreed ni... nak tanya klang kat mana?
to kak yong: ole-ole gambar jer ye kak. 'Mahe' sungguh brg kat sana. Each time nak beli mesti berkira-kira..huhuhu
to che mid: Salam perkenalan gak. Sy tak duk Klang awk. Sy duk Shah Alam :)
Post a Comment