Day 3: In Sydney

Hallloo...halllooo...semua pembaca blogku. Kita sambung citer Sydney ye hari ni. Gambar untuk day 3 ni dah lame aku siapkan. Cuma masa tak mengizinkan aku untuk membuat karangannya. Entry kali ni aku citer berdasarkan gambar ye. NO menceceh panjang.
Bagi mengelakkan kekeliruan: Entry berikut adalah entry yang backdated. Sila rujuk kepada tarikh di permulaan setiap entry untuk mengetahui tarikh yang tepat peristiwa ini berlaku.
20 November 2010 - Hari ketiga, di Sydney kita orang pergi ke tempat yang memang aku nanti-nantikan. Kalo tourist pergi Sydney mesti pergi sini nyer lah. Icon of Sydney. Kita ke Sydney Opera House. Antara benda yang tercalon untuk 7 wonders world yang baru.

Sydney Opera House

Sebelum pergi ke Sydney Opera House, kami jumpa pakcik ni. Kat are Circular Quay. Macam sebelum-sebelum ni kalo nak amik gambar dengan dia, korang derma lah barang sedolar dua kat dia. Pastu bleh amik gambar dengan dia. Dia siap telek tangan skali. Dah dia nak telek kami bagi jer lah. Saja suka-suka bukan boleh percaya pun, korang jangan plak tuduh aku bukan-bukan. Disebabkan hanya 2 of us jer yang donate kat dia, dia duk telek 2 orang jer dari kami. Tangan cousin aku, Nadiah dia kata "You are little bit naughty and love to eat coconut" and pada tangan my sis plak dia cakap boros. Well that kind of true lah kan....

Sydney Opera House, Sydney Bridge

Gambar di atas kiri tu adalah Sydney Bridge. Sepanjang jalan nak ke Sydney Opera House tu ada cafe di sekitarnya. Kalo rasa korang kaya bleh lah melepak to have a cup of coffee there. Yang rangka kereta biru tu terletak bersebelahan dengan Sydney Opera House.  Tiada info plak tentang rangka kereta tu. Sekadar arca jer aku rasa. But, do not touch!!!

Sydney Opera House

Menurut Wawa, architect asal yang design Sydney Opera House; Jorn Utzon ni never have a chance to see it. Semasa Jorn propose dekat kerajaan Ausie untuk buat this building, the goverment kurang setuju sebab menelan belanja yang besar. Then he kind of merajuk, then beliau berhijrah. Proses pembinaan diteruskan juga tanpa  Jorn dan pada perasmiaan building berkenaan pun beliau tidak hadir. 


Serius betul muka masing-masing baca tentang Sydney Opera House.

Sydney Opera House


Sydney Opera House, Botanical Garden

On the way to Botanical Garden yang berdekatan dengan Sydney Opera house to have our lunch there. Salah satu park di tengah bandar yang memang akan pop-up if searching for itinerary kat internet.

Botanical Garden

Taman ni amatlah besar. Bersepah omputih sun bathing tak kira lah lelaki ke pompuan. Yang pompuan 2 piece, dan yang lelaki berlenggeng jer.

Gambar yang kiri bawah tu ade funny story sket. Elok jer Wawa and Nadhirah angkat takbir 2 orang 'mat salleh' dengan badan mereka ala-ala six pack tu bentang towel dia orang dan bersantai. So bila budak-budak ni beri salam jer terus mencuci mata. Haaisshh....antara dugaan iman ketika bersolat di sini. Hehehehe.

Park ni besar, kami tak round satu taman pun. Just have a lunch over here. Kalo rasa malas nak berjalan kaki naik jer keretapi color merah yang ada kat dalam taman tu. (Gambar kanan-bawah) Tapikan macam malu gak nak naik keretapi tu, sebab kebanyakkan penumpangnya orang-orang tua dan kanak-kanak jer.

Hari ini kami lunch mee hoon dan shepherd pie. Shepherd pie tu kami harung dengan periuk-periuk sekali. Amik ko berjalan kat tengah bandaraya Sydney dengan periuk. Even kat KL pun tak pernah aku buat.

Paddy`s Market

Perut dah kenyang jom kita pergi shopping!!! If ke Sydney kalo mahu shopping souvenier murah sila lah ke Paddy`s Market. Tapi kalo korang masuk kat dalam ni, korang akan terlupa jap yang korang berada di negara omputih. Kerana penjualnya terdiri dari kaum Cina. Ada dalam 1-2 kedai jer omputih yang jadi penjual.

Paddy`s Market, souvenier Sydney

Kipas kat dalam ni, punya lah besar. Jangan bimbang kepanasan lah kat dalam ni. Frust sket semasa shopping souvenier kat sini. Aku tersilap memilih kedai. Kedai yang aku beli untuk souvenier agak mahal. Kalo mahu beli souvenier di dalam Paddy`s Market ni, pergi ke kedai yang berada kat bahagian yang dalam-dalam sket dan kat bahagian tengah. Penjual dia omputih dan boleh cakap Melayu sket-sket. Kat situ sangat murah ok. Keychain yang besi tu 1 dolar jer. Beli 10 free 1 lagi. Jiji borong dengan banyaknya di kedai ni. Adoi, tensen aku. Aku duk jauh dari kedai ni, mengelakkan dari terbeli lagi.

Market City, Sydney

Sebelah Paddy`s Market tu ada Market City. Shopping complex sebenarnya. Ramai tourist lah kat sini. Esprit kat sini jual barang-barang yang out of season sket. Wawa beli winter coat dia kat sini, sangat murah. Buying winter coat in the summer season, and  buy dress in winter is really cheap. Itu antara kelebihan  shopping di negara 4 musim.

backpacker hotel Sydney

Gambar kat atas ni merupakan salah sebuah hotel untuk backpacker. Wawa kata dalam 10 dolar semalam. Wah murahlah kan. Kalo convert pun dalam RM30++. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Sydney gak. Jalan sket dah bus-stop. Tapi feedback tentang hotel ni, aku tak berapa pasti. Sesapa yang mahu melancong ke Sydney with a tight budget, for strategic hotel location yang murah aku memang recomment hotel ni.


Bondi Beach


Sebelum balik, kami singgah sekejap kat Bondi Beach. Menikmati sunset di tepi pantai. View memang spectacular. Agak windy waktu ni dan suhu pun dah drop down. Jiji dah ala-ala pesakit parkinson. Nadiah, adik aku and me sejuk gak, tapi degil nak jugak merasa air laut. Amik ko basah seluar kesejukkan jadinya. Tu pun tak serik lagi tu, kami lumba lari sape sampai ke pantai dulu. Really crazy waktu ni, terjerit-jerit. Mesti mat-mat salleh tu cakap kita orang jakun. Hahahaha. Bondi beach famous di Sydney. Kami ada misi di Bondi Beach ni, yang akan kami laksanakan di hari lain. Nanti aku citer di entry lain ye, sabar-sabar.


Cold Rock ice-cream

Balik dari Bondi Beach, hari dah gelap dan agak sejuk. Tetapi kami pergi buat kerja gila. Makan ice-cream di waktu kesejukan ni. Singgah sekejap di kedai ice-cream Cold Rock. Panjang ok orang beratur waktu ni, tapi service memang tip-top. Tak sampai setengah jam kami semua dah dapat ice-cream. Apa special nyer ice-cream kat sini ialah if korang pilih lebih 2 flavour, nanti dia orang akan gaul-gaul ice-cream tu with topping yang korang nak. Dan toping dia memanglah tak lokek, macam kedai ice-cream kat M`sia. Banyak sungguh dia orang letak sampai tak larat nak makan. Aku letak gummy bear dalam ice-cream tu. Keras giler ok gummy bear dia. Sebab terlampau sejuk kut. Kena kemam lame sket baru lah normal lembut. Nadiah dengan aku jer suka makan benda tu. Really like the ice-cream. I know I will miss this ice-cream bila balik Malaysia nanti.


psstt...psstt...If korang tengok citer Kimora Lee Simons in The Fab Lane, ada tunjuk kedai ice-cream ala-ala Cold Rock tu.

6 comments:

MasZuber said...

sedapkan aiskrem katsane...

noreed said...

ha`a sedap sgt. especially kat cold rock ni. they mix the ice-cream and put the gummy-bear topping make it really special.nyum,nyum

Lina Rahim said...

pakcik silver tu kat KL pun ada. ada 2 orang, satu lagi warna gold..tapi menarik perhatian lah diorang ni..tapi kinda art juga la kan

Cikgu Fonik said...

salam,

noreed tak beli kangaroo ke

THE ESSENCE OF BUSINESS

noreed said...

to lina: oh ye ke? tak tau plak kat ner, lina? art n it kind of weird gak lah.

noreed said...

to gentleman frog: walaikumsallam. sy jumpa kangaroo semua pun malas. terbongkang tido jer. take a look at my posting in "Day1: In Sydney(Part 2)." So tak jadi belilah...hehehhe

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino