Day 1:In Sydney (Part 2)

Salam penuh kecerian buat semua

Bagi mengelakkan kekeliruan: Entry berikut adalah entry yang backdated. Sila rujuk kepada tarikh di permulaan setiap entry untuk mengetahui tarikh yang tepat peristiwa ini berlaku.

18 November 2010 - Ketibaan kami di Circular Quay didendangkan lagu oleh pemuzik jalanan yang memainkan lagu aboriginal. Aku kurang pasti sama ada mereka ini memang aboriginal yang tulen atau pun sekadar memakai kostum sahaja. Boleh amik gambar dengan mereka, tapi kenalah derma sedikit kat dia orang ni. Ingatkan kami yang dari Asia ni jer yang 'jakun' nak bergambar dengan dia, rupa-rupanya ramai gak orang putih yang lain amik gambar.

Sydney: Museum Of Contemporary Art


Setelah amik gambar, kami pergi ke Museum Of Contemporary Art. Admission fee untuk muzium ni free. Ada 4 tingkat. Muzium ni mempamerkan hasil-hasil seni seperti arca, lukisan dan pelbagai lagi lah yang kadang-kadang aku pun tak paham kenapa ianya dipanggil art. Ada satu tu, yang buatkan kami semua tergelak sampai nak pecah perut ialah artis tu pamerkan sisa-sisa kayu dan habuk pensel yang terhasil kalo kita sharp pensel. Adei tak paham sungguh kita orang. Well art is so subjective, rite? Dalam tak paham-tak paham tu, kami terjah di setiap tingkat tau. Kecuali tingkat 3 sebab ada renovation. Sorry lah no picture in this muzium sebab memang tak bleh amik gambar.

Opera House and Sydney Bridge


Dah setle sessi lawatan muzium tu, kami naik feri. Untuk pergi ke Sydney WildlifeWorld dan Sydney Aquarium. Semasa kat dalam feri, boleh tengok Sydney Opera House (yang shortlisted for 7 wonders world yang baru) dan juga Sysdney Bridge. Wajib lah amik gambar berlatar belakangkan semua tu kan? Perjalanan feri ni dalam 15-20 minit jer dan kami perlu turun di Darling Harbour Terminal. Bila dah sampai kat situ, Wawa dah lapar. So, kami pun makan lah dulu bekalan mee hoon goreng kami dulu. Lagipun pas ni nak kena sembahyang siap. Kalo dah masuk kat dalam Sydney WildlifeWorld dan Sydney Aquarium, susah plak nak cari lokasi strategik untuk sembahyang. Kat sini nak sembahyang kena kreatif. Bukan ada bilik sembahyang or surau macam kat Malaysia. So kena lah cari lokasi yang agak strategik sket untuk menunaikan kewajipan. Buat pertama kalinya kami sembahyang di ceruk bangunan yang agak terserok dari pandangan orang ramai. Ada jugak lah yang pandang-pandang, tapi alhamdulillah mereka tak kacau pun. Lagi satu toilet kat sini tak ada pipe, maka kami terpaksa take turn untuk masuk toilet. Sebab kami ada 2 sahaja botol untuk isi air bagi keperlua toilet kami. Hehehehe.

Dah makan dah solat. Tunggu apa lagi jom kita continue jalan. Kita masuk Sydney WildlifeWorld dulu yea. Untuk masuk kat dalam kita orang beli package yang "The Explore 4 pass". Agak menjimatkan jika korang berhajat nak pergi 4 tempat yang agak glamour di Sydney ni, iaitu Sydney WildlifeWorld, Sydney Aquarium, Sydney Tower dan Oceanworld Manly. Harga ticket ialah $49.99 untuk dewasa dan kanak $29.99. Kalo beli asing-asing untuk setiap park yang nak masuk tu agak merugikan. Contohnya harga ticket untuk Sydney Aquarium jer dah $34.90.

Sydney WildlifeWorld ni ala-ala zoo. Kami plan jugak untuk pergi ke zoo di sini yang agak famous iaitu Taronga Zoo.  Ada review yang mengatakan Taronga Zoo lagi best. Tapi attraction yang paling menarik di WildlifeWorld ialah kita boleh pegang Koala di sini. Memang antara listing yang perlu aku dapatkan bila pergi ke Australia. Di samping nak tengok kangaroo dan tazmania. Malangnya time kami sampai di WildlifeWorld ni kangaroo semua tengah melepak tido. So tak berpeluang tengok kangaroo melompat. Alah frust betul. Dah lah agak pelik sebab tak nampak pun pocket kangaroo tu. Frustrated dengan kangaroo kami terus ke roof top, untuk tengok koala bear. Alahai comel sangat. Rasa nak peluk jer. Kat sini dia orang ada tawarkan pakej untuk amik gambar and cuddle the koala. Kalo convert memanglah agak mahal. Tapi dah alang-alang datang sini, nak dapat peluang lagi datang tak tau lah bilakan. So kami pun bayar jer lah for that package. Amik package yang dapat cd sekali dan free print for one picture. Sebelum kami masuk tu, koala macam mamai jer kena dadah melentok tido jer. Bila kami masuk dia bergerak aktif lah pulak. Terkejar-kejar kami 5 orang untuk amik gambar. Habis proses prosing bersama koala, instructor yang incharge suruh kami sentuh koala with 2 fingers. Hmmm bulu dia agak kasar sket.

Sydney Wildlife World and Sydney Aquarium
Caption by clockwise: 1) Itu jer gambar kangaroo yg sopan yang lain semua nyer tido terkangkang. 2.) Perasaan tak ada dugong posing kat blakang kita orang tu. 3) Arrangement butterfly ni sangat cantik. 4) Nasib baik sempat snap, waktu tu koala dah nak lari dah.
Selesai WildlifeWorld kita orang pergi ke Sydney Aquarium plak. Kena cepat sebab jam dah menunjukkan pukul 3. Lepak jap makan fries kat luar cafe Sydney Aquarium sebelum masuk ke dalam. Puas makan fries kat sini, besar gedabak fries dia. Kat dalam Sysdney Aquarium ni, part yang paling best rasanya time tengok shark lah kut. Oh yea, aku dan Nadiah tertipu dengan adegan sekor penyu kat sini. Ingat dia dah mati stuck kat hujung aquarium tu. Kita orang berdua dah sedih-sedih tengok dia terselit kat hujung bekas kaca tu. Rupa-rupanya memang tabiat macam tu. Suka pura-pura mati. Ceh! Membazir jer penat-penat kasihan kan dia.

Keluar dari Sydney Aquarium dah pukul 5 lebih. Oh yea kat sini kebanyakkan tempat tutup pukul 5. Kecuali pub dan beberapa kedai makan. Lepak jap kat jeti. Plan macam nak dinner kat area The Rocks. Hmmm...nak tau kita orang dinner apa malam ni? Tunggu next entry ye....

Summer Vacation 2010:Sydney
Waktu ni dah sejuk, tapi muka masing-masing maintain sebab nak amik gambar. Hehehehe

8 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wahhh noreed;


seronoknya..

ntah bila kRina dpt ke sana. Nak tunggu cuti sekolah..manjang aje ada hal..

noreed said...

best tu mmg best kak. tapi skrang dah pokai byk duit digunakan masa kat sana.huhuhuh

ChekDi said...

wow sydney tuhh..mesti bez sangat kn..tringin nye nak pegi =)

noreed said...

hehehe..best,best,best ;p

Cikgu Fonik said...

salam,

beznyeee ade gambar tak?

life is short

Unknown said...

besh nya p jalan2...

jemput join GA yong yer

http://www.alinacshoppe.com/2010/12/giveaway-kalau-saya-shopping-di-alinac.html

noreed said...

to gentleman frog:ha`a masa holiday tu busy untuk complete kan our itinerary.er tu antara gambar2 trip sy, nnt ada sy cont. story sy tempek gambar lagi ye.

noreed said...

to alinac lover: setahun sekali jer, yong gi holiday nya. insyAllah nnt sy joint GA tu ye. hadiah gempak2 lah harus lah joint.

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino