Berjalan Di Pagi Raya

Hallooo.....semua...

Entry ini dibuat pada hari Rabu (17 November 2010) di dalam flight. Masa perjalan selama 8 jam membuatkan aku kebosanan yang teramat sangat. Flight telah delay selama sejam kerana menunggu connection flight dari London.

Semalam aku tido selama 2 jam setengah jer. Adui sangat tak larat. Tekan snooze for 10 minutes untuk sambung tido jap.

Masuk subuh kul 5.49 pagi, trus solat kerana taxi airport uncle ku akan tiba tepat jam 6 pagi. Setelah semuanya setle dan beberapa kali melakukan check terhadap bagasi aku, beg pun ditutup dan lock. Sudah cukup selagi tak tutup selagi tu ada ajer barang yang nak aku sumbatkan.



Antara beg kita orang. Bonet Blakang dah penuh, so kena letak kat seat depan






Memang tepat pukul 6 pagi Uncle Mail, husband kepada Mak Ita tiba. Proses menyusun semua beg-beg kami yang sebanyak 7 beg dilakukan dengan begitu pantas sekali. Sangat expert. Kiss mummy and daddy. Sedih plak tiba-tiba waktu tu pergi di pagi raya. Tapi berlagak macho tak mo lah nangiskan. Poyo jer macam nak gi menetap kat sana lah plak kan.



Muka mamai masing-masing, sebab kena bangun pagi.



Oh tak lupa gak gomol-gomol Rooney sebelum pergi tu. Hehehe, hari ini Ronny pun akan dihantar duduk di hotel selama 4 hari. Selepas sembahyang raya parent aku akan balik beraya ke Batu Pahat Johor. Bye-bye Rooney . Tak bleh bawak Rooney lah. Nanti dekat hotel jangan ngorat anak dara ye. Hehehehe...




Psstt...psstt...sebelum pergi cousin aku disana, Najwa dah bagi sms warning yang agak lawak kepada kami semua. Jangan mengorat pegawai kastam ataupun flight attendant. Hehehe sorry Wawa kami dah terngorat Firdaus mamat kat kaunter ni. At least dia bleh bagi kami duduk sekali. Hehehehe

3 comments:

atien said...

amboi .. besr nye .. dlm flight laa nie ea ? best x ?
salam knl ..
i follow .....

Cikgu Fonik said...

salam,

raya apa pulak ni?

noreed said...

to atien: hi atien. dah blk msia dah pun. tp entry ni ditulis di dalam flight tempoh hari sbb boring.

to gentleman frog: 17 November tu hari raya ape ye? sila check calendar anda.hahaha...

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino