Yeaahh dpt duit raya
Ingat tak entry tentang Dari Raya ke Soping Dan Raya Semula.... Di nota kakinya aku bgtau, seseorang nak bagi ku duit raya. Tak pernah jumpa tapi dia nak bagi ku duit raya. Jangan jeles ye. Semalam malam, semasa ayah aku bukak peti surat, dia bagi kat aku sampul pos Ekspress (Dijamin Sampai Esok). Hoooyeaaahh duit raya ku dah sampai.
Pemberi duit raya ku ini adalah En Hazman Fadzil admin dari blog hazmanfadzil.com. Ini kerana aku telah menghantar komen di blognya pada entry di hari raya pertama (err dah tak jumpa plak entry tu bila aku search). Kalo hari raya kedua dan ketiga akan dapat bauce Jusco. Best jugak tu. Hehehe. Komen tu aku hantar semasa aku tengah tunggu turn nak mandi di pagi raya. Biasalah kan balik kampung ramai dengan sedara mara, time mandi mesti kena amik nombor, macam nak beli tiket wayang. Untuk gak at least aku menang lah hadiah duit raya ni.
Blog hazmanfadzil.com memaparkan kisah-kisah isu semasa yang berlaku di sekeliling kita. Dari isu dalam negara ke luar negara, dari isu soping ke isu sains teknologi. Semuanya ada di sini. Jika korang tidak sempat membaca paper, jom terjah ke blog hazmanfadzil.com.
Kepada En Hazman Fadzil, terima kasih diucapkan di atas pemberian duit raya ini. Walaupun pada mulanya bro tak dapat emel reply tentang address rumah saya, bro tetap menjejaki saya melalui YM. Thank you so much. Semoga bro terus suksess dan dimurahkan rezki. Kalo murah rezki jangan lupa buat contest lagi yea :)
psstt...psstt..parent aku macam pelik macam manalah aku boleh dapat duit raya ini orangnya pun aku tak pernah jumpa. Hehehe itulah kehebatan dunia blog, ayahanda dan bonda
11 comments:
wah...ni namanya blogger contoh! tahniah kamu!
thank u gadisbunga. saje mencuba nasib. tengok-tengok bernasib baik plak. alhamdulillah :)
bagusnya..dapat berapa?
bukan senang nak dpt duit raya zaman la ni...selalu budak2 je dpt, ni mak budak pun dpt, tahniah la, rezeki awak tu...hehehe...
to khairolghani: shhh...rahsia. hint for u, boleh lah lepas duit lunch 2 hari.kuikui.
to emme:ooppss...blum dpt title mak budak lagi. thank u dtg melawat lagi :)
waa..bestnya komen kat blog masa 1st raya terus pastu dapat duit raya..
hehe, tulah rezki namanya. tq lina sudi menjengah lagi di sini :)
Hai..... Tengkiu la sebab sudi buat entry khas pasal giveaway tue... bukan contest pun... just kasi komen dapat la hadiah....dan sememangnya saya akan buat giveaway lagi dengan HADIAH yang lain...
p/s : Anda KOMEN , Anda dapat HADIAH.... yosh!!!
hallooo hazman,
tuan penganjur dtg melawat. tq sudi melawat. if ade giveaway lagi roger2 lah. semoga trus sukses
bagus nya mcm tu... tahniah noreed tp duit raya.. rezeki tu..
to kak yong: alhamdulillah atas rezki ni. semoga kak yong murah rezki jugak :)
Post a Comment