Sambal Hijau Kaw-kaw di Hari Raya

Haaalllooo semua...

Dah lebih seminggu kita beraya. Rasa bosan gak, asik duk makan rendang, sambal kacang dan rendang jer. Semasa di Johor, rumah atok tempoh hari, dia orang masak, lauk-pauk kampung. Masak turi masak lemak, ikan kering goreng dan sambal lada hijau. Dan ada beberapa add on kobis goreng dan sotong masak kuning.

Dah lama tak makan sambal hijau ni. Really my favourite masa duk dengan atok dulu. Aku tak tau lah if kat tepat korang panggil apa. Tapi family aku memang panggil sambal hijau. Mari aku share resipi sambal hijau kepada sesiapa yang tak tau.
  1. 4 batang lada hijau
  2. 2 batang lada hijau
  3. 3 bawang kecik (sekadar belah dua jer)
  4. segenggam ikan bilis
  5. sepotong belacan
Sambal Hijau


Semua bahan tu digorengkan satu persatu terlebih dahulu. Kalo ikut Alang aku dia goreng  bawang, then lada, then ikan bilis dan terakhir sekali belacan. Oh! tapi balance minyak goreng tu jangan buang. Sebab akan diguna pakai. Selepas dah siap goreng, apalagi tumbuklah semua bahan-bahan tu. Blander tak main ek. Tak best rasanyer nanti. Buat pertama kalinya aku menumbuk sambal ni dari mula sampai siap lah sambal ni. Hehehe....pernahlah menumbuk tapi selalunyer bila dah masuk lada aku 'mengelat' suruh mak aku sambung. Kali ni from bawang until ke belacan aku tumbuk.

Bila semua dah dah lumat, (tak yah lumat sangat lah nanti tak sedap, ikut citarasa korang lah senang citer) masukkan balance minyak tadi lebih kurang sesudu dan gaulkan. Ok dah siap sambal hijau ku. Kalo kuat pedas lebihkan lah lada tu. Oh! jangan plak letak bawang putih. Ada auntie aku pergi bubuh bawang putih, rasa dia jadi pelik.

Sambal Hijau


psssttt.....psssttt...orang Johor panggil cili  as lada, dah duk Selangor ni pun aku still panggil lada. ;p

4 comments:

Lina Rahim said...

Whoa..ni memang sambal kaw2 nih..!

noreed said...

hehehe, try lah mkn dengan nasi panas.sure bertambah-tambah nanti

mummy nana said...

pergh... sedap nihhh bole try la.. kt suke sambal2 camni.. mnyelerakan!! ;)

noreed said...

to mummy nana: silakan try mummynana. maybe kena tambah sukatan lada tu, tu sukatan bg family kita yg kureng mkn pedas.

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino