Ni kaki orang yang buat pertama kali menjejakkan kaki di PKPS
Last week kan aku dah janji kan nak share citer tentang majlis Hari Raya di opis aku. Ok majlis Hari Raya opis aku tahun ini diadakan di Wisma PKPS. Dah macam contract plak kan? Tahun lepas pun buat kat sini, berbuka pose tahun ni pun kat sini. Catering untuk Hari Raya kali ni pun sama seperti majlis-majlis sebelum ini, by Kuzie catering. Taukenyer dikenali sebagai Pak Engku. Aku rasa memang package dia lah. Food kali ni, ok sket compare dengan Majlis Buka Puasa tu hari. Kali ni lebih sedap dan variasi. Dari nasi beriani, sate, soto, laksa, kebab, apam balik hinggalah buah-buahan. Air pun pelbagai, ada air oren, air sirap, air teh, cendol. Oh tak lupa gak kambing golek. Tapi cepat habis sket kambing golek ni. Kesian Zirr, beria-ria beratur sampai turn dia kambing dah habis. Ramai betul penggemar kambing ni.
Antara makanan yang kami blasah
Tempat duduk tak cukup waktu majlis tu. Kita orang dah lah datang lambat, memang datang nak ngam-ngam waktu makan. Hampeh btull. Makan nak dengar ucapan tak mo. Tapi nasib kita orang baik hari tu. Tengah kita orang berdiri tepi pintu tercangak-cangak pikir nak duk mana, tiba-tiba pekerja untuk event tu bawak beberapa kerusi depan kita orang dan tertanya-tanya nak letak mana kerusi tu. Kawan-kawanku apa lagi dengan pantas, terus minta kerusi tu. At the end kita orang makan dekat dengan pintu utama. Tapi best gak, duk tepi pintu ni. Sesapa yang kluar masuk semua kami jumpa. Tak yah nak pergi dari meja ke meja untuk bersalaman di hari raya. Ala-ala VIP gitu. Kehkehkeh...Ada jugak beberapa orang artis, seperti Jaafar Onn, Maya, Milah, Fadzli Zainal dan beberapa lagi artis yang aku tak kenal. Aku malas nak snap gambar-gambar artis ni, sibuk makan jer. Harap maaf ye, tak ada gambar artis buat tatapan korang semua.
TQ ye abg bg kita org kerusi
Tahun ni opis aku bagi duit raya kepada semua staff. Yeah, yeah best. Walaupun tak banyak macam sesetengah opis private yang lain, aku still teruja dengan duit raya tu. Sanggup beratur panjang ok. Terima kasih :)
Minggu ni ada jamuan raya by division plak. Memang tak dan lah nak buat pose 6 tahun ni.
psstt...psstt...disebakan aku tak reti nak berebut amik makanan, tugas aku sebagai AJK minuman, amik air jer untuk kawan-kawan.Sebab kat tempat tak ramai orang pun.
6 comments:
salam singgah..
selagi belum habis syawal, ada je jemputan open haouse kan? sooo seronok!
hi gadis bunga,
thank u sudi singgah. tu lah open house sana cni. ada gak skip2 tak pergi...dah penat.
jangan tak puasa 6 ... rugi !
terima kasih kerana ziarah blog saya dan tinggalkan jejak.
cantik kasut..we weit..=)
to al-lavendari: mcm tak sempat dah nak buat pose 6. today ada open div raya plak.huhu
to cik LyndaWawa: hahaha, tu kasut member sy. bbrp kali amik gambar, asik tak best jer gambar yg di ambil, smp tensen kawan tu.
Post a Comment