Ollie Dah Tiada

14 September 2010 - Salam buat semua pembaca blogku

Semalam aku tidak membuat entry. Disebabkan mood sedih dan sibuk dengan tetamu yang datang ke rumah. Sedih sebab Ollie my sister rabbit dah mati. Dia mati petang Ahad yang lepas. Sedih sangat. Seisi keluarga pun sedih bila Ollie dah tiada. Dia dah jadi sebahagian of our family.


Ollie Dah Tiada

Ollie mati dalam perjalanan kami balik dari Perak ke Shah Alam. Kami berhenti sekejap di Tapah, kerana ayah aku mengantuk. Kami bertiga (ibu, adik and me), turun untuk membeli minuman. Sementara ayah dan Ollie tinggal berdua di dalam kereta. Apabila kami balik, tengok Ollie tengah tidur. Tetapi kali ni Ollie tidur lama sangat, bila dah sampai exit Guhtrie dia masih tak bangun. Adik aku pun bukak carriege tu, dan Ollie dah tiada lagi...Sedih sangat masa tu. Adik aku nangis pun aku tak dapat nak tenangkan sebab aku pun sedih sehingga menitiskan air mata. Tak sangka sangat-sangat Ollie dah pergi buat selama-lamanya. Sebelum tu dia happy jer main kat rumah uncle aku.

Bila tenguk mata Ollie yang separuh terbukak, menjadikan hati aku betul-betul sebak. Terbayang-bayang dia baru jer melompat-lompat gembira main kat atas rumput kat rumah uncle aku tengah hari tu. Selama kita orang bela dia, itulah first time dia rase rumput. Tu yang dia suka sangat melompat.

Semua orang dah sayangkan Ollie yang nakal dan pandai tu. Pandai kalo kena marah dia merajuk. Nakal kerana suka gigit kasut. Bila dengar jer plastik makanan dia, mesti dia jadi kelam kabut kat dalam sangkar tu. Semua orang akan rindukankan keletah Ollie.


Ollie Dah Tiada


Petang tu, sebelum Maghrib jugak ayah aku tanam Ollie. Tanam jauh sket dari rumah. Mula-mula adik aku nak tanam depan rumah, tapi disebabkan tanah kat situ keras dan tak boleh nak korek dalam, kami decide nak tanam kat tanah lapang jauh sket dari rumah. Lagipun, mak aku cakap kalo tanam depan rumah lagi sedih, asik teringat jer. Ayah aku yang tolong letakkan Ollie kat dalam lubang, sebab adik aku tak sampai hati nak letak Ollie.


Ollie Dah Tiada

Semasa entry ditulis pun, hati aku masih sebak di atas pemergian Ollie. Mungkin ada yang membaca entry aku ni, akan kata aku merepek dan 'jengeng'. Tetapi kepada yang ada membela pet, apabila pet anda hilang atau mati, mesti paham perasaan aku ini. Walaupun aku sekadar bermain dan kadang-kadang memberi Ollie makan pun dah rasa sedih yang amat atas kehilangan Ollie. Inikan pulak adik aku as his mother. Aku rasakan ayah aku pun sedih walaupun dia tidak menunjukkan reaksinya, sebab Ollie cukup manja dengan ayah aku. Setiap pagi sebelum pergi berjemaah Subuh, Ollie mesti minta ayah aku mengusap dirinya terlebih dahulu, barulah dia tenang. Kalo tak bagai nak roboh sangkar tu dibuatnya. Dan apabila dia nakal hanya suara ayah aku jer that can be him calm down.

Ollie yang nakal....Ollie yang manja....Ollie yang bijak. Oh! Ollie we love you so much and kami akan merindui di kau. Rest in peace Ollie...

2 comments:

mummy nana said...

isk sedey.. huwa.. mm sama masa kucing kt mati kejung dlm kandang. ase nk pgsan! dah la 2 lagi kusing ilang trus comel2. si oren itam ngan gebu. tiga2 takde dah. sy paham perasaan noreed.

p/s: teringat kucing2 saya tuu :(

noreed said...

tq for understanding my feeling mummy nana.ini first time family kita ada pet. entry ni pun tulis cepat-cepat, bace skali imbas jer. tak sanggup nak baca n tengok gambar ollie sebak rasa.

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino