Kad Raya Dari Sahabat Maya

Salam buat semua pembaca blogku.

Entry aku kali ni masih berkisar tentang raya yea. Dah katanya raya sebulan. So kita buat entry tentang raya sampai muak ok? Hehehe, tak ada lah bergantung kepada mood and bahan cerita apa yang aku ada untuk kita sharekan bersama di ruang maya ini.

Hari ini special entry raya untuk rakan blogger ku, Kak Yong. Pada bulan August yang lepas rakan blogger ku ini telah membuat contest GiveAway Sempena Raya. Untuk joint the contest, mesti pernah 'beramah-mesra' di blognyer. Hohoho aku memang slalu jer, menjengukkan diri di blognyer tu. Kalo topik menarik, kadang-kadang tu aku gatal tangan gak menghantar komen.

Pemenang dalam GiveAway Raya tu, ditentukan berdasarkan cabutan bertuah. Anak terunanya yang sorang tu lah yang tolong memotong nombor para peserta. Rajin lah abang ni tolong ibu ye? Tapi napelah abang tak cabut no auntie ni. Dah berangan nak dapat makan biskut raya dari hadiah utama from Ummie Noor. Hehehe...



Tapi muka aku ni memang cukup jaranglah dapat cabutan bertuah ni. Kalo kat opis tu sepanjang aku bekerja 6 tahun tu, baru sekali jer aku dapat cabutan bertuah. Walaupun tak menang cabutan utama tu, Kak Yong tetap bagi kad raya sebagai tanda persahabatan. Kad raya gambar cartoon yang asik membuat kuih. Adakah cartoon tu menggambarkan kak yong yang banyak membuat kuih raya tahun ni? Hehehe.




Terima kasih Kak Yong di atas kad raya tu. Sorry tak dapat nak reply sebab terima on the day nak balik beraya. Posmen dah cuti balik beraya. Semoga persahabatan kita berkekalan walaupun sekadar di alam maya ini. Semoga Kak Yong dan keluarga bergembira di Hari Raya ini. Muaaaahh....





psstt...pssstt...apabila teknologi semakin berkembang, kad raya semakin dilupakan. Even sms raya pun berkurangan sebab dah wish di fb

4 comments:

Kalamhati said...

bestnye dapat kt raya!..btol la..budaya hantar kad raya ni dah makin pupus dah..huhu

Unknown said...

noreed,
terima kasih.. kad raya sampai selepas raya ... x reply pun tak per,,, thanks for this n3...
Insya Allah, keep in touch in blogging world.. semoga bertemu nanti..

noreed said...

to kalamhati: budaya kad raya yang semakin pupus, adakah dipengaruhi juga dgn kenaikan harga setem???

noreed said...

to kak yong: eh kak yong, dtg berayalah. jemput2 masuk hehehe. keep in touch sis :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino