HIDUP SEORANG BLOGGER –Perubahan Yang Berlaku

03 Setptember 2010- Salam di pagi Jumaat, buat semua pengunjung blogku.

Nun di blog denaihati sedang rancak berjalan contest yang bertajuk HIDUP SEORANG BLOGGER. Setakat ini terdapat 2 entry wajib yang perlu disubmitkan. Aku sekadar menumpang baca entry-entry dari kawan-kawan blogger yang otai. Begitu kerdil diriku ini untuk menyertainya. Penganjur contest, denaihati bukan calang-calang blogger, beliau pernah mendapat tempat pertama untuk blogger yang menulis di dalam Bahasa Melayu. Tapi satu yang memang aku respek toing-toing kat dia ialah, walaupun dia blogger otai, tetapi dengan selamba dia meng'click' button follower di blog aku yang cikai ni. Sungguh tak kusangka. Terima kasih kuucapkan.


HIDUP SEORANG BLOGGER

Dah hampir 4 bulan aku menceburkan diri dalam dunia blogging ni. Apa yang boleh aku katakan HIDUP SEORANG BLOGGER yang baru aku tempuhi ini banyak mengajar aku benda baru. Mengajar aku untuk lebih menuntut ilmu, mengajar jiwa ku untuk lebih bersabar, mengajar aku untuk tidak kenal erti putus asa. Dan yang paling penting menggerakkan untuk otak kanan ku untuk bergerak lebih pantas (walaupun tak guna Shell VPower) bagi menghasilkan entry-entry yang menarik untuk dikongsi bersama pengunjung blog ini.



HIDUP SEORANG BLOGGERPada mulanya, agak stress untuk aku menghasilkan blogku ini. Pelbagai theme telah ku cuba. Dari design yang girlish ke design yang urban,dari yang berwarna terang benderang ke warna sesejuk mata memandang. Ssemuanya telah ku ‘cat’ kan di sini. Walaupun kerja-kerja ku seharian bergelumang dengan tulisan-tulisan cacing (coding) yang boleh memeningkan kepala tetapi bila terlibat dengan dunia blog diriku lagi bertambah pening. Sampai kena sapu yoko-yoko lah di bahu yang stress ini. Ini kerana walaupun nampak macam serupa kerja seharianku dengan dunia blog, tapi tak sama. Hidup Seorang Blogger lebih banyak menuntut aku menjadi inovatif dengan menggubah beberapa line coding (plugin) sedia ada untuk menjadi lebih menarik. Manakala kerja ku pula menuntut ku untuk menjadi kreatif, mencipta apa yang dihajati dengan inisiatif kita sendiri.
 

HIDUP SEORANG BLOGGERKesabaran aku kadang-kadang tercabar juga apabila apa yang dihajati tidak menjadi. Terpaksalah menebalkan muka bertanya kepada yang pakar. Ada yang sudi menolong , ada yang hanya diam seribu bahasa tidak kurang juga yang menjawab sinis. Mengalah? Oh, sabar dahulu…biarkan saja mereka. Masih ada insan lain yang sudi membantu. Masih ada lagi blog-blog yang tidak lokek berkongsi tips untuk aku menelaah. Maka rutin tidurku berubah menjadi rutin HIDUP SEORANG BLOGGER. Merayap-rayap ke blog teman mencari ilmu yang diperlukan, mencedok idea dan dalam diam mengkagumi hasil penulisan mereka.


Setiap entry yang dihasilkan oleh seorang blogger merupakan cermin kepada dirinya. Di alam maya ini, jasad tidak kelihatan, hanya tulisan menjadi penghubung. Dan setiap blogger, gaya penulisannya berbeza-beza. Macam pakai baju. Kalau semua pakai baju sama dah macam uniform lah pulak kan. Jadilah Hidup Seorang Blogger yang beruniform. Hehehe. Sebenarnya aku masih tercari-cari corak penulisanku. Corak penulisan ku sering berubah-rubah. Kadang-kadang tu, untuk cerita santai bahasa yang aku gunakan cukup sempoi tetapi jika menyampaikan mesej tertentu, serius sungguh bahasa yang aku gunakan. Bila baca balik macam poyo pun ada gak, macam entry sekarang ni. Huhuhuhu. Untuk aku menghasilkan sesuatu entry itu juga, kadang-kadang tu berhari-hari aku mengadap pakcik google mencari infomarsi. Takut tersalah fakta. Bila fakta dah betul, perlu diolah untuk menjadi indah. Aku pula jenis yang suka meletakkan accessories menarik di samping entryku. Sekali lagi, otak kanan ku dikerah berkerja lebih masa untuk tuannya mengharungi HIDUP SEORANG BLOGGER.

Aku rasa cukup sampai di sini dahulu perkongsian perubahan hidupku yang telah berubah menjadi HIDUP SEORANG BLOGGER. Mungkin akan ada entry sambungan untuk HIDUP SEORANG BLOGGER yang baru 4 bulan ni. Mungkin dengan luahan yang berbeza pula, yang lebih sempoi dan bersahaja.




pssttt...pssttt....kalo baby umur 4 bulan dah pandai buat ape ek? Meniarap ke?

picture credit to google

4 comments:

Farhana said...

4 bulan da nk niarap duduk.. hehehhe

noreed said...

niarap duduk?hehehe pastu tergolek...hehehe.

Unknown said...

noreed,
kira bagus juga usaha noreed ni..
walau baru 4 bulan, tp rajin cari info & skill berblog... bakat menulis tu dah ade.. tak lama lagi dikenali lah... ;)

noreed said...

amin, insya allah kak yong. bila blogger2 otai mcm akak dtg menjenguk di sini tu yg makin bersemangat tu. :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino