Gathering Berbuka Puasa Di Weekend Terakhir Ramadhan

07 September 2010 - Salam buat semua pembaca blogku. 

Hari ini sangat malas untuk aku bangun pagi, pergi kerja. Liat sungguh nak bangun. Last-last kalut sebab dah terlambat. No shirt or blouse for office outfit today. Ku sarungkan cardigan putih jer. Ni pun masih mengantuk lagi. Berapa kali dah aku sangap. Mood untuk bercuti raya semakin memuncak. Pada aku lebih kepada mood untuk bercuti, mood raya tu tak adalah sangat. Biasa-biasa jer.

Entry kali ni, sebenarnya berlaku hujung minggu yang lepas. Tetapi dah aku sibuk buat posting lain, tak sempat aku nak mengupdaate tentang benda ni plak. Last weekend merangkap weekend terakhir di bulan puasa, keluarga pakcik aku telah datang ke rumah aku untuk berbuka puasa bersama-sama. Ajak gak auntie aku yang berada di Gombak untuk turut serta, tetapi dia ada hal so tak dapatlah dia joint the group.

Dalam pukul 6, pakcik aku pun datang bersama seperiuk nasi arab, home made lagi. Class gitu. Di samping tu dia bawak jugak kek kukus yang wife dia memang buat tahun ini sebagai jualan hari raya. Tahun ni berniaga kek kukus plak dia. Macam-macam auntie aku sorang ni. Anak pompuan dia siap bawakkan kuih raya yang dibuatnya sendiri untuk kita orang rasa. Tapi yang paling best, pie auntie aku. I have to ask for the recipe. Pie berinti mushroom and telur. Hmmm sedap sangat. Insya Allah nanti if I have the recipe bleh lah aku sharekan recipi nyer bersama korang semua.


Gathering Berbuka Puasa Di Weekend Terakhir Ramadhan

Menu from my house, ialah mee rebus dan kuih kaswi. Mee rebus Johor ye. Suka sungguh uncle aku makan. Dia kata sepanjang Ramadhan ni duk cari mee rebus, tapi tak jumpa. Kadang-kadang tu, sampai tak dapat nak beza antara mee rebus and mee kari. Kuah yang cair macam air paip tak yah citerlah kan. Bertambah-tambah anak beranak dia makan. Nasib baik larat nak gi terawih.

Balik dari terawih, 'mentong' plak with Nescafe-O. Hehehe korang tau tak mentong tu ape? Bahasa orang jawa aku rasa ni. Atok aku yang kat Johor tu selalu cakap. Mentong tu kiranya makan after terawih lah. Kalo tersilap ampun ye. Kepada sesape yang bleh explain dengan lebih tepat, sila lah explain. Borak punya borak, sampai kul 11 gak lah baru dia orang bergerak balik.

4 comments:

MamaYatie said...

banyaknya makanan..best3x...

selamat hari raya
maaf zahir & batin

noreed said...

tu lah mamayatie. buat sket2 jer. bila dah combine jadi banyak :)

slamat hari raya jugak buat mamayatie sekeluarga.
jika ada sy terkasar bahasa ampun dan maaf dipinta

mummy nana said...

sedapppp! maveles! apepun cpat je berlalu ramadan.. sedey juge.. mm harap2 kt dpt jmpe lagi ramadan thn depan....

noreed said...

to mummynana:ye, semoga kita berjumpa lagi di ramadhan thn hadapan.

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino