Rawatan Altenatif: Rawatan Urat Saraf

18 August 2010 - Salam buat semua. Terima kasih kerana sudi berkunjung di blogku ini. Pernah dengar rawatan alternatif? Rawatan alternatif ini merupakan rawatan yang tidak menggunakan ubat-ubatan dari pihak doktor. Sebgai contohnya rawatan homeopathy, rawatan menggunakan herba-herba semulajadi, rawatan menggunakan kitab suci Al-Quran dan macam-macam lagi. Pernah mencubanya? Entry kali ini aku ingin bercerita tentang pengalaman aku mengunakan rawatan alternatif.

Sebenarnya pada hari Ahad yang lepas, aku telah pergi ke Ampang untuk mencuba satu rawatan alternatif. Rawatan alternatif ini merupakan rawatan yang berasaskan urat saraf. Bermaksud orang yang akan mengubat kita itu, akan memeriksa urat saraf di tapak kaki kita untuk menentukan penyakit yang kita alami. Untuk memudahkan penceritaan aku ini, biar aku perkenalkan orang yang melakukan proses rawatan ini namanya; Wan. Pemalu orangnya. Tanya sepatah jawab sepatah. Oh yea! Lupa nak habaq nama tempat ini ialah PUSAS (Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh). To tell you the truth, aku ni jenis yang susah sket nak percaya cara perubatan selain daripada ubat doktor. Tetapi disebabkan parent aku insist me to go, so "I fooolllooowww". And terdapat beberapa benda yang agak "miracle" terhadap analisis yang dibuat oleh Wan ini terhadap both of my parent.

Rawatan Altenatif:Rawatan Urat Saraf

Mesti korang tertanya-tanyakan macam mana Wan ni check kan? Ok mula-mula dia akan pegang tapak kaki kita untuk check saraf kita. Dari sini dia akan dapat tahu saraf yang problem and relate with our penyakit. Dia akan tahu, apa yang kita kurang makan and terlebih makan sehingga memudaratkan kesihatan kita. Sebagai contohnya in my case bila dia pegang jer kaki aku dia cakap; "Ini kurang makan sayur ni" Hehehe aku sengih jer. Rase normal jer aku makan sayur macam orang lain, masih kurang jugak? Haaaisshh....malu I tau, Wan...Hahaha tak pasal-pasal.

Then step yang kedua dia akan, bubuh minyak untuk memulakan proses mengurut dia. Sebenarnya jika diperhatikan bukan urut pun, dia just pegang-pegang dekat saraf yang problem tu. Perbetulkan mana-mana yang dah terbelit agaknya. Beware yea, masa ni memang sakit. Aku jenis yang memang tak suka berurut ni, so sesekali kena urut ni aduhai sakitnya. Ntah berapa kali Wan tu menarik kaki aku yang lari bila sakit. Ikutkan hati masa dia urut tu, nak jer aku pegang tangan dia and cakap; "STOP!!!".

Then after that dia akan mengurut kaki kita menggunakan kayu pulak.Dont worry, kenit jer kayunya, sebesar jari-jemari jer. Pada mulanya aku ingat masa kayu ni yang sakit, tapi masa kayu ni tak sakit pun macam step sebelum ni. Disebabkan aku dah trauma sakit dengan step before this, kaki aku jadi merekot takut untuk bagi Wan urut. Terpaksalah dia convince aku untuk luruskan kaki. Tersengih kambing Wan tu tengok aku yang dah menikus ketakutan. All together proses ini lebih kurang 15-20 minit sahaja.


Rawatan Altenatif:Rawatan Urat Saraf

Setelah selesai proses berurut tu, dia akan bagi kita satu buku kuning di mana dia akan highlight, garis dan circle pada senarai penyakit-penyakit kita. Terdapat juga beberapa pantang larang makanan yang harus di patuhi oleh pesakit. Contohnya kancang panjang, air batu, dan banyak lagi lah. Aisseehh...air batu? Air batu ni memang aku pantang....tapi pantang nampak. Sehingga ke hari entry ini ditulis, aku bleh pantang semua benda kecuali air batu tetap ku teguk.


Rawatan Altenatif:Rawatan Urat Saraf


Jika ditanya tentang bayarannya tidaklah mahal, below RM20 jer. Lagi satu yang aku macam berkenan nak try rawatan ini ialah, mereka di sini tidak memaksa kita mengambil produk mereka. Aku cukup pening bila, orang promote-promote barang kat aku. Kadang-kadang dari aku nak beli, dek kerana terover promote aku bleh blah begitu sahaja.

Kepada sesapa yang berminat untuk mencuba rawatan ini, PUSAS beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa dan Jumaat. "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati"




pssstt...pssstt...perlakon Zaibo tu ada mencuba buat rawatan saraf ni.

8 comments:

ozzy said...

salam..
Urut tapak kaki sekali, kalau bawah rm20 kira murah la tu..nnti bleh tinggalkan alamat atau no phone tpt ni tak, mana tau kot ada kwn2 nak cari ke nanti.

~yUs~ said...

jaga makan minum...pantang2 tu jgn lupe tau..

noreed said...

to ozzy: walaikumsallam. er harap tak salah paham ek, tpt ni bukan yg macam refleksologi tu. anyway kalo berminat ni addnyer:

No 51C, Jalan F,
Kampung Pandan dalam,
Ampang, Selangor.(017-328 9840)

noreed said...

to yus: bbaaiiiikkk...... :)

Unknown said...

asanya mesti siWan tu pakar bab titik saraf mcm refleksologi jugak kan..
mak mertua kakyong pun ade juga belajar pasal urat saraf di kaki.. tp xde mendalam ilmunya.. to kalo takat anak cucu tu, leh la mertua uruskan...

kalo bhgn tak bermasalah memang tak sakit.. tp yg bermasalah tu ler.. yg sakit kan main, walhal bukan picit kuat2 pun...

anyway, pasni kena berpantang drp tgk air batu & seangkatan dgn nya.. bdn nak guna lama nih...

noreed said...

kakyong:btul tu kak yong, wan tu blajar 4 years utk ilmu ni.errr..bab berpantang tu lah plg susah kak, smlm berbuka pun dah terlanggar pantang.hehehe

MASA said...

terima kasih sudi share info bermanfaat ni. sangat berguna bagi sesiapa je yang perlu datang ke sini.

noreed said...

terima kasih juga, sudi menjengok di blog saya. apa yg kita tahu, jika dikongsikan bersama adalah lebih baik

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino