Kuih Cara di Hari Nuzul Al-Quran

29 August 2010 - Salam berhujung minggu buat semua...

Wah berhabuk blog ni. Dah 2 hari aku tinggalkan blog ni. Mentang-mentang Selangor cuti, tuan punya blog ni pun bercuti jugak. Berbuka apa hari ini? Hari ini aku nak share cerita juadah berbuka puasa pada hari Nuzul Al-Quran tempoh hari.

Aku tak tau nape setiap kali bulan puasa mesti tekak aku ni gatal nak makan kuih cara. Tak kira lah kuih cara berlauk or kuih cara yang manis bergula tu. Kalau bukan bulan puasa tak ada pulak aku nak makan. Pastu demand plak tu kalo nak makan kuih cara ni tak mo yang beli kat Pasar Ramadhan nak yang buat di rumah. Di kesempatan hari bercuti pada hari Jumaat tempoh hari sempena hari Nuzul Al-Quran, aku pun buatlah kuih cara ni. Dua-dua jenis aku buat. Tamaklah kan nak dua-dua jenis sekali.

Bersama ini aku sharekan resipi, untuk buat kuih cara ini. May be ramai yang dah tau and kuih ni simple jer. Tapi bagi aku kuih ini memerlukan skill yang tinggi gak untuk disediakan.

Kuih Cara

  1. 1 cawan tepung
  2. 2 cawan santan (If santan terlalu pekat campur sedikit air dalam sukatan santan tersebut)
  3. 1 biji telur
  4. Bagi cara berlauk : letak 2 titik pewarna kuning + secubit garam
  5. Bagi cara hijau (manis) : letak 2 titik pewarna hijau (TIDAK perlu garam)
     Masukkan bahan-bahan di atas mengikut urutan nombor di atas. Setelah sebati, tapis adunan tadi. Kuih tradisional ni cerewet sket cara membuatnya. Sukatan di atas ni cukup untuk 2 orang makan.

Untuk membuat inti cara berlauk:
  1. Sesudu bawang merah+ bawang putih yang dikisar
  2. Sedikit halia 
  3. Daging kisar 
Tumis bawang, masukkan halia and daging.Masak ia sampai kering. Angkat daging biarkan ia sejuk.

Kuih Cara

Panaskan tempat pembakar kuih cara itu, and sapukan minyak. Biar betul-betul panas. Kalo tak alamatnya melekat lah kuih cara anda semua yea.Untuk sapukan minyak di pembakar tu, gunakan daun pandan yang diikat. Nanti berbau wangi minyak tu. Bila dah panas masukkan adunan tepung sampai penuh. Selepas tu, masukkan gula/daging tadi dalam 1 sudu kecil. Untuk cara berlauk letakkan hirisan lada (errr cili lah tu, orang Johor panggil lada)  yang dihiris kecil-kecil. Ni sebagai cantik and add on rase sahaja. Masak lebih kurang 10 minit. Jangan lupa tutup dengan penutup dia, supaya cepat masak. Untuk cungkil kuih ini keluar dari bekas dia, aku gunakan penyapu mentega dan garfu. Mula-mula tu aku guna lidi, tapi susah lah pulak. And pada kali pertama, kemungkinan kuih anda akan melekat. Harap bersabar yea, jangan paling tempat pembakar tu ke dalam tong sampah plak. Sian, dia tak berdosa. Each time aku masak kuih ni, masa mula-mula bakar mesti dia melekat. Terkejut agaknya, setahun sekali jer dia digunakan. Hehehe. Tapi yang 2nd time dia dah ok.

Ok selamat berbuka puasa semua. Enjoy the recipe.

Kuih Cara

6 comments:

Sudir Suichi said...

alamak sedapnyee~~~

noreed said...

ada commercial value utk jual kat pasar ramadhan tak?hehehe

Pencacai Alim said...

mau order..

phg pon cuti gak..aku smbng smpai selasa..muahahahaha

noreed said...

aduhai jauhnya mau hantar ke sana. basi nnt. huhuhu saya kerja besok. cuti utk soping raya ke?

Fahmi Raazali said...

huhu... rupanya mcm kuih akok yg kawan sy dari kelantan tu bagi la... kalau silap betulkan saya... hehe tak kenal jenis n nama kuih :-D

noreed said...

akok besar sket rupanya. rase dia pun lain. tapi tak tau plak kut-kut, cara buat akok sama dgn kuih cara? akok pun sodap.... :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino