Kempen 1 Blog 1 Bendera

26 August 2010 – Assalamualaikum dan salam ceria buat semua yang sudi berkunjung di blogku…

Kempen 1 Blog 1 Bendera

Demi menyahut seruan blogger Zaidah, mengibarkan 1 blog 1 Malaysia maka ku kibarkan Jalur Gemilang di entry kali ini. Sebenarnya aku mengetahui kempen 1 blog 1 Malaysia melalui blog mama yatie. Dalam perjalanan untuk ke tempat kerja hari ini, lagu Kemerdekaan dendangan Alyarham Sudirman Haji Arshad telah mula berkumandang. Begitu juga beberapa lagu patriotic yang lain.

Dah alang-alang aku kibarkan Jalur Gemilang ni, mari kita bercerita sedikit tentang bendera negara kita.

  
Pengertian di sebalik warna dan rekabentuk Jalur Gemilang
  • Biru : melambangkan perpaduan rakyat Malaysia
  • Kuning: merupakan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
  • Merah: keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat
  • Putih: melambangkan keluhuran dan keikhlasan
  • 14 jalur merah dan putih (melintang) adalah tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan
  • Anak bulan dan bintang merupakan tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia

Susur galur Bendera Malaysia a.k.a.s Jalur Gemilang
  • Pada tahun 1949 satu pertandingan peringkat kebangsaan untuk mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan berjaya menarik sebnyak 373 karyawan. Setelah pemilihan dilakukan hanya tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
  • Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
  • Majlis Perundangan Persekutuan mahu mendengar pendapat umum tentang ketiga-tiga rekaan berkenaan dan telah dikelolakan oleh The Malay Mail. Dan akhirnya rekaan ketiga hasil dari seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah telah dipilih.
  • Rekabentuk ini telah diubahsuai beberapa kali untuk disesuaikan dengan negara kita. Pada tahun 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven  horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

  •  Dan ia telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Buat pertama kalinya Bendera Malaysia berkibar dengan megahnya pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI
  • Setelah sekian lama digelar Bendera Malaysia iaitu selama 47 tahun, pada kemerdekaan ke-40 (1997) nama baru telah diberikan; Jalur Gemilang. Nama ini telah dicadangkan oleh Redzuan Tamin, seorang pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Pengertian di sebalik nama Jalur Gemilang
  • JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.
  • GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
Maka apalagi jom kita kibarkan Jalur Gemilang di blog masing-masing. Supaya kemeriahan merdeka kali ini dapat dirasai di alam realiti dan maya. Selamat Hari Merdeka buat semua...



credit goes to wikipedia

2 comments:

ozzy said...

Selamat menyambut hari merdeka..sama-sama berbangga menjadi rakyat Malaysia.

noreed said...

to ozzy: Selamat Hari Merdeka jugak utk awk n family. Proud to be Msian

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino