Bercuti 2 Hari Dari Blogging

30 August 2010 - Salam buat semua. Isnin sudah mai. Kembali bekerja, kembali ke class, kembali ke sekolah ye semua. Monday Blues melanda ke? Mungkin bagi yang bekerja di daerah Selangor hari ini masih bercuti lagi. Tetapi aku malas nak amik cuti, sebab cuti tinggal 'ciput'.

Aku berazam untuk membuat satu entry, setiap hari. Tetapi masih tidak berjaya juga. Macam manalah orang lain boleh buatkan. Satu hari kadang-kadang tu sampai 2-3 entry. Dia orang pun ada  24 jam gak masa yang diberikan dalam sehari. Same jer macam aku. Huh! Kena bring forward azam tu ke bulan hadapan plak. Bulan depan musim raya, lagi ke laut lah entry ku nanti. Harap-harap azam untuk buat satu entry satu hari starting pada bulan hadapan akan berjaya. Sila disiplin kan diri anda ye, Cik Noreed. Chayok! Chayok!


Blogku ini tidak bersentuh selama 2 hari ini bukan saja-saja. Aku terlalu busy menyiapkan tempahan cookies Chocolate Chips daripada kawan-kawanku. Dah siap akhirnya malam ni. Tinggal buat untuk yang rumah punya dan juga untuk diberi kepada atok di Johor serta opah di Perak. Buat untuk orang tapi rumah sendiri belum ada lagi. Maybe akan sambung operasi pada cuti Merdeka nanti. Merdeka bersama cookies lah aku nanti. Huhuhu.

Chocolate Chips Cookies Untuk Tempahan

4 comments:

khairolghani said...

wah..terima tempahan buat biskut raya ke?camna hasil pendapatan?masyuk tak?

noreed said...

alhamdulillah bleh lah sket2. tapi tak serancak sblm ni, sbb malas nak promote thn ni.hehehe

Ladfe Amir said...

pandai buat kuih raya ye. kalau promote awal kat blog sure ramai yg order.InsyaAllah

noreed said...

saya ni hampeh sket tang promote2 ni. nasib baik tak jadi marketing exec kan?hehehe

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino