Hadiah Pertama Dari Nuffnang : Season of The Witch

Haallooo semua. Selamat pagi. Pagi lah sangat kan dah kul 10 lebih dah. Pagi ini hujan lebat kat tempat aku, sangat sejuk dan terasa sangat  malas mahu pergi ke opis. Huhuhu.

Season of the witch

Ini merupakan citer yang berlaku malam semalam. Bukan sambungan dari citer tertinggal semalam. Citer aku tengok best semalam. Movie baru yang akan memulakan tayangannya hari ini; Season of The Witch. Aku berpeluang tengok awal sehari sebab menang contest nuffnang about this movie. Entry sempoi tempoh hari mengenai apa yang korang takut about witch telah menambat hati nuffnang. So aku dapat 2 tiket tayangan perdana untuk citer, Season of The Witch. Kali pertama joint contest nuffnang (sebelum ni nak joint, tapi malu-malu kucing mahu joint), dan pertama kali menang. Hoyeaahh!!! Thank you so much nuffnang for this opportunity.

Hadiah dari nuffnang


Ok enough citer about me. Meh aku stroy sket tentang citer. This is not a love stroy at all. Selalunyer citer adventure apa sekalipun mesti ade gak terselit cintan-cintun kan? But this story korang jangan harap ye. Tak tahu nak clasifikasikan citer ni citer apa. Seram ada, adventure ada, fantasi pun ada, sedih pun ada. Semuanya 'diadun sebati' buatkan penonton jadi tak senang duduk. Sepanjang penggambaran memang korang akan rasa berdebar, dan semakin lama akan semakin geram dengan witch tu. Errr witch ke dia? Muka cun giler...ooppsss yang tu aku tak leh nak habaq, nanti anti-klimaks plak. Oh korang jangan lupa tengok part masa hero dia, Nicholas Cage berperang dengan wolf. Aku rasa part ni sangat macho. Sesapa yang baru putus cinta, yang rasa sangat tertekan tengok love story, pergilah tengok citer ni. Tak teringat langsung duka lara korang tu. Kepada kaum adam yang sedang bercinta, ok gak tengok citer ni. Nanti gf korang akan mengepit jer kat korang sebab ketakutan. Dekat jer ye, jangan buat aksi lebih. Kalo dah kawen tu tak pe lah.

Ending citer ni lain daripada yang lain. Aku tak sangka sungguh ending dia macam tu. Nak tau ape, jom serbu pangung ramai-ramai. A really good movie, to put in your list in 2011. Two thumbs up for this movie.

Ikea meatball
Best....best ...dapat makan meatball.


psstt...psstt...Mr Frogie ini lah benda yang saya maksukdkan semasa entry "Pembuka Tirai 2011 Yang Baik" mengenai benda yang tak confirm 100% lagi. Sebab blum dapat email confirmation. Heheheh not about marriage ye.

17 comments:

MasZuber said...

wah..buat masa ini tidak pernah memasuki mana-mana contest dari mana-mana penganjur..

huhuhu tp bila tgk noreed menang, hmm bole juga di consider masuk contest next time!

tq for sharing ;)

norh said...

tahniah..happy for u :)

Abu Aiman said...

bestnya dapat tiket free.

Kena tengok ni, saya memang minat cerita magic2 ni =)

Ujang9897 said...

tak jmpa pun smlm..hehe...

noreed said...

to mas:joint jer mas, dpt tak dpt lain kira. next time kalo ada contest, i will roger2 u ok.

noreed said...

to norh: thanks dear :)

noreed said...

to abu aiman: sila-sila tgk.bukan sekadar magic, segala mentera kluar dlm citer ni

noreed said...

to ujang:ha`a kan...next time kalo gi lagi make sure pakai name tag ek. so that, bleh hi...hi...

Lina Rahim said...

wah, tahniah2..rajin betul mengarang..

Ujang9897 said...

hi hi skarang la..hee

fatin said...

waa..jelesnyer die tgk muvie.. ai da lama x gi panggung.. last pegi mase peknen 9 bulan.. tgk shrek.. hahahaa

noreed said...

to ujang: ;) wink...

noreed said...

to fatin:nasib baik tak x terberanak masa gelak tgk shrek tu kan? heheheh

Misz-ella said...

best tak gi nuff event? so far kakcih tk penah pegi event2 camni. i pemalu u .. hihi ..

ghost said...

hollywood kalau hasilkan filem memang diadun dengan genre yang lain walaupun asasnya genre komedi atau horor.ia dikombainkan dengan cukup baik sebab itu kadang genre komedi dipenghujungnya diselit dengan kesedihan kadang2.

beruntung dapat layan filem dari nuff ek.

noreed said...

to kak chik:sy pun 1st time ni kak chik. alahh event yg sy gi ni tak perlu bersosial sgt, redeem ticket then masuk panggung tu jer, kak. sy pun tak brp pandai nak mingle around masa event. sekapal lah kita :)

noreed said...

to biskut:yup btull tu. tp slalunya ade terselit elemen cinta tp ini tak de langsung. i liiikkeee it.

just try my luck, tgk2 dapat alhamdulillah :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino