Teatime with my sis


10 Julai 2010 - Adik aku ni tak tau lah mengidam berapa bulan? Dari pagi lagi dia merengek ajak aku makan Chocolate Indulgence Cake kat Secret Recipi. Eee budak sorang ni kan. Sanggup tu dia nak blanjer aku cheese cake. Hahaha aku memang penggemar cheese cake sejati. Bulan ni kan aku pokai, "so kenalah ko blanjer aku yer budak kecik kalo nak aku bawak ko menunaikan ape yang ko mengidam tu...kehkehkeh"
  
Dalam hujan renyai-renyai aku pun bawak lah budak sorang ni. Tiba-tiba up the request lah plak nak gi beli tudung plak dah. Mak aku dengar kita orang nak gi beli tudung dia pun order nak tudung yang macam aku pakai kat gambar tu. Nak color same semua. Tu hari dia nak beli tak ada yang size M. Yang aku pakai tu size S. Murah gak lah kedai tu harga tudung yang aku pakai tu RM 16.90. Yelah mummyku nnt aku cari kan yea..

Berlakon jer tu, sebenarnya tak lalu nak minum tu

Hmm senang citer aku bawak jer gi area section 9. Beli tudung + makan cake skali kat situ. Nak beli tudung kat Plaza Masslam. Kedai nak beli tudung tu nama 'Cititrend' sebelah Reject Shop, tingkat bawah sekali (LG kut, tak pasti). Kat Secret Recipi adik aku pesan GreenTea ape ntah. Tapi mak ai tak leh masuk tekak aku langsung. Adik aku yg penggemar green tea pun tak lalu. Aku pesan tea set, consist of coffee and cake.

Sedapnya minum kopi time-time hujan macam ni.

Lame gak kita orang pusing-pusing kat Masallam tu. Ada reject shop clerance sale plak kat bawah tu. Adik aku beli tSedar-sedar dah kul 7.30 p.m. Mak aku dah call dah tanya bila nak balik. Ok dah jom balik maghrib dah...

1 comment:

Anonymous said...

bestnye makan cake...tak ajak pun eek..jom gi makan kat secreet recipi pasir jusco tebrau ni nak tak..sy banje....hehhehe

~yUs~

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino