Bulan Rejab

 
15 Rejab 1431, (27 June 2010) - Selamat datang bulan Rejab. Mesti confusekan kenapa plak posting kali ni bertarikhkan bulan Islam. Saja coz I want to share information about Rejab month. Before this kan aku ada bagitau nak share info about kelebihan amalan-amalan(specific for puasa) di bulan Islam. So dah alang-alang, aku buat a little research about benefit for fasting in Rejab month, let's share information about Rejab month. I know it look like a little let to share this information, but lebih baik ada daripada tiada kan?

Ice Breaking bersama bulan Allah (Rejab)

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran, kalendar Islam mempunyai 12 bulan di dalan setahun dan pengiraan ini adalah berdasarkan pergerakan bulan. Walau bagaimanapun antara 12 bulan ini, terdapat 4 bulan haram; iaitu bulan Zulqaedah, Zulhijah, Muharram dan Rejab. Pengertian Rejab dari segi bahasa bermaksud menghormati dan memuliakan. Masyarakat Jahiliah telah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka menghormati dan memuliakan bulan dengan tidak melakukan peperangan sepanjang bulan ini. Manakala kita sebagai umat Islam, memuliakan bulan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasullah SAW iaitu peristiwa Isra` dan Mi`raj. Para ulama berkata; bulan Rejab ialah bulan menanam, bulan Syaaban ialah bulan menyiram dan bulan Ramadhan ialah bulan menuai. But why bulan ini (dan 3 bulan yang lain) dikatakan bulan haram?  Ini adalah kerana kehormatannya yang besar dan besarnya dosa maksiat yang dilakukan di dalam bulan-bulan tersebut. Dan 4 bulan ini dipilih sebagai bulan yang haram bertujuan supaya umat Islam boleh mengerjakan umrah dan haji pada bulan-bulan berkenaan.



Lipatan sejarah yang berlaku di dalam bulan Rejab:
  1. Hijrah Pertama : Pada bulan ini berlakunya penghijrahan pertama umat Islam ke Habsyah (Ethiopia). Penghijrahan ini berlaku setelah kalangan sahabat mengadu kepada Rasullah terhadap tekanan dan ancaman yang dilakukan oleh pihak Musyrikin terhadap mereka. Penhijrahan ini dilakukan di atas sebab-sebab keselamatan diri dan iman serta bagi mencari tapak baru untuk Islam dan untuk mengatur strategi.
  2. Isra' dan Mi`raj : Merupakan perjalanan Rasullah SAW dari Mekah ke Baitul Muqaddis pada waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu.
  3. Perang Tabuk : Tabuk adalah nama tempat di Utara Semenanjung Arab. Di sinilah Rasullah SAW bersama 30 ribu tentera Islam berkumpul untuk berperang dengan tentera Rom. Walau bagaimanapun peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah cabut lari ketakutan dengan semangat waja dan kekuatan tentera Islam.
  4. Pembebasan Baitul-Muqaddis : Baitul Muqaddis telah ditawan oleh tentera Salib semasa zaman pemerintahan Abasiyah.Tentera Salib telah menduduki kota ini selama 60 tahun, sebelum panglima Islam yang terkenal Salehudin Al-Ayubi berjaya menawa semula kota berkenaan. Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Tetapi malangnya pada 1967 bersamaan 1387H, Yahudi telah menawan Baitul Muqaddis dan menamakan nama negara mereka dengan nama Israel.
  5. Lahir Imam Syafie RH : Beliau telah lahir di Ghuzah pada bulan Rejab, 767 Masehi bersamaan 150H. Nama beliau yang sebenar adalah Muhammad bin Idris. Beliau merupakan antara 4 imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Dan kita, umat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafiee.
Puasa di bulan Rejab

Tidak terdapat hadis yang menyatakan secar khusus mengenai kelebihan puasa di bulan Rejab. Cuma terdapat hadis yang menyatakn kelebihan puasa pada bulan-bulan haram.
Antara hadith-hadith tersebut ialah,

أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله الحرام وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل ~ رواه مسلم

“ Puasa yg paling afdhal selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan haram, dan solat yg paling afdhal selepas solat fardhu ialah ialah solat malam.”

  • Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
  • Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari diseksa diakhirat dan fitnah dajjal
  • Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

  • Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

  • Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

  • Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda

 Special thanks to:


2 comments:

Anonymous said...

teruskan bertazkirah..:)

noreed said...

thank you 4 ur support.keep reading my blog ok.

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino