Cecomot....

28 May 2010 - Today bgn kaki dah start sakit akibat main futsal semalam. Bangun-bangun have a online complicated conversion with someone. Huh ruin my mood btull. Keep saying to myself abaikan perasaan ni. Hari ni nak have fun dgn my sis n cuzzy. Having breakfast with them bersama-sama dialog di dalam citer "Adnan Sempit". Dia org semua ketawa tak ingat dunia. Tapi aku pending jer dgn lawak dia org ni, satu benda aku tak paham, sbb aku tak tgk lagi citer ni.Hehehe...

After breakfast ni kita orang ade misi untuk membawa kucing yang bakal dibela oleh 2 orang cousin aku ni ke klinik veterina. Actually it a street cat. Nama kucing ni "Comot". Memang sangat comot dan brutal. If nak bela street cat kena amik vaksin. Baru ku tahu hari ni. Dia orang ni nak bela kucing, tapi my auntie tak suka. So kena buat segala aktiviti ni secara penyeludupan. Of course lah tak ade cage kan nak carry kucing ni ke vet. Ape yang budak-budak ni buat dia orang masukkan kucing ni kat dalam kotak A4 paper. Hahaha lawak btull. Sian lah si comot tu. Sepanjang perjalalan dia bising mengiau-ngiau. Dah lah tak tau exactly location klinik "Anicare" tu. After 15 minutes and meredah jalan one-way, jumpa gak klinik ni.

Sosat den cari clinic ni...


Doktor kat klinik ni sangatlah friendly. Bukan sahaja pada manusia, tetapi kepada Comot gak. Mase kat klinik ni we had double surprise. First Comot yang brutal ni kita orang ingatkan jantan, rupa-rupanya betina. And dia pregnant lah plak. Semua orang ternganga masa doctor tu bgtau this news. Doktor tu pun gelak kan kita orang. My cuzzy ni tak maulah bela kucing banyak-banyak kucing. If dia orang nak bela, they have to split the baby. Klinik ni tak buat that kind of task. Sebab doktor ni berprinsip it not the rite thing to do. Ye lah pendapat masing-masing kan. Dia suggest to do it at DBKL klinik, located at Jalan Air Panas. So doktor ni tak leh nak bagi vaksin kat Comot.Dia just do regular check-up. Timbang berat -2.7kg, check bulu dia - ada kulat sket, just shampoo it will be ok and doktor bagi Comot makan ubat. Mase doktor ni bagi Comot makan ubat (pil) memang memerlukan skill yang tinggi. Sebab street cat ni sangat bijak. If dia tak berjaya for the first time, after that jgn harap lah. And sometimes, street cat ni akan kluarkan balik pil tu. But doktor ni memang pro lah. Ini adalah pil cacing. Bila semua dah setle, doktor ni just gave a small bottle of shampoo and no telefon untuk Klinik DBKL tu.

Garang nyer dia. Stress ke kena duk dlm kotak tu?

Walaupun comot, buluku shinning tau. "Doctor puji saya cantik"

Dalam dilema nak bela Comot ke tak?

Ok setle problem Comot, all of us pergi Wangsa Walk. Nak tgk citer Shrek 3. Hmmm agak bosan plak Shrek kali ni. Sedangkan sebelum ni, aku memang suka sangat dengan citer Shrek ni. Just love part Puss in Boot. Tak klakar sangat macam Shrek 1 and 2.

After tgk wayang, my cousin dah decide nak bela Comot. So kena lah beli makanan dia, pasir and scoop. Pening gak nak pilih, ada macam-macam jenis rupa nya pasir utk poo ni. Haus dah rasa nyer. Dah setle semua, jom lah gi minum air kat kedai "Sweet Bowl". Air Jiji sedap; Strawberry Puding...





Now nak gi belikan hadiah Jiji plak. Budak ni besok convo sebenar nyer. So aku suruh lah dia pilih hadiah ape dia nak budget dalam RM50 yea...hehehe kedekut kan aku.
End-up dia beli 2 helai design t-shirt. Sangat comel n stylo. Yang klakar nyer, tak pasal-pasal, Nadiah and I pun beli gak. My sis beli hair accessories. Dah mari balik yea adik-adik ku...kakak mu ini dah pokai.

Huh, malas lah nak balik mlm ni, balik besok pagi lah...malam ni nak tgk VCD Adnan Sempit. So that I can joint lawak merepek dia orang ni...Ok then adios...

No comments:

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino