Showing posts with label ronda-ronda. Show all posts
Showing posts with label ronda-ronda. Show all posts

Deepavali @Korea

Hallo happy weekend everybody...

Semalam on the way balik dari rumah cousin aku Nadiah,  kita orang berdua dah kelaparan. Hmmm.... mau makan apa ye? Nadiah suggest kita orang gi makan makanan Korea. Aku memang dah mengidam nak makan Korean meal dari beberapa mimggu lepas lagi. Plan nak gi last weekend, tapi dah Nadiah sibuk nak uruskan hal family dia untuk menunaikan haji, plan last weekend terpaksa kami postponed. Makanya, minggu ni dah alang-alang both of us kuar bersama and berada di KL ni, jom lah execute plan yang terunda minggu lepas tu. Lets go to The Gardens.

Sebab apa gi The Gardens, sebab kat food court dia ada stall yang jual makanan korea yang halal, murah dan sedap. Nyum, nyum, nyum. Nama stall tu Sam Sam Kitchen. 'Ajuma' (panggilan auntie untuk orang Korea) memang from Korea. Kiranya bukan Korea celup lah.



Aku order Sun Dubu Jigae (Rice + Kimchi Taufu Soup With Seafood) and Nadiah order Galbi Set (Rice + Misou Soup  + Beef Black paper) . Both of our meal didatangkan with 2 side dish  kimchi and potato cube. Pada aku banyak gak lah meal portion yang diberi. Terutamanya daging black paper yang cousin aku makan tu. Cousin aku warning kena habiskan, sebab dia yang belanja. Hahaha, awal-awal dah warning sebab aku memang slalu makan tak habis. Nasib baik abis, even in slow mode.

"Thank you, Nade belanja I makan. Muuaahhh"


 Lepas makan, kita orang lari jap gi Mid Valley sebab aku nak cari shampoo kat Watson. Coz kat The Gardens ni tak ada Watson. Semua pun butik-butik untuk golongan elit. Dia nyer supermarket pun Robinson.
Sambil-sambil on the way ke Mid Valley tu jumpa beberapa Kolum yang menarik. So apa lagi, snap!Snap! Snap lah. Walaupun guna camera phone jer. Kolum kat Mid Valley ni lagi cantik design dia dari The Gardens.

Selesai membuat pilihan untuk membeli shampoo apa yang aku nak beli untuk rambut aku yang bermasalah ni, kita orang pun cepat-cepat lari semula ke The Gardens. Rushing sebab tak mo exceed 3 fisrt hour. Hahaha kedekut kan, tak mo bayar parking lebih? Nasib baik tak lebih. Miracle pun ada. Sebab kalo kami berdua kluar  especially ke shopping complex memang slalu nyer 'menyanyah'. Two thumbs up for both of us. Hehehehe....


psstt...pssttt...beli shampoo TreSemme (Anti Breakage), untuk problem rambut gugur aku ni. Korang ada cadangan shampoo lain tak?

3 Malam Penuh Bintang

Halloo..haalloooo...selamat berhujung minggu buat semua.

Tiga malam penuh bintang
Dan diriku dihimpit ke'busy'an
Namun ku tahu arah tuju
Kerna ku tahu apa yang ku mahu
Bagaikan malam disinari mentari


3 Malam Penuh Bintang
Output dari ke'busy'an ku


Hahaha suka-suka aku jer tukar lirik lagu nyanyian Fiq(Mentor) ni. Ampun ye Fiq tak ada niat apa-apa just nak menggambarkan betapa penat dengan kekalutan hidup aku selama 3 malam ni. Sudah 3 malam hidup aku penuh dengan bintang-bintang kesibukan. Malam ini mahu tido puas-puas dengan lenanya. Hmm tak tau besok mahu sambung routine jogging macam last weekend ke idak ye. Masih di dalam pertimbangan.

Bermula dari hari Rabu malam Khamis. Kerja di opis yang bertimbun. Meeting berlarutan sampai pukul 5 lebih. Niat di hati mahu  'chaw' awal untuk melancarkan plan kami bertiga (Zirr, PK(Kak Aza) and aku). Plan untuk menerjah pasar malam di area Subang 2. Bersama misi mahu mencari tudung. Sungguh jeles tengok PK pakai tudung cun, kualiti baik tapi murah jer just RM10. Den, idaklah mampu beli tudung Ariani yang cecah ratus ringgit tu. Pasar malam tu dekat area rumah PK. Husband PK outstation ke JB hari Rabu tu, it the rite timing to go mengular bersama dia. Kami ada body guard 2 orang. Ilham dan Iman, anak PK. Ingat tak Iman yang aku pernah buat entry tentang dia tu. Walaupun berpuasa hari tu, but mission was accomplish succesfully.

Hari Khamis malam Jumaat pula misi mengambil hadiah dari RedMummy di KLCC. Kluar opis kul 5.15, fetch my friend, Adi yang baru abis exam. Dia sebagai Mr Gamin aku pada malam tu. Terima kasih, Adi kerana sudi temankan dan jadi En Garmin malam tu. Sampai di KLCC penjaga parking yang bermain-main membuat kerja telah membuatkan ketaku terkena palang semasa mengambil ticket parking. Memang aku bertukar menjadi naga waktu tu. Dia cakap sorry  tetapi muka ku masih muncong jer tanpa berkata apa. Nasib baik cermin keta tak pecah and keta aku tak calar. Kalo tak sah hangus hitam mamat jaga parking tu, aku fire. Tapi padan muka kena marah dengan supervisor dia. Kurus pahala pose ku hari tu. Tapi alhamdulillah mission accomplish gak. dapat hadiah, dapat jumpa Kak Red. Sangat happy.

Bintang busy pada Jumaat malam Sabtu pula, perlu menyiapkan blueberry cheese cake yang kawanku tempah. Terpaksa buat jahat petang tadi. Kuar awal dari opis, untuk menyiapkan cake ini. Kawan college lamaku, ni buat repeat order. So aku memang tak sampai hati to say 'NO'. Kalut menyiapkan tempahan cake, sehingga pukul 7 everything beres. After maghrib perut berkeroncong, lapar. My parent not at home tonite. Pergi melawat my auntie yang insyaAllah mahu menunaikan haji. Tersangat malas mahu makan nasi, tersangat malas mahu keluar beli makanan, makanya aku buat tortilla with daging burger and scramble egg. Makan sambil tengok tv. Pukul 11.30 kawanku sampai mengambil cake yang ditempah tu. Yeah rezaki datang. Thank u my dear friend, Hajar for your order.

3 Malam Penuh Bintang
Tortilla with meat and scramble egg

Itulah kisah 3 Malam Penuh Bintang Busy. Walaupun busy, penat, sakit-sakit dah kaki ku yang terlalu banyak berjalan ni.....namun aku sangat gembira. Gembira sebab busy. Can kill my silent moment. Yeah sound crazy rite. People who love 'busy'. Come on, look it in the positive site. When you busy that mean you healthy, so that you are capable to carry out your task until it success. Now it time my for my body to rest. Good night everybody. Have a pleasant weekend.


psstt...psstt...mahu jogging ke tak? Jogging ke tak?

Monday Blues...Shopping

Salam Isnin buat semua. Harap semua sihat menjalani tugas yang dipertanggung jawabkan di permulaan minggu ini.

Monday blues ke? Jangan blues sangat. Setiap Isnin pun blues...susah dibuatnya. Peringatan buat diriku juga sebenarnya. Kalo blues jom tengok my new travel shoes.

Travel Shoes

Cantik tak? Comel tak? My new travel shoes. Just bought it yesterday. Beli travel shoes mau ke mana ni? Hehehe adalah. Still dalam planning. Kalo aku bermurah hati akan ku kongsikan bersama kalian, tetapi mesti lah ianya menjadi realiti dulu baru aku sharekan. Selagi belum kita duk diam-diam dulu ye. Tetapi aku masih terpikir-pikir adakah perlu atau tidak untuk aku kongsikan bersama. Takut nanti ada plak yang kata just nak show off? Tak pun cakap sekadar gi situ pun nak citer ke? Hmmm...perlu ke idak ye? Kalo tak share rasanya bersawang nanti blogku ku selama seminggu nanti. What do you think? Aku perlukan pendapat korang semua, please drop a comment ok.

Ye...ye...btul orang tak sihat ni sibuk gak nak berjalan walaupun masih belum sihat sepenuhnya. Setelah makan panadol soluble, tido setengah jam badan rasa macam segar sket. So pergilah berjimba-wawa bersama family ku ke Empire. Beli my lovely red shoes di sana. Memang target bulan ni nak beli travel shoes. Tapak travel shoes ku sebelum ni sudah haus. Hampir-hampir tergelincir on my previous vacation.

Apa kena-mengena Monday blues dengan shopping? Mestilah ada kena mengena. Kalo asik Monday blues, kerja nanti tak produktif. Bila tak produktif nanti bos marah..."You`re Fired!!!" Tak ke na`ya tu. Dah tak ada kerja tak ada income, macam mana mau shopping?

Aku close entry ku di hari Isnin ini dengan salah satu quote yang dikirimkan melalui email oleh my big brother.
So meaningfull buat sesiapa yang masih Monday blues.
"No matter how you feel, get up, dress up and show up"




psstt...pssstt...Tangs tengah adakan anniversary sale skrang. Thats why i bought the shoes. Kalo idak tak mampu den....

Cute Map to Open House

Salam buat semua pembaca blogku. Agak lewat mengupdate blog, hari ini. Maaf ye, pelbagai urusan perlu dilakukan hari ini.

Ini cerita open house lagi. Bagi chance yea, kita bercerita raya sehingga hari habis Syawal. Tapi ini pun cerita dah ala-ala basi pun citer berlaku pada weekend yang sudah baru nak update minggu ni. Minggu lepas terlalu banyak citer raya. Muak pulak korang baca nanti.

Last weekend my dear cousin, Nadiah buat open house for her close friend. Disebabkan family aku semuanya dah beraya rumah dia, kecuali aku so dia pun ajak lah aku datang sekali. Actually dia invite gak parent aku datang skali, tetapi kat aku macam jatuh hukum wajib untuk attend kan. Aduhai, mula-mula tu aku malas nak gi sebab aku tak tau jalan nak gi rumah dia. Oh rumah dia kat area Gombak. Bukannya tak pernah pegi, pernah. Cumanya, kalo gi rumah dia usually my dad drive dan aku pun tak pay attention pun lah terhadap jalan2 nak ke rumah dia. Pernah gak drive dari Shah Alam ni ke Gombak tu, tp tak straight gi rumah dia pergi main futsal dulu. Then baru gi rumah dia. Tu pun gi dgn my sis guna Miss Gamin. Ni nak drive sorang-sorang. My parent tak leh ikut ada jemputan lain.

Map to Gomabak


Disebabkan auntie aku (mak Nadiah) dah bising tanya kat Nadiah napenyer aku tak mo datang open house tu, aku pun jadi serba salah. Rasa tak baik plak orang dah jemput aku tak gi. So aku pun mintak lah map ke rumah Nadiah ni. Dia forwardkan lah map ke rumah dia kat FB. Hahaha comel sungguh map dia. Skala berapa ni map awak? Tensen dia bila aku tanya macam tu. Tu map last minute menurut dia. Beside map tu, aku mintak dia bagi simple instruction sket. Tapi aku sms dia awal-awal lagi

"Babe, kalo I sesat tiba rumah you kul 6 simpan makanan utk I tau"
Gelak minah tu baca sms aku.  Majlis start from 12.30-6.00 ptg. Harap-harap aku tak sesat. Dengan lafaz bismillah, selawat banyak-banyak sket, aku pun bertolak around 1 petang and kul 2.15 dah sampai. Tanpa sesat ok. Ceh berlagak tak? The cute map really work. Terkejut cousin aku. Dia budget mesti dia kena fetch aku kat mana-mana. 

Pelbagai menu di rumahnya, Nasi Arab, lontong, roti jala dan kuih-muih. Dah habis makan, aku melepak-lepak kat atas melayan FB sambil tengok tv. Nak mix around tak kenal kawan-kawan cousin aku ni. Aku dah lah memang berat mulut sket kalo org tu aku tak kenal. Kalo dah kenal, laju jer mulut aku ni macam bertih jagung. Hehehe.

Balik around kul 4 lebih. Balik ada tersesat sket. Terlepas simpang nak masuk highway DUKE tu. Aku memang pengguna tegar DUKE. Suka guna DUKE, keta tak banyak. Tapi sakit sket nak bayar tolnya. All together from Shah Alam to Gombak, lalu NKVE and DUKE tol lebih kurang RM 7. Huh! boleh gi Seremban.




psstt...psstt...my cousin house ni dekat dgn rmh arwah dato sosilawati, masa aku pass by rmh masih terdapat bebereapa reporter di depan rumah beliau. Semoga rohnya dan 3 yang lain dicucuri rahmat.Al-Fatihah....

Beraya di ICT Shah Alam

17 September 2010 - Salam Jumaat buat semua pembaca blogku. Aku percaya mesti ramai yang masih bercuti raya lagi. Selamat beristirehat bersama family tercinta.


ICT Shah Alam


Entry kali ini aku nak share tentang aktiviti family aku pada hari Isnin yang lepas. Entry sebelum (Tetamu Pertama di Hari Raya) aku ada menceritakan kunjungan mengejut dari Achik dan Uda aku kan? So pada malam itu kami telah pergi sambung beraya bersama ke ICT. Hehehehe.Pada mulanya mereka mahu ke rumah makcik aku, Angah untuk beraya, tetapi disebabkan dah lewat petang mak aku cadangkan pergi bersama-sama keesokan harinya. Setelah semua orang dah setuju, mak aku pun apa lagi, memberi arahan kepada aku untuk masak nasi. Dia nak buat nasi goreng untuk makan malam. Kasihan dia orang, lunch makan maggi goreng, dinner makan nasi goreng. Dah tu nak buat macam mana, memang tak ada bahan untuk masak sedap-sedap. Tu pun nasib baik ada balance daging yang mak aku guna untuk masak raya tu hari.


ICT Shah Alam


ICT Shah Alam

Sementara kami sibuk memasak di dapur, bapak aku bawaklah keluarga Uda round-round bandar Shah Alam. Kesian dah 2 kali mereka ni datang Shah Alam tapi tak pernahnya kami sempat untuk bawak berjalan. Selalu datang sekejap-sekejap jer. Malam ni kami plan nak bawak family Achik dan Uda ke ICT. Kami pun dah lama tak pergi. Last pergi masa tu, tempat tu tak famous lagi. Masuk pun percuma jer.

ICT Shah Alam


Selepas sembahyang Maghrib dan makan malam, kami pun bertolaklah ke ICT. Ingat tak ramailah orang pergi time raya ni. Ramai jugak orang. Tapi tak seteruk waktu weekend lah, yang jammed since dari simpang masuk lagi.

ICT Shah Alam


Bagi yang belum sampai lagi, meh aku sharekan sedikit informasi ICT Shah Alam. Untuk masuk sini sebuah kereta dikenakan charge RM5. Sebelum ni adik aku kata RM10. Tak tau lah aku memang dia dah turun harga or promotion raya. Tempat ni ade banyak lampu-lampu yang cantik. Pokok yang berwarna-warni dan binatang yang berlampu. Kepada yang gila amik gambar shocklah. Sape yang DSLR, memang best amik gambar. Kat situ macam ada satu bilik, macam ala-ala rumah salji. Nak masuk kena bayar RM2 dan zoo. Err bukan binatang betul ye, just patung-patung binatang berlampu. Malangnya yang tu pun kalo nak masuk kena bayar RM2. Kedua-dua tempat tu kami tak masuk pun, sebab malas nak tunggu queue yang panjang tu.

ICT Shah Alam


ICT Shah Alam
Aku rasa pihak management must do something dengan tempat ni. Lama kelamaan orang pasti akan bosan untuk datang melawat, kalo semua pun kena bayar tetapi tak ade pembaharuan pun. Kalo show like, fountain musical macam kat Singapore tu pun alright gak. Lagi satu yang amat aku kesali dengan sikap rakyat Malaysia yang tak reti nak jaga kebersihan langsung. Buang sampah merata-rata kat ICT ni. Sayang tempat cantik-cantik tetapi tercemar dengan sampah disebabkan mentaliti orang yang tiada civic minded. Harap-harap pembaca blogku, tak ada lah macam tu.

Sebenarnya konsep idea ICT ini bagus. Ia boleh menjadi tarikan perlancongan. Semasa aku kat ICT ni beberapa van persiaran dan teksi masuk membawa perlancung Arab. Di harapkan rakyat Malaysia dan pengunjung ICT ini dapatlah menjaga kebersihannya agar keunikan ICT ini terpelihara.



psstt..pssttt....kalo nak dtg jangalah waktu weekend, sesak sangat dengan orang, tak best nak amik gambar.

Uptown Nite

10 July 2010 - Tonight we heading to uptown. Mula-mula tu just nak pergi uptown yang kat Shah Alam tu ni jer. Then ayah aku cakap jom kita try tengok uptown yang kat Klang tu lah. Hmm aku ikut kan ajer lah. Dengan syarat aku tak mo drive, pakai keta aku tak pe. Sebabnya nanti sampai kat sane if kena side parking, aku tak 'pakar'  nak ber'side-side' parking ni.


Sampai-sampai kat uptown Klang tu, macam 'mandom' jer. Tak ramai yang menjual pun. Orang pun tak ramai. Slipar yang adik aku cari tu, bayang pun tak nampak. Sebenarnya just nak cari slipar jer. Slipar tebal macam wedges tu. Hahahaha aku slamber jer panggil slipar tebal, marah adik aku. Tadi petang dah cari kat Massalam, ada tapi mak ai mahal bebenor RM35 mintak kurang pun just RM30 dia bagi. Baik beli slipar yang ada brand kalo sampai macam tu harganya.

Ok aku citer lah sket tentang Uptown Klang ni ye. Ia terletak kat area jalan nak ke Meru. Uptown ni ada food court . Masa aku sampai kat situ, food court dia ade pasang LCD tp malangnya tunjuk football match Malaysia lah plak. Tak ada astro ke orang kat cni? Kan tengah Worldcup ni bang oi tgk Malaysia league lah plak. Sadis btull. Kat sini ade satu gerai jual pet. Ada jual ikan laga. Yang uniknya, kakak tu (penjual) susun ikan laga dia berdasarkan hierarki. Lagi tinggi ikan laga tu, lagi mahal lah harganya. Dia ada gak jual rabbit. Kacukan rabbit antara aurora dgn rabbit kampung. Kecik lagi rabbit tu, comel sangat.



Dah tak jumpa sliper tebal adik aku tu, kita orang pun beralih arah untuk ke Uptown Shah Alam plak. Uptown ni terletak kat bawah fly-over higway baru yang nak ke Alam Impian. Kat sini memang confirm ramai orang. Nak parking pun susah. My mum mase ni dah bising-bising ngantuk. Dah lah dia malas nak salin baju, pakai jer baju kurung yang pergi ngaji tadi. Hehehe bersabar ye ibuku, kita beronggeng jap jer ni.

Jumpa gak lah sliper adik aku ni. kat sini murah jer, RM18. Amik ko jauh bezanya. Memang markup harga btull lah dia orang kat Masallam tu. Aku pun tumpang sekaki menyopping. Dalam pokai-pokai tu kan. Alah aku spent tak sampai RM40 pun. Ceh, nak menyedap kan hati lah tu...Hehehehe...

outing with my cuzzy

9 may 2009 - today kluar dgn my cousin. went to mid valley. sgt best. tgk movie citer 'Diary of Wimpy Kid'. klakar lah citer ni. citer ttg budak yg try nak sesuaikan diri bila masuk sekolah menengah. he really want to be famous and nak masuk dlm year book. akhir nyer tercapai gak lah cita-cita dia...even tak lah seindah seperti yg dibayangkan.
then after tgk movie, it time to play game.hehehhe this the best way to release tension.slalu nyer i will play game gendang. but today i play new game 'tembak-tembak'.(tak tau lah nama 'scientific' dia ape..heheheh). khayal btull main game kat situ, dekat rm 20 lebih lah habis.mn tak nyer smp berpeluh-peluh lah main.hehehe, budget macam terror lah konon.padahal, hampeh. but puas hati dpt release tension. my dear cousin ni really know how to cheer me up.
dah penat main game we went to the garden....saja cuci-cuci mata. huh dah lame gila tak gi mid valley ni, dr mase garden ni tgh construction smp lah skrang, br gi. punyer lah dah berkurun tak pegi. hmm lebih kurang macam pavilion jer...mase tgh jln2 tu jumpa satu kedai cake yg sgt lah comel nyer..."Delectable". mula-mula macam nak tgk jer. then disebabkan staff dia sgt lah friendly and barang2 kat ctu sgt lah comel....then terbeli lah cookies....Cookies present for my mum sempena "Mother`s Day".










hmmm sangat enjoy hari ini. thank you my dear cousin for cheer me up. all my tensen, my sedih mood, nearly cure 95.99%....
 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino