Showing posts with label cubit sket. Show all posts
Showing posts with label cubit sket. Show all posts

Tahun Baru Bersama 4 Big Things

Selamat malam buat semua.

Tinggal beberapa jam saja lagi, tirai 2010 akan diturunkan. Dan tirai 2011 akan dibuka. Rata-rata blog mengucapkan tahun baru sambil bertanyakan azam tahun baru masing-masing. Tidak kurang ada blogger yang berkongsi azam mereka bersama pembaca. Hmmm, aku mahu tulis tentang apa ye?

Azam? Friendly speaking aku tidak suka membuat azam. Aku lebih suka mengantikan azam itu sebagai to do list! Pelik kan aku ni. Apa to do list aku tu, biarlah aku simpan sendiri. Selalunya, tidak lah sesuatu yang besar. Bukan lah nak jadi CEO nak tawan puncak dunia. Hohohoho, susah sangat benda tu. Tak tercapai akal ku. Tetapi cukup sekadar untuk aku terus menjalani kehidupan ini dengan lebih bermotivasi dan bersemangat. Dan bila antara to do list aku tu berjaya aku tick sebagai DONE, it keep me motivate to keep on going.

Tadi aku tengok satu citer kat 702(dulu Hallmark, skrang dah jadi DIVA tak silap aku). It a good story sebagai motivation untuk melangkah ke tahun baru ni. In that movie, it told me to have a perfect and wonderful life we must have must have 4 big things:
  • Health
  • Career
  • Money
  • Love
So di dalam to do list aku tahun ni, pasti akan ada kesinambungannya dengan 4 big things berikut. Ni karang ada plak yang melenting menegur, agama mahu letak mana? Sabar ye bagi aku explain sampai noktah terakhir.

  • Health - Di saat-saat akhir tirai 2010 mahu diturunkan, graph kesihatan aku menjadi merundum ke bawah. Kecewa memang kecewa. Tetapi sampai bila aku mahu kecewa. Its ok if I have to take the supplement for the rest of my life, I will take it. Sebab aku mahu sembuh. Aku mahu buat semula apa yang aku suka. I will fight for it.
  • Career- Yes I have a job. But I will turn it to career. Kerana kerja adalah benda yang dibuat dari pukul 8-5 untuk dapat duit di akhir bulan. Tetapi karier tidak. Karier adalah buat sesuatu yang kita suka. Tipu kalo aku kata aku tidak akan ada rasa malas untuk berkerja, bosan dengan opis politik, penat dengan ragam rakan sekerja. Hallo! Aku manusia biasa bukan robot. Tahun 2010, aku banyak diserapkan di dalam projek-projek yang kritikal. Mungkin tahun 2011 I will ask my boss to let me lead the project. Oh! tidak lupa gak karier di dalam bloging ni. Tiada hasil yang lumayan tetapi aku perolehi keseronokan dan kepuasan. Itu lebih penting.
  • Money - Bukannya tidak bersyukur dengan kewangan yang aku ada skrang. Tidak lah sesenang mana, tapi aku tidak merempat. Cuba mencari yang lebih lagi di tahun 2011. Memang selalu pun menduduki carta teratas di dalam to do list aku. Hahahaha!!!!
  • Love - Well I'm not so lucky in term of love. You know what I mean. Too much heart broken, sampai aku dah rasa kebas. Sebenarnya malas mahu pikir, tapi masih mahu selitkan iye dalam to do list aku tahun ni. Untuk buat to do list di syarat yang keempat ni memang agak sukar. Tetapi love dari family, rakan-rakan dan tak lupa juga dari rakan-rakan maya ku di sini, really make my day. Muaahh, thank you so much.
To do list yang remeh telah aku siapkan berpaksikan 4 big things dan diiringi dengan doa. Dugaan pasti ada, kesedihan pasti ada tetapi insya-Allah akan disulami dengan kegembiraan. Apa yang penting terus melangkah tanpa henti walaupun perlahan.Semoga to do list aku pada tahun 2011 akan banyak bertanda "DONE"

Kaki itu  akan terus melangkah
Selamat tahun baru buat semua. Semoga segala keazaman yang dipasang akan terus bernyala-nyala sehingga ke akhir tahun 2011.

Past, Today, Future...


The past is past.
You cant fix it
You can plan future
with a perfect plan,
but you never know what will happen

so....

just do your best for today.
And be thankful of what you have now




psstt...psstt...if today is the last day in your life, are you going to be regret for anything???

Saya Gemuk Sebab Saya Bahagia

Hallloo..halloo buat semua pengunjung blogku. Tengah bersiap untuk pulang ke kampung ke? Kita gosip pasal artis ye hari ni, dan ada 'cubit-cubit' sket.

Di celah-celah ke'busy'an aku hari ni sempat gak aku melencong sekejap membaca paper. Di paparan mStar hari ini ada memaparkan rasa terkilannya ibu Raja Farah terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada anaknya. Hanya gara-gara tubuh Raja Farah yang agak berisi, dia dikatakan mengandung. Aku tidak melakukan research mendalam terhadap isu ini, tetapi jika tuduhan ini dibuat atas dasar perubahan fizikalnya semata-mata pada padaku ia agak kejam.

Memang tidak dinafikan, pada amatan mata kasarku, perubahan terhadap tubuh Raja Farah. Tengok saja isu baju pink yang dia pakai pada salah satu malam anugerah tu. Bukan aku mahu menunding jari kepada pereka fesyen baju berkenaan, cuma apa yang mahu ku katakan di sini badan dia berisi tidak semestinya dia pregnant. Dan terbukti di gambar di majlis pernikahan beliau, masih lagi cantik dan ayu.

Tekanan yang dihadapi untuk menyempurnakan majlis perkahwinan itu mungkin secara tidak langsung mendorongnya untuk makan dengan lebih untuk mengurangkan stress. Pelbagai cara untuk orang menangani isu stress di dalam diri masing-masing. Ada yang tak lalu makan, ada yang terlebih makan, ada yang asik termenung dan ada juga yang hanya mahu beradu sepanjang masa.

Sejauh mana kebenaran atau kepalsuan tuduhan itu aku tidak mahu kupas di sini. Aku juga tidak ada pertalian darah langsung dengan Raja Farah. Apa yang ingin aku perkatakan jika tuduhan itu palsu, kasihan aku kepada ibunya yang terpaksa berdepan dengan soalan-soalan yang agak menghiris perasaannya.

Sesungguhnya kita tidak boleh menutup mulut orang. Ada saja yang terlampau 'baik hati' mahu tolong jaga hal kita. Tak kiralah orang tu artis atau orang biasa-biasa macam kita semua ni. Kawan aku yang dulunya berisi berdiet untuk kurus, dan bila kurus orang tanya kenapa kurus, clash dengan boyfriend ke? Di situasi Raja Farah pulak, beliau semakin berisi dan dikatakan mengandung anak luar nikah pula. Nak aje ku cadangkan supaya dia jawab soalan gemuk tu dengan;
"Saya Gemuk Sebab Saya Bahagia"

psst..ppsstt...tak pernah lagi aku menconteng dinding blogku dengan gosip artis, ni first time try. Boleh jadi wartawan hiburan tak? Hehehehe....

picture source from email

Short Form Ape Ni? Saya Tak Paham

Hi/Salam buat semua pengunjung blogku. Harap semua sihat dan ceria-ceria selalu ye.

Bulan lepas ada kawan aku memberi komen di FB nyer mengatakan tentang isu 'short form' yang digunakan di zaman sekarang yang sukar difahami.

"Tak faham dengan pengguna2 fb yang guna 'short form' smpaikan xreti nak baca n merosakkan bahasa..nk rgkas pun jgnla smpai merosakkan ejaan prkataan..xde indahnye.."

Bila aku baca status dia ni aku tergelak sekejap lalu aku reply;

"hahah btul tu. skrang nyer short form naik tak phm aku. err adakah sebab kita semakin ditelan usia???"

Memang kadang-kadang tu aku pun pelik dengan penggunaan short form skrang. Terutamanya pada budak-budak remaja muda belia di luar sana. Kadang-kadang tu sampaikan apa yang nak disampaikan langsung aku tak paham. Tengah hari semalam adik aku hantar sms guna "short form" yang memang aku tak bleh nak paham langsung. Malas aku nak pening-pening kepala cuba untuk memahamkan sms dia tu, aku trus jer balas ckp aku tak paham apa yang dia cuba nak sampaikan. Adik aku sorang ni antara yang guna "short form" yang memang susah nak paham. Kadang-kadang tu, sampai mak aku call dia sebab bila dia sms mak aku tak paham.





Short Form Ape Ni? Saya Tak Paham


Hai lah adik-adik sekalian, tak boleh ke guna bahasa yang normal. Jika nak guna "short form" pun biarlah yang standard, yang memang orang lain gunakan nya. Bukan nyer golongan you all jer yang gunakan. Macam kurang respect pun ada aku rasa. Gunakan lah bahasa short form tu kepada kelompok age korang jer. Pening kepala kami yang senior ni nak memahamkannya.

Kadang-kadang tu bukan bahasa short form pun yang digunakan, bahasa 'fancy' yang terlebih kreatif. Kenapa aku kata begitu, ye lah kita guna kan short form sbb nak jimatkan masa. Ni tidak. Ejaan perkataan 'tu' diganti dengan  'thu'. Tak perlu lah nak terlebih kreatif nanti maksud yang nak disampaikan tak kesampaian.

Tetapikan kalo budak-budak yang duk guna bahasa macam tu aku ada maaf lagi. Ye lah muda belia, idea kreatif tengah bercambah-cambah. Yang aku paling tak tahan, level-level mak orang/bapak orang guna bahasa yang pelik-pelik ni lagi lah teruk. Adui bapak-bapak dan ibu-ibu sekalian gunakan lah bahasa yang betul. Bukan tak bleh nak "short form", boleh. Tapi gunalah "short form" yang standard yang boleh difahami oleh semua orang. Bukannya "short form" yang awak sorang jer paham. Tunjukan tauladan yang baik pada anak-anak ye.


psst...psstt...channel kan idea kreatif anda ke channel yang betul.

72 Jam? Kenapa Tak 24 Jam?

Hallloo...halllooo....pagi Isnin menjengah lagi hari. Selamat menjalankan tugas masing-masing ye. Jangan Monday Blues....Datang awal ke opis hari ini untuk update blogku yang dah lebih tempoh 24 jam tak berusik. Sangat rindu...Addicted sungguh aku dengan blog skrang.

Hari Sabtu call lah helpline telekom untuk report masalah telefon rumah and streamyx rumah ku ini. Aku tak call no yang 100 tu, aku call no ni 1300888123. Sebab nak call guna handset. Yang 100 tu bleh call guna tepon fix line. Macam mana mau tepon guna fix line dah tepon rumah ku tak bernyawa.

Sepanjang perbualan aku dengan operator ni aku berpuas hati lah sket. Siap minta maklumat tambahan untuk reportkan skali masalah streamyx aku. Kalo ada button 'Like' macam FB dah ku click dah. At the end of conversation dia bagi no report. Ha! Kan senang. Tak delah macam aku call 100 tu. Setiap kali aku call kena citer semula, sebab aku tak dapat no report. Kadang-kadang tu aku ingat lah nak tanya no report, tapi kadang-kadang tu bila aku dah bebel panjang-panjang citer masalah aku dah tak ingat dah nak mintak nombor report. Next time call kenalah citer lagi.





Tapikan sangat sedih sebab tempoh untuk dia orang bertindak adalah selama 72 jam. Ha! 3 hari. Aduhai, sehari aku tak ada internet, macam setahun lamanya. Stress sungguh aku rasa. Kenapalah lama sangat korang boleh take action ni. Tak mo ke tukar polisi pelanggan korang? Most of customer service now take action in 24 hours. Tak pe lah aku cuba bersabar ye....harap-harap boleh selesai dengan cepat.



psstt...psstt...blog ini akan berhabuk sket ye kawan-kawan. Dont miss me too much...hahahaha prasan...

picture credit to www.shutterstock.com and www.123rf.com

Mind Your Language

Salam penuh kecerian di hujung minggu buat semua. Hujan mencurah-curah di luar sana. Niat di hati nak sambung jogging macam semalam. Looks like the mother nature doesn`t agree with me. Harap-harap sekejap lagi redalah hujan ni.

Mind Your Language

Beberapa hari lepas, ada orang mencemarkan kotak shoutmix dengan pesanan yang tidak sepatutnya. Pesanan berbaur lucah didahului dengan maki hamun. Apa yang dia maki hamun kan? The F word. Nak gak aku tengok macam mana rupa orang ni. Nama yang digunakan macam nama omputih, tetapi komen kedua cakap melayu lah plak kan. Namun tiada link or emel address yang ditinggalkan. Kut-kutlah dia ni memang ada masalah mental, so tak leh lah nak salahkan dia. Hehehe, mental problem pun sudi melawat blogku yang kerdil ni.

Mula-mula tu, rasa macam nak print screen jer share bersama korang semua. Tetapi bila aku pikir-pikirkan balik buat apalah layan orang mental macam ni. Nanti tahap mentaliti aku sama low macam dia. Akhirnya malas mau panjang cerita, dan tak mahu pengunjung turut terganggu dengan pesanan tersebut, aku just delete kan kedua-dua komen. Bukan satu ye komen berkenaan, ada 2. Kenapalah dia ni. Kurang kasih sayang gamaknya.

Selama 5 bulan aku seronok menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER, menemui ramai kawan baru tanpa kira batasan umur, jantina, bangsa dan latar belakanag. Tiba-tiba bila perkara ini berlaku buat aku agak tersentak. Yelah macam budak yang baru nak belajar bertatih, tiba-tiba kena herdik tak tentu pasal. Mungkin ini harga yang perlu dibayar apabila terjun di dalam keHIDUPan SEORANG BLOGGER.

Pesanan penutup untuk entry ku ini. Kehadiran tetamu di blog ku ini amat aku alu-alukan. Segala teguran dan kata-kata semangat akan aku teliti satu persatu. Tetapi jika maki hamun dan kata-kata berbaur lucah yang anda tinggalkan aku persilakan dengan hormatnya untuk anda beredar sahaja.


ppsstt...pssstt...setiap kata-kata yang keluar menggambarkan tahap keperibadian dan IQ kita.

picture credit to: weheartit.com edited by me

Sentap di Pagi Hari


Haallooo..halllooo...buat semua pembaca blogku...harap semua sihat sejahtera tak kira di mana anda semua berada.



Pagi ni aku betul-betul sentap dengan sorang mamat ni. Sentap geram yea bukan sentap meleleh air mata. Pagi-pagi dah buat aku hangin dan membebel macam mak nenek. Manalah pergi budi bahasa mamat ni. Kurang didikan moral sungguh awk ni yea.
Sentap di Pagi Hari

Al-kisah  pagi tadi handphone ibu ku bunyi semasa dia tengah mandi. Mula-mula tu aku memang malas nak angkat, tapi dah masuk 3 kali dia call tanpa putus asa aku pun angkat lah. Bila aku angkat, aku explain yang mak aku tgh mandi and minta dia call back. Dia boleh lah plak dengan berlagaknya jawab,
"Ha ni orang filter air ni"
Ada aku kisah ko ni filter ape(tapi dlm hati jer lah)....Geram betul dengan nada dia ckp tu. Pastu boleh plak tanya aku tengking,
"Ni sapa ni?, sapa ni?"
Banyak kali repeat soalan macam mesin perakam pun ada. Ko telefon orang, ko plak tanya aku sape. Sabar lagi ni aku jawab kan jer lah.
"Ni anak dia"
"Mak mana? Mak ada?"
Ya rabii makhluk ni pekak ke? Tak paham bahasa? Bukan awal-awal tadi aku dah explain ke. Tulah masa orang explain tak mo dengar kalut nak ko jer bercakap. Patutlah ko ni kerja jadi filter air jer. Kalo doctor mau mati pesakit. Patient cakap sakit perut ko pergi bagi ubat sakit jantung. Alamat lah, kiok patient tu. Dengan penuh kesabaran aku explain lah lagi sekali. Takpe lah aku tak mo kurang ajar macam ko dan jatuhkan standard budi bahasa aku setaraf di paras negatif macam ko. Selepas aku explain tanpa ucap terima kasih dia terus jer letak tepon.
"Ha takpelah"
Pap terus letak. Hallo brother, awk tu buat service kat customer, budi bahasa mana? Dah lah call orang pagi-pagi buta kul 7.30 pagi, walaupun mak aku of course lah dah bangun kan. Tapi ikut logik lah tak kan lah ko nak datang buat service ganti filter paip air kat rumah aku ni kul 7.30 pagi. Orang pun nak gak breakfast, kemaas-kemas rumah dulu. Pastu PR skill ko tu kalo cakap dengan customer boleh tak bersopan sket. Tak rugi pun kalo ko bersopan. Kalo ko memang direct buat service dengan aku, memang dah lama aku reject ko.Memang aku blacklist terus.
Sentap di Pagi Hari




psstt....ppsstt...sila beli buku "How to be polite for dummies" ye, Mr Rude

picture source from google image

Lorong Kecemasan Jadi Lorong Peribadi

15 September 2010 - Salam buat semua pengunjung blogku

Entry hari ini aku just nak share sikap rakyat Malaysia yang sering hilang pertimbangan apabila berada di jalan raya. Aku pulang setelah berhari raya di Perak pada hari Ahad yang lepas. Seperti yang dijangkakan jalan raya mesti sesak dengan kenderaan. Ini disebabkan kebanyakkan warga kota yang tidak bercuti panjang akan bekerja keesokkan harinya.

Walaupun keadaan jalan raya agak sesak pada hari Ahad itu, alhamdulillah kenderaan masih lagi keep on moving. Tak lah trus stuck tidak bergerak, seperti yang pernah kami sekeluarga tempuhi 2 tahun yang lepas. Sepanjang amatan aku di jalan raya, tiada sebarang kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesesakan ini berlaku. Tetapi perkara ini berlaku disebabkan segelintir pemandu yang menggunakan lorong kecemasan (lorong paling kiri) sebagai lorong peribadi mereka. Teruknya sikapmu wahai pemandu. Orang lain pun hendak pulang ke rumah juga. Kamu ingat kamu sorang saja ke yang hendak pulang? Dah lah amik lorong kecemasan, then tanpa signal trus menyelit masuk lorong kanan. Keadaan ini lah menyebabkan berlakunya kemalangan.

Betullah apa yang kartun Lat pernah katakan, orang Malaysia begitu sopan santun, tetapi apabila di jalan raya hilang segala sopan santunnya.


Dan yang makin memalukan ialah, pemandu-pemandu yang berbuat demikian kebanyakkannya membawa kereta yang besar. Huh! Kereta jer besar ke bang? Tetapi otakmu lebih kecik dari otak burung unta. Taukan otak burung unta lebih kecik dari matanya? Sila rujuk iklan Astro ye.



Entry ku kali agak kasar bunyinya, maaf jika ada yang kurang senang membacanya. Namun aku rasakan perkara ini perlu diutarakan, sebagai peringatan kepada diriku dan kepada semua. Dan ia merupakan realiti sikap segelintir pemandu Malaysia yang begitu mementingkan diri sendiri. Diharapkan kepada pengunjung blogku ini terutama yang membaca entry ku ini, tidak menjadikan Lorong Kecemasan sebagai Lorong Peribadi Anda. Berhemahlah di jalan raya. Jika terdetik di hati anda untuk melakukannya tak kiralah pada musim perayaan atau pada bila-bila sekalipun, ingat kembali kepada posting ini. Pemanduan anda mencerminkan mentaliti anda.






psstt...psssttt...skrang ni tak bleh nak update blogkat opis. Dulu masa lunch hour bleh curi masa buat entry skrang dah tak bleh. Memang kena buat schedule entry macam ni...

Bermaafan Seikhlas Hati di Hari Raya

11 September 2010 - Salam lebaran buat semua.

Pagi ini setelah bersembahyang raya, bermulalah sessi bermaafan...di antara dialog-dialog yang membuatkan hati ini sayu di pagi raya, tetapi kugagahi jua untuk tidak menitikkan air mata. Huhuhu....hati yang keras ini kadang-kadang tersentuh juga.
  • Ucapan dari ayahanda : "Ni slalu garang-garang dengan ayah, kurangkan garang tu"
  • Ucapan dari ibunda : "Jangan keras-keras hati sangat, nak"
  • Ucapan dari opah : "Opah, doakan supaya cepat bertemu jodohnya"
Ucapan yang ringkas dari mereka begitu terkesan di jiwaku. Begitu sensitip jiwaku di pagi raya ini. Dan ini pula ucapan ikhlas dari hati cousin yang masih suci murni.
  • Ucapan Adam buat uminya: "Abang minta maaf, sebab tersalah buang sampah itu hari"
~Rupa-rupanya dia terbuang hanger baru yang dibeli oleh uminya...Hehehe
  • Ucapan Adam buat opah: "Minta maaf opah, halalkan makan minum, halalkan Adam terlebih manja selalu"
~Adam ni merupakan cucu kesayangan opah aku, sebab banyak dibela oleh opah ku sejak dari kecil, tu yang semasa sessi bermaafan abahnya suruh minta halalkan manja. 
  • Ucapan Omar buat uminya: "Ampun kan Omar umi, sebab selalu tak dengar cakap umi"
~Dengan suara yang serak basah, budak yang paling nakal antara cousin aku ni memohon maaf dari uminya. Siap bersilat sebelum minta maaf. Dah lah pakciknya suka mengusik dia. Lagi ligat lah dia bersilat.
Mungkin kedengaran kelakar dialog-dialog kemaafan yang dilafazkan oleh kanak-kanak ini. Tetapi pada aku mereka memohon dengan seikhlas hati tanpa rasa berselindung. Sungguh manis tersentuh jiwa di pagi raya. Bermaafanlah kita di hari raya. Kerana kita tidak tahu mungkinkah kita akan bertemu lagi di Syawal hadapan.

Bermaafan Seikhlas Hati di Hari Raya





pssttt....psssttt...Salam dihulur, kemaafan dipinta, lupakan sengketa lama, berbahagialah dihari raya

Merdeka! Sejauh Mana Kemerdekaan Anda

30 August 2010 - Salam ambang kemerdekaan buat semua pembaca blogku.

Besok kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Sudah sekian lama Malaysia merdeka, kalo orang tu berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dah pencen dah. Tetapi selama kemerdekaan yang kita kecapi selama ini, adakah diri kita betul-betul telah merdeka? Apakah erti kemerdekaan bagi anda? Tahukah betapa susahnya Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman berusaha untuk mendapatkan "Merdeka" itu untuk Malaysia?

Pada akhbar Utusan Malaysia yang lepas, ada menceritakan tentang sri kandi negara yang mungkin tidak semua orang tahu selama ini, Datuk Siti Rahmah Kassim. Beliau telah menceritakan keperitan Tunku mencari dana untuk pergi ke London bagi menuntut kemerdekaan. Beliau juga merupakan wanita pertama yang menyerahkan gelang emas pemberian bapanya bagi menampung kos perjalanan tersebut. Malah bukan dia sahaja yang sanggup berkorban pada masa itu, golongan lelaki menyerahkan cincin, jam emas dan tongkat berkepala emas manakala golongan wanita menyerahkan menyerahkan barang kemas mereka. Sehingga ada yang menyerahkan kerongsang baju yang dipakai dan memegang baju mereka sehingga majlis tamat. Betapa peritnya untuk mendapat kemerdekaan pada hari ini. Tetapi setiap tahun kita menyambutnya dengan bergembira, terkinja-kinja di Konsert Merdeka. Aku tidak pasti, tahun ini masih diadakan Konsert Kemerdekaan lagi atau pun tidak. Bukankah kita harus memanjatkan kesyukuran terhadap kenikmatan Kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Aku menonton Rancangan Galaxy di TV9 pada hari Jumaat yang lepas. Pelbagai versi artis memberi ucapan Salam Kemerdekaan. Dan aku terkesima mendengar ucapan dari artis veteran, Yahya Sulong. "Muliakanlah hari merdeka kita. Hargailah pengorbanan mereka yang telah berjuang selama ini". Ringkas, padat dan penuh bermakna.

Setiap hari Ahad aku akan ternanti-nati artikel yang ditulis Tengku Khalidah di akhbar Panca Indera. Sudah tentu artikelnya pada hari Ahad yang lepas berkisarkan erti kemerdekaan. Tetapi pada hari Ahad yang lepas aku kurang berpuas hati dengan permulaan perenggan pertama tentang artikelnya yang mengulas tentang segelintir rakyat Indonesia yang membuat onar terhadap Jalur Gemilang kita. Katanya biarkan sahaja, malah perlu dibalas dengan rasa cinta, budi bahasa molek. Tetapi lama kelamaan bila didalami apa yang cuba disampaikan aku mengerti. Merdekakanlah diri anda dari rasa hasad dengki yang boleh mencalar maruah diri, bangsa dan negara. Kerana sejarah akan mengatakan semua itu berlaku di mana, di negara mereka dan yang melakukannya pun mereka. Sedikit pun tidak terkesan kepada kita. Malah akhirnya mereka sendiri yang tersadai kepenatan.

Namun demikian pada artikelnya sebelum minggu kemerdekaan ini, beliau ada mengatakan bahawa karya seni hasil Tan Sri P Ramlee sebenarnya tidak menjadi hak sepenuhnya oleh warisnya mahupun negara kita, Malaysia. Royalti semuanya dibayar kepada Shaws Brothers. Nah! Sekian lama Allayarham telah kembali, malah anakandanya juga telah menyusul pergi meninggalkan kita, hasil karya seninya masih belum merdeka lagi. Aku amat berharap ada pihak yang mengambil pusing terhadap perkara ini. Nampaknya remeh tetapi jika diperhalusi, apalah erti kebanggaan kita selama ini terhadap karya seni Allahyarham, jika karya itu masih dijajah oleh mereka yang tidak sepatutnya. Merdekakan karya seni yang menjadi sanjungan kita selama ini.

British yang menjajah telah lama pulang dari tanah air kita. Tetapi minda kita masih terus dijajah. Wahai putra-putri negara, bebaskan mindamu dari dijajah. Tidak perlu bertindik lidah, tidak perlu bertindik pusat untuk kelihatan hebat dan bergaya. Tidak perlu juga berskirt pendek, baju yang menampakkan ketiak di hari persandinganmu, kan lebih elok dan manis bila kamu bersongket dan berkebaya.

Kini, kita tidak perlu mengangkat senjata seperti datuk nenek kita di zaman dahulu. Kita juga tidak perlu bergolok bergadai harta berkorban untuk mendapat kemerdekaan. Apa yang hanya perlu kita lakukan hanyalah, perliharalah kemerdekaan ini, muliakanlah kemerdekaan ini agar ia dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

Merdeka

Tangan Yang Memberi Adalah Lebih Baik Dari Yang Menerima

11 August 2010 - Salam Ramadhan semua. Hari ini hari pertama umat Islam berpuasa bagi tahun 1431H. Sempena bulan yang mulia ini aku ingin share sesuatu sebagai peringatan buat diriku dan rakan-rakan yang sudi membaca n3 ini.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Aku bukan mahu bercerita tentang bersedekah wang ringgit. Tetapi mengenai rutin-rutin seharian kita samada di rumah atau di opis. Secara sedar atau tidak, kehidupan kita sebagai manusia tidak akan lari dari menjadi pemberi atau penerima. Tetapi jika kita diberi pilihan adakah kita memilih untuk menjadi penerima atau pemberi?

Sometimes aku menjadi observer memerhatikan gelagat people around me yang hanya suka menadah 'tangan' untuk menjadi penerima instead of dari menjadi pemberi. Di mana hilangnya malumu itu, kawan ku? Tidakkah terdetik di dalam hatimu itu untuk menjadi tangan yang memberi pula.

Penggunaan mental adalah amat diperlukan di dalam rutin seharian perkejaan ku. Untuk berkongsi ilmu yang ada, adalah tidak salah. Malah amat digalakkan. Namun demikian terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap ‘tangan’ yang memberi itu. Ada sesetengah tu tanpa segan silu pula berkata;

“What about you do first. Make it success, and then I will copy it”

Mungkin kita boleh pandang dari sudut positifnya, seolah-olah kita ini seperti perintis dunia baru, chewaahh. Daahh…at least that we can do to motivate our self went we face this situation. Sesekali bila terdengar dialog itu, boleh lah diterima. Tetapi jika sepanjang karier anda berbuat demikian, oh sungguh menjengkelkan skali tindakan mu itu, teman. Apa salahnya jika kamu yang berada di atas itu pula memberi, jangan sekadar menunggu, memegang ‘tempurung’ kosong menadah tangan. Memberi itu lebih baik baik dari menerima. Jika tidak begitu, bagaimana lirik ini boleh tercipta. Bangkitlah berdiri di atas kakimu sendiri, bukan menumpang tongkat teman mu.

Cubalah untuk menjadi tangan yang memberi, dan apabila tangan kanan mu memberi, jangan lah sampai tangan kiri mu mengetahuinya.

Tangan Yang Memberi Adalah Lebih Baik Dari Yang Menerima
Picture credit to: we heart it


p/s: Suka tagline denaihati.com ;"Hidup Untuk Memberi ". Tapi tak tau napelah dah lama aku tak leh nak masuk blog dia...huhuhu

Love Keep You Moving



29 July 2010 - Title n3 macam motto tentang petrol lah plak. Hehehe. Lat week one of my good friend sent me this video. He ask for my opinion. Mase tu aku agak busy membuat kerja lain. (Sorry yea) My comment mase tu, just the video is so sweet. I promise he that I will give my comment in my blog.  Banyak sket aku bleh 'menceceh' kan? So here it is.

Yes it is a sweet video. So comel. I like it. Love can make you move. Dengan cinta buatkan kita bersemangat untuk truskan kehidupan kita. Tengok jer lah lelaki ni, slalu nyer gi kerja monyok jer...jalan gi kerja macam kena seret jer kaki dia. Tetapi sejak melihat awek di bangunan seberang sana, wah! jadi tak sabar-sabar nak gi kerja. Aku pernah gi satu training ni, when you first time met your partner (gf/bf) ur conscious mind akan switch on. Why? Bcoz kita akan sentiasa menjaga perangai  kita , penampilan kita, cara kita berjalan. Ye lah kan  tak kan lah ko nak terbelahak depan dia, bulat mata partner ko terkezut nnt, tak kan lah tak fikir "Nak pakai baju ape ek yang nampak hensem/cun sket di hari date tu nnt", yang pompuan pun mesti jalan sopan santun dengan heel baru takut terjelepuk masuk longkang plak kan..hehehehe. Its a normal thing in life, no need to be shame to admit it. If tak ade sket pun di atas consider urself not normal. Hahaha

Ok dah ke laut sangat plak n3 aku ni. Berbalik pada video ni. There is a moment yang mana this slow guy frustrated bila cinta hatinyer di bangunan sane tiba-tiba hilang begitu saja. Ha tu lah, slow sangat. Lucky in this vc dia jumpa balik awek tu. But we are not always lucky all the time. So act fast. Terutamanya guys. Janganlah slow sangat. That girl dah bagi clear signal, bleh nak ajak kluar pun tergagap-gagap lagi. Bukannya nak trus gi masjid nikah. Eh silap, in this case dia orang kawen kat church lah. But my point here, act when there is a chance. Kita tak tau may be that opportunity yang tuhan berikan itu maybe just comes one. If she doesnt like you, it doesnt matter you have nothing to loose at least you be brave to show what feeling you hidden inside. Daripada kena kebas dengan orang lain, and gigit jari. Why I`m talking like this? Bcoz zaman skrang aku rase guy loose he brave and too slow.  Ada case sorang kawan aku (alhamdulillah dah slamat kawen pun), dia yang make a first move to approach that guy. To all guys come on, be brave, dont be too slow. Ketapi pun dah laju skrang, orang dah naik LRT skrang. Tak guna dah stim engine. Dont you thing you should bergerak seriring???
 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino