Tangan Yang Memberi Adalah Lebih Baik Dari Yang Menerima

11 August 2010 - Salam Ramadhan semua. Hari ini hari pertama umat Islam berpuasa bagi tahun 1431H. Sempena bulan yang mulia ini aku ingin share sesuatu sebagai peringatan buat diriku dan rakan-rakan yang sudi membaca n3 ini.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Aku bukan mahu bercerita tentang bersedekah wang ringgit. Tetapi mengenai rutin-rutin seharian kita samada di rumah atau di opis. Secara sedar atau tidak, kehidupan kita sebagai manusia tidak akan lari dari menjadi pemberi atau penerima. Tetapi jika kita diberi pilihan adakah kita memilih untuk menjadi penerima atau pemberi?

Sometimes aku menjadi observer memerhatikan gelagat people around me yang hanya suka menadah 'tangan' untuk menjadi penerima instead of dari menjadi pemberi. Di mana hilangnya malumu itu, kawan ku? Tidakkah terdetik di dalam hatimu itu untuk menjadi tangan yang memberi pula.

Penggunaan mental adalah amat diperlukan di dalam rutin seharian perkejaan ku. Untuk berkongsi ilmu yang ada, adalah tidak salah. Malah amat digalakkan. Namun demikian terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap ‘tangan’ yang memberi itu. Ada sesetengah tu tanpa segan silu pula berkata;

“What about you do first. Make it success, and then I will copy it”

Mungkin kita boleh pandang dari sudut positifnya, seolah-olah kita ini seperti perintis dunia baru, chewaahh. Daahh…at least that we can do to motivate our self went we face this situation. Sesekali bila terdengar dialog itu, boleh lah diterima. Tetapi jika sepanjang karier anda berbuat demikian, oh sungguh menjengkelkan skali tindakan mu itu, teman. Apa salahnya jika kamu yang berada di atas itu pula memberi, jangan sekadar menunggu, memegang ‘tempurung’ kosong menadah tangan. Memberi itu lebih baik baik dari menerima. Jika tidak begitu, bagaimana lirik ini boleh tercipta. Bangkitlah berdiri di atas kakimu sendiri, bukan menumpang tongkat teman mu.

Cubalah untuk menjadi tangan yang memberi, dan apabila tangan kanan mu memberi, jangan lah sampai tangan kiri mu mengetahuinya.

Tangan Yang Memberi Adalah Lebih Baik Dari Yang Menerima
Picture credit to: we heart it


p/s: Suka tagline denaihati.com ;"Hidup Untuk Memberi ". Tapi tak tau napelah dah lama aku tak leh nak masuk blog dia...huhuhu
 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino