Showing posts with label tips to share. Show all posts
Showing posts with label tips to share. Show all posts

Bila Tarikh Luput Make Up Saya? – Part 2

Salam buat semua pembaca blogku. Apa kabar hari ini? Sihat ke? Semoga sihat dan ceria selalu.

Malas aku mahu membebel panjang. Jom kita sambung tips make up semalam di episod ke-2 ni.




MASCARA
  • Info:  Merupakan  makeup item yang paling mudah menyerbarkan bacteria. Ini kerana semasa kita pakai mascara kita kluarkan berus mascara utk disapukan di bulu mata dan masukkan semula. Perbuatan ini dilakukan berulang kali sehingga dapat hasil yang menggagumkan btul tak? Tanpa kita sedari sepanjang proses ini berlaku kita akan collect bacteria-bacteria yang berterbangan di sekeliling kita dan masukkan di dalam mascara tube kita.  Bahagian mata merupakan bahagian yang paling sensitive, dan jika mata kita dijangkiti bacteria boleh menyebabkan redness (kemerahan) dan gatal di sekeliling mata.
  •  Jangka Hayat: 2-3 bulan 
  • Tanda-tanda dah expired: Ada bau macam minyal (gasoline) pada mascara.
  • Pstt..psstt…little tips kepada sesapa yang nak beli mascara dgn tujuan utk pjgkan bulu mata, aku cadangkan untuk beli maybelline …. dan terbaru yang aku sangat suka  mascara Estee Lauder… yang aku dapat dr GA Ailyna. Tak smudge n senang nak handle. 

EYE SHADOW
  • Info: Walaupun eyeshadow bahan-bahan didalamnya bukan water-based, tetapi disebabkan ia digunakan berhampiran dengan mata dan kawasan yang mudah dijangkiti bacteria, maka jangka hayatnya lebih pendek. Jika kita menggunakan jari untuk apply eyshadow, jangan lupa cuci tangan tu terlebih dahulu ye
  •  Jangka hayat: 3 bulan




    EYELINER
    • Info: Jangka hayat pencil eyeliner adalah lebih lama berbanding yang cecair (liquid eyeliner). Tapi kalo dah nampak ada kesan-kesan putih (white film) di hujung mata pensel eyeliner tu, bermakna silalah ‘toing’ kan ke bakul sampah.
    •  Jangka hayat: 3 bulan
    •  Psstt…psstt…disebabkan mata aku dah besar, aku tak pernah pakai eyeliner. Kadang-kadang tu teringin gak nak try. Hehehe

    LIPSTICK + LIP GLOSS
    • Info: Tau tak bahan untuk menghasilkan lipstick yang kita duk pakai hari-hari tu adalah oil-based. Aku tak tau pun, ingatkan water-based. Hehehe. Jika lipstick yang kita duk pakai setiap hari tu, tiba-tiba dah tak mo lekat kat bibir comel ‘kome’ makanya dah expired lah lipstick tu.
    •  Jangka hayat: 1 year

    MAKEUP BRUSH + APPLICATOR
    • Info: Setelah gunakan segala bagai berus untuk dicontengkan di muka kita tu, cara terbaik untuk berus-berus itu bertahan lama ialah bersihkannya dengan tisu atau pun washcloth (tisu basah). Setaip 2 minggu, basuh berus-berus berikut menggunakan syampu setiap 2 minggu sekali. Cara penyimpanan nyer ialah dengan meletakkan bhg yang berbulu dib hg atas, supaya berus itu tidak berubah bentuk dan bahagian berus itu dapat pengudaraan yang secukupnya. If beli makeup sponges yang murah just boleh guna sebanyak 2 kali sahaja iaitu one side, then the other. (Tiba-tiba tips ni aku macam tak mo follow..kehkehkeh start lah angin kedekut aku muncul)
    • Jangka hayat: 1 tahun

    credit info from: shopping.yahoo.com  
    picture source from google image

    Bila Tarikh Luput Make Up Saya? – Part 1

    Salam penuh kecerian buat semua pembaca blogku. Ok tajuk entry pun dah tau yang entry kali ni agak girlish. Ladies jom kita psstt..psstt...tentang make-up ye hari ni. Tapi kalo kaum Adam nak jont sekaki pun dialu-alukan.

    Masih mood raya lagi? Mahu bergaya dan bersolek sakan nampak. Oooppss nanti dulu dah berapa lama blusher yang dilayangkan di pipi yang gebu itu dah digunakan? Macam mana plak dengan lipstik merah menyala yang saban hari dioleskan di bibir tu. Ntah-ntah dah expired. Eh make up ada expired ke? Ada lah sayang-sayang sekalian. Macam nak tau dah expired ke belum, jom baca entry berikut.

    Artikel ini aku baca kat yahoo. Sebelum ni ada gak baca kat majalah-majalah tapi explanation yang diberikan tidak begitu jelas. So untuk kebaikan bersama aku sharekan di sini ye. Boleh juga menjadi sumber rujukan aku di hari muka. Oh yea, artikel ini telah aku olah berdasarkan pemahaman aku, so kalo nak penjelasan yang lebih lanjut bleh ke shopping.yahoo.com

    Foundation
    • Info: Bahan asas foundation adalah air dan ini merupakan favourite kepada bacteria. Simpan foundation di tempat yang kering (NOT IN the bathroom pls) tetapi bukan juga di tempat yang panas. Kiranya di suhu bilik lah.
    • Jangka hayat: 6-12 bulan. Tetapi jika foundation tidak dibuka lagi seal nyer, ia boleh bertahan selama 1-2 tahun.
    • Tanda-tanda dah expired: Ia mengeluarkan bau pelik and warnanyer berubah dari asal.



     


    CONCEALER
    • Jangka hayat: 2 tahun.
    • Tanda-tanda dah expired: Perubahan color berlaku
     





    FACE POWDER
    • Info: Walaupun bahan-bahan untuk menghasilkan face powder bukan water-based, tetapi selalunya ia mengambil kandungan air daripada ektrak tumbuh-tumbuhan. Contoh bahan-bahan ektrak daripda tumbuh-tumbuhan ialah chamomile, aloe (lidah buaya), bamboo (buluh), green-tea extracts dan oat extracts. Makanya, jangan biarkan face powder terdedah di dalam bilik air, kerana bacteria akan berlumba-lumba membiak di dalamnya.
    • Jangka hayat: 2 tahun







    BLUSH
    • Info: Secara asasnya jika blush yang digunakan jenis serbuk(powder) bukan cream, jangka hayat dan infonya adalah sama seperti face powder. Untuk mengelakkan blusher yang disapu nampak dull, bertompok-tompok, and chalky layer, setelah foundation/moisturizer disapukan, tunggu 2-3 minit untuk ianya kering terlebih dahulu. Apabila dah kering baru lah kita oleskan pipimu itu dengan color merah ye. Oh yea brush yang digunakan untuk blusher tu pun perlu dibersihkan selalu. Jika warna blusher masih kekal di berus dan sukar ditanggalkan, it time for you girl to buy new brush.
    • Jangka hayat: Jenis serbuk(powder) – 2 tahun, Jenis krim – 1 tahun
     

    Psstt…psstt..aku suka brush kat elianto, murah dan handy


    info credit to: shopping.yahoo.com
    picture source google image 



        Picasa Tutorial - Collage (Part 2)

        Salam buat semua pembaca blogku. Semoga semua sihat menjalani tugas-tugas seharian.

        Jom kita sambung blajar Picasa untuk teknik Collage. Teknik ni macam gambar ke-2 dan ke-3 di entry Besday Yang Tertunda Sekian Lama. Teknik sebenarnyer lebih senang dari teknik collage entry sebelum ini. Oh yea! Sebelum tu harap maaf ye kaum Adam, tutorial kali ni gambar nyer masih bercolor pink. Harap bersabar ek. Hehehehe.

        Seperti entry sebelum ini, letak kan semua gambar yang di'collage'kan di dalam satu folder (supaya lebih senang). Setelah button 'collage' di click, add semua gambar yang dikehendaki tu diatas canvas background. (highlight gambar and click pada tanda "+" )


        Picasa
        Picasa Tutorial ~ Gambar 1


        Setelah semua gambar dah ada di atas canvas background, click combo box di bahagian kiri pilih "Mosaic" style. (Gambar 1). Dengan pemilihan cara ini, gambar-gambar kita akan disusun secara rawak.



        Picasa Tutorial - Collage
        Picasa Tutorial ~ Gambar 2


        Kalo tak berpuashati dengan susunan auto yang dilakukan oleh Picasa, kita boleh minta Picasa susun semula dengan click button "Shuffle Picture" (Gambar 2, Arrow 2). Ataupun kita boleh click pada gambar dan dragkan secara manual letakkan di bhg yang dikehendaki.

        Selepas dah satisfied with the arrangement, kita adjust kelebaran border antara gambar-gambar tu. Untuk lakukan step ini, just play-around with scale di bhg "Grid Spacing" (Gambar 2, Arrow 1). Untuk tukar warna border tu, click pada kotak berwarna di bahagian "Background Option". Macam cara nak tukar background sila rujuk kat tutorial semalam ok.

        Bila dah happy dengan hasil kerja kita tu click "Create Collage", dan save. Maka hasilnya seperti di bawah. Oh, lupa nak bagitau format image yang boleh digunakan di dalm Picasa adalah JPEG. Begitu juga hasil outputnya berformat JPEG.




        Ok selamat mencuba semua. Kalo kurang paham, just drop comment. Tutorial aku ni just berdasarkan pengalaman aku jer. Actually byk benda gak lah yang boleh dibuat di Picasa ni, dan senang dari Photoshop. Tetapi untuk proses image yang komplikated, aku tak suggest lah korang guna Picasa ni. Aku akhiri entry kali ini dengan kata-kata semangat;


        "Realize that life is a school and you are here to learn"

        Picasa Tutorial - Collage (Part 1)

        Salam buat semua. Hari ini entry ku ditujukan khas buat rakan seperjuangan blogku yang sudi menjengah di sini iaitu Lina Rahim. Dia minta aku tunjukkan cara macam mana nak buat gambar mcm di entry Besday Yang Tertunda Sekian Lama.

        Ok first of all untuk buat gambar macam entry tu, kita kena install PICASA. Mana mau dapat itu software? Boleh download secara percuma di internet.Ok klik di SINI untuk download PICASA. Err...skrang dah 3.8. Huhuhu aku guna version 3 jer.

        Setelah download and install, jom kita bereksperimen dengan gambar yang ada. Kaedah yang aku guna utk gambar tersebut dipanggil "Collage". Untuk menyenangkan kerja, masukkan gambar yang nak dijadikan collage di dalam satu folder.


        Picasa Tutorial - Collage
        Picasa Tutorial~Gambar 1


        Highlight pada salah satu gambar yang nak dijadikan collage dan click icon Collage di bahagian bawah. (Gambar 1)

        Picasa Tutorial - Collage
        Picasa Tutorial~Gambar 2

        Terdapat pelbagai stail untuk buat collage. Untuk gambar pertama di entry Besday Yang Tertunda Sekian Lama, kaedah “Picture File” digunakan. (Gambar 2, Arrow 1)
        Untuk buat border putih di tepi gambar click pada icon “A Plain White Border” pada bhg “Picture Border” (Gambar 2, Arrow 2)

        
        Picasa Tutorial - Collage
        Picasa Tutorial~Gambar 3
         Untuk penambahan gambar, click pada tab “Clips” (Gambar3 Arrow1). Highlight pada gambar yang dikehendaki, dan click pada tanda “+” yang berwarna hijau (Gambar3 Arrow2).

        Picasa Tutorial - Collage
        Picasa Tutorial~Gambar 4
        Setelah berpuas hati dengan gambar yang dipilih, jom kita tukar background blakang tu. Boleh dibuat pada awal-awal lagi. Tapi pemilihan warna background adalah lebih cun jika lebih kurang dengan warna gambar yang dibuat collage tu. In this case, byk color pink diguna pakai dalam gambar yang dipilih. Maka shocking pink telah dipilih untuk background color. Beside I like pink..ngeh,ngeh,ngeh. Tapi ni terpulanglah, art is so subjectif.

        Macam mana nak buat background color tu. Click di box pada bahagian "Background Option" (Gambar 4, Arrow 1). Bila dah suka dengan color yang dipilih click pada button "Create Collage" (Gambar 4, Arrow 2)
         
        Picasa Tutorial - Collage
        Picasa Tutorial~Gambar 5
        Dalam beberapa saat, collage telah siap. Nak tau dah siap ke belum tengok bhg hujung kanan screen akan tertera message "Collage Finished (Click To View)" (Gambar 5, Arrow 1). Perasaan tak ada banyak bhg background yang lebih di tepi kanan tu. Jom kita buat proses "crop" plak. Click pada icon "Crop" (Gambar 5, Arrow 2)

        Picasa Tutorial - Collage
        Picasa Tutorial~Gambar 6
         Bila icon "Crop" di click, screen seperti Gambar 6 akan terpapar. Picasa akan bagi 3 option macam mana kita nak "crop" (Gambar 6, Arrow1). Kalo tak berpuas hati dengan option tu, dont worry masih bleh adjust secara manual. Gunakan anak panah. Bila dah happy dengan hasil "crop" tu, click button "Apply" (Gambar 6, Arrow 2)

        
        Picasa Tutorial - Collage
        Picasa Tutorial~Gambar 7
         Bila dah crop, jom kita save hasil kerja ni ye. Cara Save dia macam biasa jer. Pergi pada File, click Save. (Gambar 7). For short-key just press, Ctrl+s.

        Picasa Tutorial - Collage

        Akhir sekali inilah hasilnya.....taaaddaaa. Ini kalo kaum Adam baca tutorial ni mesti muntah 'pink'. Hehehe bersabar yea... Ok selamat mencuba. Harap-harap tutorial ini membantu. Especially to Lina Rahim

        psstt...psstt...Lina yang untuk gambar lagi satu next entry ye. Tidak berkesempatan. Maaf..huhuhu

        Kad ATM kepada kad Debit

        Hallloo...Halllooo semua. Mood raya masih melanda? Hmm semalam ada majlis Hari Raya anjuran opis aku. Tapi nanti dulu lah ye, citer tu aku cover for next entry. Boring lah kan, asik citer raya sokmo.

        Baru-baru ni, kad member ATM member ku, Zirr rosak. Cip dia dah berkarat-karat dah. Nak kuarkan duit, mesin ATM pun dah reject. Hehehe.Dah alang-alang dia gi tukar kad ATM dia tu, aku pun amik kesempatan follow skali. Kita orang memang dah plan nak tukar kad ATM Maybank yang lama tu ke kad debit. Alah yang ada gambar cherry kat depan tu. Aku suka design kad tu, walaupun ada certain people said to girlish. Well nak buat macam mana tasta aku memang gegirl pun.



        Sampai isi borang, then tunggu lah sehingga no dipanggil. Ada lagi 8 orang kat depan aku. Alahai 1 kaunter jer ke yang nak bukak. Dah lah kaunter tu share dengan orang yang nak buka akaun. Haiissh tak efisyen sungguh ni. Hmm, nak buat macam mana kalo tak buat hari ni, memanag sampai bila-bila pun tak buat.

        Kenapa aku nak tukar kad ATM ke kad debit? Sebab kad tu cantik. Hahaha, tak adalah. What a silly reason. Kad debit ni senang. If kita gi shopping, kita boleh gunakan kad ni. Nanti total bill dari pembelian kita tu akan terus ditolak dari account kita. Kiranya macam kredit card, tetapi lebih mudah sebab kita tidak kan dibebani hutang at the end of the month, sebab dia dah tolak siap-siap. So, kalo nak gi soping tak payahlah bawak cash banyak-banyak. Skrang ni bahaya kalo carry so much cash. Peragut, pencuri, penyagak di merata tempat. Lagipun aku nak elakkan withdraw duit banyak kali. Maybank ni kalo kuar duit kat ATM dalam sebulan lebih dari 4 kali, pengeluran yang kelima dan seterusnya akan dicharge 50 sen. Bagi sesapa yang rajin kuar duit banyak kali baik lah pilih option yang bayar RM8 setahun. Tak kiralah berapa kali korang nak withdraw duit. Tapi disebabkan aku dah ada kad debit ni, aku tak pilih lah option yang byr RM8 tu. Lagipun all my bills skrang cik Maybank2u yang tolong byrkan.

        Ok kepada sesapa yang berminat untuk menukar kak kuing(kad ATM) kepada kad cherry(kad debit), sila-silalah ke cawangan Maybak terdekat. Kalo korang nyer akaun buka di cawangan lain, bawak IC untuk dia orang buat clarification akaun korang (Ada ke orang kuar tak bawak IC?Kecuali pendatang tanpa izin lah). Then dia orang kenakan charge sebyk RM12 untuk penukaran kad itu. Jangan lupa no account bank korang juga diperlukan semasa pengisian borang tu. Itu sahaja yang diperlukan. Proses nak buat cepat jer, cuma proses menunggu tu yang lama. Tambah kaunter lagi ye cik Harimau.



        psstt..psstt...semasa aku buat kad ni, minah kat kaunter bengan dgn minah kaunter kad depan tu, asik lah bg information salah kat customer.


        picture source google image

        Jangan Lupa Sebelum Raya...

        08 September 2010 - Salam kepada semua yang sudi menyinggah di sini.

        Ye..ye...aku tau mood raya korang semua dah mencanak-canak. Sukar dikawal dah kan? Bersabar ye, tak lari Raya dikejar. Malam ni pengumuman raya akan diumumkan, so stay tune depan tv yea. Mungkin ramai yang dah pulang ke kampung, sebelum kita beraya sakan meh aku sharekan beberapa checklist sebagai peringatan kepada semua termasuk diriku takut-takut ada yang terlupa nanti.

          Jangan Lupa Sebelum Raya
        • Jangan lupa turn off pc di opis pada hari last day sebelum kembali beraya nanti


        Jangan Lupa Sebelum Raya



        • Jangan lupa check condition kereta/van mahupun lori yang hendak dipandu balik ke kampung nanti di dalam keadaan yang selamat.



          Jangan Lupa Sebelum Raya
        •  Jangan lupa tutup tingkap dan pastikan pintu berkunci dan dimanggakan sekali. Takut-takut ada tetamu 'pertama' yang tak diundang semasa raya nanti.






        •  Kepada yang balik naik kenderaan awam seperti bas, keretapi, kapal terbang...jangan lupa beli tiket balik dari beraya plak.
        Jangan Lupa Sebelum Raya

        • Jangan lupa, tukar duit raya untuk diberi kepada anak-anak buah or kanak-kanak yang datang beraya nanti. Dulu korang pun keliling kampung collect duit raya. Sampai berpeluh-peluh lencun baju raya, perut kembung dengan air sirap dan poket baju senget penuh dengan duit raya.
         Jangan Lupa Sebelum Raya
         
        Jangan Lupa Sebelum Raya
        •  Yang ada pet, jangan pulak korang tinggalkan 'dia' keseorangan di rumah tu. Bawalah sekali untuk berkenalan dengan atok dan nenek di kampung, kalo tak pun check in di 'hotel-hotel' haiwan. Sian dia.


          Jangan Lupa Sebelum Raya
        • Kepada adik-adik yang masih bersekolah, or student IPTA/IPTS, jangan buat-buat lupa homework or assignment yang perlu submit after raya. Hahaha, I know I spoil ur mood Raya




        • Jangan lupa bayar zakat fitrah. Semoga duit fitrah kita nanti dapat membantu kepada yang memerlukan
          Jangan Lupa Sebelum Raya
        •  Jangan lupa untuk pandu berhati-hati di musim perayaan ini. Bersabarlah, semua orang pun nak balik raya jugak, bukan 'kome' sorang jer 'yop'.


        •  Last but not least....Jangan lupa bawak balik baju raya, karang ada yang melalak di pagi raya, tak ada baju raya.
        Jangan Lupa Sebelum Raya






        psstt...pssstt...kalo raya hari Khamis, pagi raya lah aku balik.



        All picture from google images

        Workshop: How to Design ur Resume

        03 July 2010 - Today nak gi KL with my opismate, kak ct saba for one workshop. Bukan workshop yang 'pomen' kereta tu...Hehehe. Aku nak attend workshop yang akan ajar how to write an affective resume. Macam pelikkan bunyi nyer aku dah ade kerja tetap and boleh dikatakan stabil company apesal plak aku gatal-gatal nak attend workshop ni. Ntah lah lately ni aku rase bosan sangat nak gi opis aku tu.  Aku jenis tak suka duk relax if tak ada kerja. Duk sangap tunggu project yang tak kunjung tiba. Sangat lah membosankan. Ni namanya 'tak ada arah'.
        Ok stop, i dont want to story the negative thing pagi-pagi buta ni. Let me talk about this workshop.


        Before that klakar gak lah kita orang dua orang tak tau jalan nak gi Wisma UOA ni. Mula-mula nak naik komuter, LRT n monorel jer, (fuh segala public transport aku nak naik ni..hehehe) then hubby member aku ni risau plak dia suruh bawak keta. Dah siap-siap set kan En Gamin lagiYelah nak bawak laptop semua, then bag dia tak cukup besar so tak leh nak zip, mau tak risaunya..kehkehkeh. Tapi En Gamin ni buat prangai lah plak. Bleh plak dia hang. Kalut nak restart tak tau button mana nak tekan. But akhirnya kita orang berjaya gak tiba di pit-stop. Hoooyyeeaahhh....

        Sesape yang fresh graduate, I really suggest this workshop to them. Lagipun workshop ni, free jer. Free knowledge orang nak bagi, so ape lagi just grab it lah. Tak adalah macam aku dulu after graduate, mengagau cari resume senior-senior aku untuk dijadikan template. Ha one good advise from this workshop, there is no template for resume. And tak semestinya you just ada satu resume jer. Different company, different resume mengikut 'budaya' company tu. One important thing yang aku tak ade dalam resume aku sebelum ni adalah, objective/summary. Nampak benda ni macam remeh, tapi bila aku belek-belek semula contoh resume yang dia orang bagi mase workshop tu and aku imagine aku di tempat HR; I want read that part for the first thing. Coz that part akan derive you to read the resume or just put a side the resume.

        Susah nak pahamkan yea??? Sorry lah I cant reveal everything here. Kena saman plak aku nnt. Semua handout yang dia orang ajar tu pun tak bleh dibawa keluar dari bilik tu. Everything is P&C. Dia orang will sent the handout by email.

        Ok how to attend this workshop. Lupa nak bgtau this workshop is by Jobs DB. Sound familiar. Sape yang ade FB or Twitter  mesti pernah ternampak advertisement tentang benda ni. Just click there and akan ada advertisement for next free workshop macam ni. Malas nak cari yea, haish....ok i give the website for you all http://www.jobsdb.com.my/malaysia The trainnee tu ckp they planning for the workshop about "How to attend interview".  So if you have a chance go n grabe it.


        Khasiat Madu

        Khasiat Madu

        Uhuk..uhuk...nearly a week dah batuk ni. Hmm penat btull lah. My mum lah ni pembawa virus. Then adik aku then my turn plak kena. Tapi skrang memang musim batuk pun. Kat opis aku ramai gak yang uhuk...uhuk...Last 2 days chat with my friend kat Riyadh dia satu family pun batuk. Memang lah musim skrang ni.

        Yang aku ni plak pemalas btull nak gi clinic or minum ubat batuk. Bukan ape nanti mamai ngantuk semacam jer. Aku just minum madu jer. Yup, honey! Honey bleh baik kan batuk. Minum satu sudu madu, pagi and malam. What I did, I mix it with warm water. But menurut my mum if nak minum madu must gunakan sudu plastic. I did a little research kat internet, kenapa if we handle madu, kita kena guna sudu plastic or kayu. Madu ni bersifat mudah menyerap. Jika kita menggunakan sudu logam atau tembaga, madu akan mudah menyerap logam tersebut. Karang tak pasal-pasal makan besi plak. Hehehehe. Any where madu ni mmg banyak pun khasiat dia. Even dalam kitab suci al-Quran, in surah An-Nahli; madu merupakan penyembuh penyakit.

        Khasiat Madu

        Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

        Disebabkan madu ni begitu berkhasiat, ia telah famous sekian lamanya. Since zaman Cleopatra lagi. Dipercayai Ratu Cleopatra is being using honey for her health and beauty. Bukan sahaja orang Middle East tahu khasiat madu ni, malah orang Jepun pun minum madu every night so that when they wake up in the morning, they will energetic. MAlah, manusia telah menggunakan madu ini sejak 10,000 tahun yang lalu, iaitu pada zaman Mesolitik. Ini boleh dibuktikan dengan lukisan gua yang terdapat di Valencia, Spain. Lukisan berkenanaan menunjukkan 2 orang perempuan sedang mengumpul madu dan sarang lebah berkenaan di dalam hutan.

        Apakah kandungan di dalam madu yang menyebabkan ianya begitu berkhasiat sekali? Lets have a look. Pertama kali kita tengok komposisi gula yang terkandung di dalam madu. 
        • fruktosa    38.5%
        • glukosa    31%
        • sukrosa    1%
        • lain-lain gula   9%
        Di samping itu juga madu mengandungi beberapa mineral:
        • iron
        • calcium
        • magnesium
        • copper
        • manganese
        • sodium
        • phosphorus
        • potassium
        • zinc
        Dan juga vitamin;
        • Thiamin (Vitamin B1)
        • Riboflavin (Vitamin B2)
        • Niacin (Vitamin B3)
        • Pantothenic Acid (Vitamin B5)
        • Vitamin B6
        • Folate (Vitamin B9)
        • Vitamin C
        Now, mesti kita tertanya-tanya, apa kebaikan madu ni. If I just wrote the goodness without fact mesti susah nak percayakan. So this is the nutritious of honey according with the research center that had done the research: 
        1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia)
        2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik Contoh nyer: Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
        3. Pembunuh kuman daripada jenis bakteria, kulat(fungus) dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)
        4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)
        5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)
        6. Mampu menjadi abtibiotik yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales)

        Menurut statistik dari Food & Agriculture Organization, negara yang menjadi pengeluar madu terbesar adalah Cina, diikuti dengan Argentina dan Turki. 

        Khasiat Madu


        With all the goodness, madu perlu diamalkan mengikut beberapa cara. Jika tidak ia kita tidak akan mendapat kebaikannya malah boleh mendatangkan mudarat. 


        Khasiat Madu


         

        talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino