Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Kenapa?

Sometimes I expect you did that,
But you dont....

Sometimes i dont expect he to do that,
But he did....

I dont expect much,
Just care...Like a Care Bears...hehehehe




psstt...pssttt...teringin nak tengok cartoon Care Bears sebenarnya. Antara my favourite masa kecik-kecik

Perhatian Kepada Para Peminjam PTPTN

Salam berhujung minggu buat semua. Entry kali ni just want to share some info if in case masih ada yang belum tahu.

PTPTN skrang sedang membuat tawaran pertukaran pinjaman (5% dan 3 %) kepada pembiayaan Ujrah (1%)

Jadual Kemaskini Maklumat Bagi Proses Penawaran Ujrah


TAHUN KELULUSAN PINJAMAN
TARIKH MULA KEMASKINI
2006, 2007 dan 2008 20/9/2010
 2003, 2004 dan 2005  01/11/2010
2002 dan tahun-tahun sebelumnya 01/12/2010


Kalo korang layak untuk memohon pertukaran ini, pihak PTPTN akan hantar kad comel seperti di bawah. Apa kriteria yang layak pun aku tak pasti. Sebenarnya aku just pergi jer ke website PTPTN untuk apply ni. Baru kad tawaran tu sampai.

PTPTN,


Apa yang perlu dilakukan untuk membuat pertukaran ini hanyalah mengemaskini beberapa maklumat diri dan parents korang. Then bila dah selesai mengemaskini maklumat dan submit (semua nya secara online), kita akan terima emel yang mengatakan pihak PTPTN sedang di dalam proses semakan.

Untuk maklumat tentang tawaran ini boleh ke link berikuthttp://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung dan jika mahu terus proceed untuk tawaran ini boleh ke link berikut http://www.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp

Tawaran ini akan ditutup pada: 28 Februari 2011
Salam buat semua pembaca blogku.



Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.
Kepada yang melakukan ibadah kurban, alhmadulillah. Semoga ibadah kita diterimaNya
Kepada yang pulang berhari raya di kampung halaman, berhati-hati di jalan raya.

Harap Maaf Siaran Tergendala

Salam buat semua pengunjung blogku.

Sepuluh jari ku mohon ampun dan maaf, paging bloglist yang ku janjikan di entry sebelum ini terpaksa ditundakan ke satu masa yang masih belum dapat kupastikan lagi. Ini kerana terdapat beberapa masalh teknikal yang aku sendiri pun menggagau nak setlekan. Bila buat paging baru dia tak mo view full page. "Poning mak nak setlekan ni".

Dalam kepala otak aku skrang terdapat 3 plan untuk aku settle kan masalah ni:
  1. Plan A - Tunggu rescue dari my good friend Didzy yang tengah menggodeh coding untuk template ni. Aku dengan rasa sangat-sangat terharu berterima kasih atas kesudian dia willing to help me out. Thanks Didzy. (psstt...dengan penuh harapan Didzy dapat membantu ku)
  2. Plan B - Buat link bloglist tu ke blog baru macam blog KalamHati.(psstt..dah melawat bloglist Kalam Hati, smart gak)
  3. Plan C - Tukar template lain. (psst...oh tidak! saya suka template yang ceria ini)

So kepada kawan-kawan semua harap sabar menanti ye. Jangan marah ye, saya budak baru blajar ni. Jangan bimbang walaupun lambat bloglist itu kluar, aku tetap paparkan blog-blog kesayangan korang semua di dalam bloglist ku nanti. Bersabarlah....


pstt..psstt...Skrang mahu rehatkan diri sekejap, tengok tv mencari ketenangan sekejap

Deepavali dan Fakta

Hallloo....Happy Deepavali bagi kaum hindu yang menyambutnya.

Wah cuti panjang hujung minggu ni ye? 3 hari bercuti. Mahu buat apa? Ada yang balik kampung ye?  Walau ke mana destinasi korang berhari-hati di jalan raya ye.

Aku tak ada plan ke mana pun. Pagi tadi bangun, pastu pergi jogging with my cousin and dad. Oh sepupu ku, Nadiah skrang tinggal sekejap bersama family aku, sebab mak dia pergi menunaikan haji. Bila weekend dia akan balik untuk jenguk-jenguk rumah. Semasa artikel ini ditulis aku tengah melepak di rumah dia, sementara dia sedang kemas-kemas rumah. Hehehe hampeh betul aku, just melepak jer kat atas ni mencari info tentang perayaan Deepavali.

deepavali


Deepavali merupakan perayaan lampu (festival of lights) dan juga dikenali sebagai Diwali.. Dalam bahasa Sanskrit, Diwali membawa maksud deretan lampu. Perayaan ini akan disambut dalam bulan Kartik (kalendar Hindu) iaitu di dalam bulan Oktober atau November.

Pada pagi perayaan Deepavali mereka akan mandi minyak (herbal oil) dan seperti juga perayaan kaum lain, mereka 'disunatkan' memakai pakaian baru. Mereka juga akan berkongsi makanan yang manis bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Antara manisan yang selalunya disediakan adalah halwa, burfi dan laddu, Oh! no wonder masa aku gi rumah kawan India aku, dia orang ada banyak manisan. Yang aku memang cannot go lah sebab aku agak kurang suka makanan manis

Malah ada satu legenda menarik di sebalikpesta ini. Narakasura, merupakan syaitan yang memerintah negeri Pradyoshapuram. Di bawah undang-undangnya, orang-orang kampung menderita dan mengalami kesusahan. Dia akan menyeksa orang ramai dan menculik wanita untuk dipenjarakan dalam istananya. Melihat kekejamannya, Lord Khrishna bertolak untuk memusnahkan Narakasura dan hari Narakasura meninggal telah disambut sebagai Deepavali, dan merupakan hari kemenangan.

kolam


Rumah penganut agama Hindu akan menyalakan lampu-lampu minyak kecil dibuat daripada pasu-pasu tanah liat dan diisi dengan minyak kelapa. Ini merupakan kepercayaan mereka untuk menjemput Lakshmi, iaitu dewi kekayaan. Di samping itu juga beberapa minggu sebelum perayaan Deepavali disambut, Kolam akan dibuat di depan pintu masuk penganut agama Hindu. Kolam merupakan bentuk 'sandpainting' yang dilukis menggunakan tepung beras oleh ahli-ahli keluarga wanita di depan rumah mereka. Diamalkan secara meluas oleh penganut agama Hindu di India Selatan. Kolam bukan sahaja sebagai satu bentuk hiasan estetik tetapi juga sebagai kepercayaan untuk mendapat limpahan kecantikan dari dewi Lakshmi..


Pada aku Deepavali adalah perayaan yang penuh warna-warni dan cukup meriah. Sebagai rakyat Malausia aku rasa bertuah kerana berpeluang mengalami pelbagai perayaan di bumi Malaysia ini.

info credit to wikipedia , www.regit.com, www.essortment.com 
picture credit to ragedindian.com, www.trekearth.com

Streamyx Yang Hilang

Salam buat semua. Buat apa hari ni? Hujan renyai pagi ni di Shah Alam. 'Terpaksa' lah aku sambung tido. Ceh! terpaksa tu. Hehehe.

Streamyx Yang Hilang
Current mode: Confuse
Kenapa tiba-tiba tak leh connect internet ni? Adoi pelik btull aku bangun pagi hari ni, adik aku kata napa tak bleh connect to internet. Modem rosak ke? Bila aku check modem macam ok. Tetapi lampu pada modem tu yang bernyala hanyalah di bahagian 'Power' dan 'WLAN'. Pada 3 minit pertama lampu di bahagian 'Ethernet' tu duk blinking jer. Pastu trus padam tinggal dua lampu tu. Lampu yang lain (Inthernet, DSL ) tak menyala langsung. Apa hal plak ni? Angkat phone no dial tone. Haiisshhh apa sudah jadi ni.

Malasnya aku nak beurusan dengan pihak telekom di Shah Alam. Service dia orang memang out lah. Nak pasang Streamyx dulu pun dekat 3-4 kali aku kena panjat tangga TM Point tu. Layan customer macam nak tak nak jer dia orang. Hanya ada sekali jer, aku berpuas hati dengan layanan yg mereka berikan. Tapi kalo bahagian yang bayar bil tu bukan main laju lagi service dia orang dengan senyuman semanis gula. Aku apply untuk 4GB tapi aku dapat 1GB jer. Tak tau lah line kat area rmh aku ni tak support ke apa? Kalo ye tak support tak bleh ke ko notify ko nyer pelanggan. Ni nak kena berurusan dengan mereka lagi. Adoi! Lemah betul aku.

Nasib baik adik aku balik weekend ni. Boleh lah pinjam jap brodband Celcom dia. Nak menjengah jap blog kesayangan ku ini. Nak menjenguk rakan-rakan blogger sekalian. Kena selesaikan cepat masalah Streamyx. ni. Tahap ketagihan internet aku memang sukar dibendung ni. Penagih internet tegar. Dan nak masuk lagi satu fasa ketagih. Iaitu ketagihan blog. Huhuhu.....


psstt...psstt....kawan-kawan tau tak nape dengan Streamyx ku ni?

picture from Google image

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

Salam buat semua pengunjung blogku.

Ini merupakan entry terpantas dari ku, setelah terjumpa peluang 'keemasan' semasa sessi blogwalking. Nak tau peluang keemasa apa? Sebenarnya blogger famous BEN ASHAARI membuat tawaran hebat untuk meletakkan blog sesapa di dalam senarai bloglist. Tetapi ini untuk blooger yang baru nak merangkak macam aku ni. Yang dah famous lagi otai tu tak yah lah join. Bagi lah peluang ni untuk blogger baru macam aku.




Untuk blogger baru yang macam aku ni, mestilah tak mo lepaskan peluang ni ye, dak? Dah lah blog BEN ASHAARI tu famous. Dalam satu hari 4-5 kali update blog, tapi rasanya macam lebih jer. Sebab aku pun kadang-kadang tak terkejar entry update dia. Sorry bro...Nak tau berapa ramai follower dia?  3635 (ni semasa aku tulis n3 nilah, mungkin bertambah lagi semasa korang baca entry ni). Ha! Sape tak mau up-traffic kan? Tipu diri sendiri lah tu namanya.

 Antara syarat-syarat nya ialah:
  1. HEADER BLOG BEN ASHAARI  - aku kurang pasti syarat ni, harap betullah yang aku buat ni ni
  2. TAJUK : JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI - Dah buat dah
  3. Tinggalkan link entri korang tu di ruangan komen entri ini - Dah buat dah
Dengan harapan setinggi gunung aku harap saudara Ben Ashaari menerima lah entry ku ini. Kalo terima ucapan terima kasih tak terhingga aku ucapkan. Kepada blogger baru yang lain jom lah joint cepat kerana peluang ini akan ditutup pintu gatenya  pada tengah malam ni.


psstt...psstt...fuh nasib baik kerja dah siap, boleh lah mengular buat entry kat blog jap

Mahu Color Apa Ye?

Salam di hari Khamis buat semua. Di tempat ku ini, setiap pagi pun hujan. Bestnyer kalo dapat tarik selimut sambung tido lagi. Tempat korang hujan tak ye?

Skrang ni aku di dalam fasa untuk menukar layout blog ni. Dah boring dah pakai color hitam. Mahu bertukar ke color yang cerah sket. Supaya ceria sket bila korang datang melawat ke sini. Tapi biasalah bila tgk 'menu' layout di internet, mula lah aku jadi rambang mata. Pastu color dah berkenan, design tepi serabut lah plak. Layout semua dah cun, kemas tersusun color plak tak berkenan di hati. Haiiisshh antara dilema HIDUP SEORANG BLOGGER.


Mahu Color Apa Ye?
Rambang mataku melihat color ni
So aku decide untuk pilih color apa yang aku nak dulu, supaya proses pemilihan jauh lebih senang. Maka dgn ini, aku memerlukan idea bernas dari rakan-rakan blogger yang bijaksana di luar sana lah. Rasa-rasanya color ape ye yang best utk aku gantikan cat di rumah ku ini. Yang sesuai dengan citer-citer aku yang slalu merapu di sini dan skop penulisan meliputi segala aspek yang aku suka. Hehehe. Dalam fikiran aku skrang ada 3 color yang berkenan di hati iaitu, light pink (harus muntah color kaum Adam yang masuk ni), yellow or peach. What do you think? Aku just tak mo color putih dan hitam jer. Sebab temanya ceria. Tolong yea bagi idea korang yang hebat-hebat tu?

psstt...psstt...kalo boleh biarlah color tu sesuai utk pelbagai peringkat usia, jantina dan bangsa. Barulah worrlldd...kehkehkeh


picture credit to vi.sualize.us

Kawan Dan Cinta


Kawan Dan Cinta

Kawan, cinta itu amat indah
Kawan, semua orang mahukan cinta
Kawan, semua orang kejarkan cinta
Kawan, berhati-hati dengan cinta yang kau kejar

Kawan, aku tau kau terluka
Kawan, aku juga terluka
Kawan, aku tahu hatimu berderai
Kawan, aku mengerti derita mu
Kerana kawan aku turut alaminya

Kawan, kuatkan semangatmu
Kawan, sengkakan air matamu
Kawan, berdiri lah semula dengan teguh
Kerana kawan aku tahu engkau kuat

Kawan, andai cinta menjengah lagi
Kawan, andai pintu hati mu diketuk lagi
Kawan, andai arjuna muncul lagi
Kuharapkan kau berhati-hati

Kawan, tiada kata-kata manis dariku
Kawan, mungkin kau tidak mahu berkongsi ceritamu
Kawan, mungkin kau tidak suka mendegar celotehku
Kawan, mungkin kau pikir ku prejudis

Kawan, Ku tak mahu kau terbang terlalu tinggi
Kawan, tiada dengki di hati ini
Cuma, kawan ku tak mahu kau terhempas lagi
Menyaksikan hancurnya hatimu berderaian

Kawan, ku sentiasa di sini untuk ketawa bersama
Kawan, ku di sini jika kau perlukan seorang untuk kau bersandar
 Kawan, ku akan memegang tanganmu bila kau memerlukan ku
Kerana kita KAWAN dan masih mencari CINTA


Kawan Dan Cinta
Comel plak cartoon ni



psst...psstt..decided to publish my poem walaupun ntah apa-apa.Hehehe Dedicated this poem to my friend and to myself.

picture source: weheartit.com

Happy Weekend Everyone

Salam pagi Ahad buat semua. Apa kabar semua pengunjung blogku. Terima kasih ku ucapkan kerana sudi menjengah di blog ku. Apa aktiviti hari ini? Walau apa pun aktivti yang korang lakukan, semoga berbahagia bersama family tercinta.



Hmmm hari ini, tiada idea untuk aku mengomel di sini. Bukan tak ada cerita tetapi  malas nak mengarang. Just nak blogwalking melawat kawan-kawan seperjuangan. Breakfast apa hari ni? Pagi ini breakfast ubi rebus yang direbus khas oleh ibu tercinta. Nyum...nyum...sedap. Tapi aku tak berapa reti makan ubi dengan kelapa dan gula merah seperti family ku yang lain. Makan dengan sambal tumis lagi sedap.

Niat di hati macam nak ber'jimba' bersama family. Tetapi selsema ku ini masih tak baik-baik. Hmm tengoklah mungkin jap-jap lagi.

Ok enjoy your weekend.

Mee Segera Keluaran Indonesia Ditarik Balik

Salam buat semua pembaca blogku.

Just a quick entry before melelapkan mata. Tadi sementara aku menunggu citer Vampire Diaries, tengok jap berita kat Astro Awani (Channel 501). Terkezut aku ada berita mengatakan, negara Taiwan menarik balik mee segera keluaran Indonesia. Ini kerana kandungan bahan di dalam mee segera tu mengandungi unsur-unsur bahan kosmetik yang boleh meudaratkan kesihatan. Dan yang makin memeranjatkan aku lagi, kat tv tu tunjuk para peniaga Taiwan tengah packing-packing mee segera cap Mee Sedaap. Mungkin ada gak jenama lain tapi tak prasan plak tadi. Bukankah brand ni tengah famous di negara kita. Ayoyo, kalo Taiwan dah tarik balik, Malaysia tak ada buat apa-apa tindakan ke?

Macam gambar kat tv tadi

Balik kerja tadi, tengok iklan Mee Sedaap. Terasa besok nak singgah beli. Iklan nampak sedap. Teringin gak nak rasa. Tapi bila dah tengok berita tu, huhuhu terus cancel. Sesapa yang ada mee segera jenama berkenaan fikir-fikirkan lah ye. Takut-takut bila makan nanti rasa lipstik plak. Aku pelik lah pihak berwajib Malaysia, tak kan nak berdiam diri jer ni. Mee segera ni semakin popular di sini. Buat lah kajian sket. Demi keselamatan rakyat Malaysia ni. Please do something !!!




psstt...psstt...dalam pada masa yang sama aku agak kagum Indonesia boleh menembusi pasaran mee segera Taiwan; yang memang Taiwan sendiri ada pelbagai produk mee segera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam penuh keceriaan Aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh dunia.

Yeaahh, berjaya buat sticky post yang pertama. Ok, tak ada ape yang aku nak bebelkan, sekadar ucapan ikhlas dari ku...

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca blog ku! Ampun dan maaf dipohon sekiranya ada kata-kata di dalam entry ku atau balasan komenku di blog ini atau di blog kalian yg menyinggung hati dan perasaan sepanjang perkenalan kita yang singkat ini.Kepada yang memandu hati-hati di jalan raya semoga selamat sampai di kampung halaman








psstt..psstt...jelesnyer tengok kad raya orang bersama pasangan dan anak masing-masing. Bilalah kad raya seperti itu, dapat ku layangkan.


picture credit to http://wanwma.com

Hidangan Di Pagi Raya

10 September 2010 - Salam lebaran buat semua yang menyambut Aidilfitri dan juga selamat bercuti.

Macam mana hari raya pertama korang hari ini? Bersembahyang raya tak? Dah menziarahi pusara? Ramai ke tetamu yang hadir di rumah tu?

Hidangan Di Pagi Raya

Apa hidangan di pagi raya korang? Hidangan family aku di pagi raya wajib ketupat. Ketupat nasi.Tak kira lah aku beraya di mana, di kampung ayah di sebelah utara Perak mahupun di kampung ibu di Johor mesti nak makan ketupat. Tapi kalo makan ketupat di kampung Perak, ketupat Adabi lah ye. Atok aku di Johor tu dah tak larat nak menganyam pun, slalunya pakcik aku akan orderkan dari orang kampung. Setahun sekali jer aku dapat merasa ketupat betul tu. Hehehe...aku panggil tu ketupat betul. Lauk wajib dimakan bersama ketupat adalah sambal kacang. Compliment with sambal goreng. Sambal goreng pengantin mak aku cakap. Penat nak masak sambal goreng ni. Tapi hasil kesedapannya ....zassss lah. Sambal goreng pengantin ni ada letak udang, kentang, daging/hati and spicy up a bit with hirisan lada kering. Tak tau lah bila aku nak pandai buat sambal goreng ni. Dah lah mak aku sorang jer dalam family yang tahu recipe ni. Itu hari ada gak aunty aku masak, tapi rasanya tak sama. Masalahnya nak menuntut recipe dari mak aku ni susah sket. Tak ada standard SOP recipe dia. Hari ni dia letak santan 1 cawan, minggu depan 1 1/2 cawan plak. Last-last dia akan cakap "Alah akak agak-agak  jer" Adeh....agak-agak aku alamat tak jadi lah. Sambal kacang tu pun aku dah lulus-lulus lagi.

Hidangan Di Pagi Raya

Selain itu kalo nak kick lagi makan ketupat makan dengan kuah lodeh. Kadang-kadang tu aku blasah gak dengan ayam masak merah. Hehehe. Tapi semua tu tak penting yang penting kena ada sambal kacang and sambal goreng. Dalam beberapa tahun raya ni kan baru aku prasan, rupanya ketupat nasi ni ada 2 jenis bentuknya. Satu yang empat segi dan satu lagi yang macam runcing sket di bawahnya. Susah lah nak explain, korang tengoklah gambar di atas sana tu.

 Hidangan Di Pagi Raya



Kalo di sebelah Perak lebih famous dengan lemang. Sedap gak makan lemang dengan rendang. Tapi rendang daging lah sedap. Dulu masa aku kecik-kecik, aku tak reti nak makan lemang dengan rendang. Aku makan macam tu jer. Jakun betul aku kan?!?! Skrang ni nak cari lemang yang sedap pun susahkan. Ada sekali tu kita orang beli lemang tu tak masak.









Kawan aku di utara Kedah makan ketupat palas. Walaupun dia berasaskan pulut macam lemang, tapi rasa dia lain. Sebelum ni aku ingat rasa dia sama. Yang klakarnya ketupat palas ni, menurut member aku ada betina jantan. Dah banyak kali dia ajar aku macam mana nak tengok jantina ketupat tu, tapi aku tak gak tau. Kadang-kadang tu ada yang buat ketupat ni letak kacang. Hmmm..nak message kawan aku lah bawak ketupat palas balik KL nanti.

Hidangan Di Pagi Raya


Kalo kat belah pantai timur apa hidangan wajib di pagi raya ye? Nasi kerabu or nasi dagang ke? Mungkin blogger dari pantai timur boleh share sket apa menu wajib di pagi raya. Kalo kat belah utara and selatan time raya, ikan kurang laku di pasar, kat sebelah sana mesti permintaan ikan tinggikan. Macam mana plak kalo yang blah Sabah dan Sarawak? Makan ketupat jugak ke? Share lah hidangan raya korang di sana.


Ada gak rumah-rumah yang hidangan wajib mereka laksa, mee sup, laksam, soto, nasi beryani dan macam-macam lagi lah. Ikut kreativiti, kepakaran dan selera masing-masing. Ye lah bak kata pepatah "Lain padang, lain belalang...lain lubuk lain, ikannya...lain orang lain juga lah caranya" Itulah uniknya Malaysia. dalam masyarakat Melayu sendiri dah pelbagai menunya. Kalo campur dengan kaum lain, jadi lah macam-macam ada....





psstt...psssttt...Jangan terover makan. Terkejut perut tu karang, setelah rest sebulan

Jangan Lupa Sebelum Raya...

08 September 2010 - Salam kepada semua yang sudi menyinggah di sini.

Ye..ye...aku tau mood raya korang semua dah mencanak-canak. Sukar dikawal dah kan? Bersabar ye, tak lari Raya dikejar. Malam ni pengumuman raya akan diumumkan, so stay tune depan tv yea. Mungkin ramai yang dah pulang ke kampung, sebelum kita beraya sakan meh aku sharekan beberapa checklist sebagai peringatan kepada semua termasuk diriku takut-takut ada yang terlupa nanti.

    Jangan Lupa Sebelum Raya
  • Jangan lupa turn off pc di opis pada hari last day sebelum kembali beraya nanti


Jangan Lupa Sebelum Raya



  • Jangan lupa check condition kereta/van mahupun lori yang hendak dipandu balik ke kampung nanti di dalam keadaan yang selamat.



    Jangan Lupa Sebelum Raya
  •  Jangan lupa tutup tingkap dan pastikan pintu berkunci dan dimanggakan sekali. Takut-takut ada tetamu 'pertama' yang tak diundang semasa raya nanti.






  •  Kepada yang balik naik kenderaan awam seperti bas, keretapi, kapal terbang...jangan lupa beli tiket balik dari beraya plak.
Jangan Lupa Sebelum Raya

  • Jangan lupa, tukar duit raya untuk diberi kepada anak-anak buah or kanak-kanak yang datang beraya nanti. Dulu korang pun keliling kampung collect duit raya. Sampai berpeluh-peluh lencun baju raya, perut kembung dengan air sirap dan poket baju senget penuh dengan duit raya.
 Jangan Lupa Sebelum Raya
 
Jangan Lupa Sebelum Raya
  •  Yang ada pet, jangan pulak korang tinggalkan 'dia' keseorangan di rumah tu. Bawalah sekali untuk berkenalan dengan atok dan nenek di kampung, kalo tak pun check in di 'hotel-hotel' haiwan. Sian dia.


    Jangan Lupa Sebelum Raya
  • Kepada adik-adik yang masih bersekolah, or student IPTA/IPTS, jangan buat-buat lupa homework or assignment yang perlu submit after raya. Hahaha, I know I spoil ur mood Raya




  • Jangan lupa bayar zakat fitrah. Semoga duit fitrah kita nanti dapat membantu kepada yang memerlukan
    Jangan Lupa Sebelum Raya
  •  Jangan lupa untuk pandu berhati-hati di musim perayaan ini. Bersabarlah, semua orang pun nak balik raya jugak, bukan 'kome' sorang jer 'yop'.


  •  Last but not least....Jangan lupa bawak balik baju raya, karang ada yang melalak di pagi raya, tak ada baju raya.
Jangan Lupa Sebelum Raya






psstt...pssstt...kalo raya hari Khamis, pagi raya lah aku balik.



All picture from google images

Merdeka! Sejauh Mana Kemerdekaan Anda

30 August 2010 - Salam ambang kemerdekaan buat semua pembaca blogku.

Besok kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Sudah sekian lama Malaysia merdeka, kalo orang tu berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dah pencen dah. Tetapi selama kemerdekaan yang kita kecapi selama ini, adakah diri kita betul-betul telah merdeka? Apakah erti kemerdekaan bagi anda? Tahukah betapa susahnya Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman berusaha untuk mendapatkan "Merdeka" itu untuk Malaysia?

Pada akhbar Utusan Malaysia yang lepas, ada menceritakan tentang sri kandi negara yang mungkin tidak semua orang tahu selama ini, Datuk Siti Rahmah Kassim. Beliau telah menceritakan keperitan Tunku mencari dana untuk pergi ke London bagi menuntut kemerdekaan. Beliau juga merupakan wanita pertama yang menyerahkan gelang emas pemberian bapanya bagi menampung kos perjalanan tersebut. Malah bukan dia sahaja yang sanggup berkorban pada masa itu, golongan lelaki menyerahkan cincin, jam emas dan tongkat berkepala emas manakala golongan wanita menyerahkan menyerahkan barang kemas mereka. Sehingga ada yang menyerahkan kerongsang baju yang dipakai dan memegang baju mereka sehingga majlis tamat. Betapa peritnya untuk mendapat kemerdekaan pada hari ini. Tetapi setiap tahun kita menyambutnya dengan bergembira, terkinja-kinja di Konsert Merdeka. Aku tidak pasti, tahun ini masih diadakan Konsert Kemerdekaan lagi atau pun tidak. Bukankah kita harus memanjatkan kesyukuran terhadap kenikmatan Kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Aku menonton Rancangan Galaxy di TV9 pada hari Jumaat yang lepas. Pelbagai versi artis memberi ucapan Salam Kemerdekaan. Dan aku terkesima mendengar ucapan dari artis veteran, Yahya Sulong. "Muliakanlah hari merdeka kita. Hargailah pengorbanan mereka yang telah berjuang selama ini". Ringkas, padat dan penuh bermakna.

Setiap hari Ahad aku akan ternanti-nati artikel yang ditulis Tengku Khalidah di akhbar Panca Indera. Sudah tentu artikelnya pada hari Ahad yang lepas berkisarkan erti kemerdekaan. Tetapi pada hari Ahad yang lepas aku kurang berpuas hati dengan permulaan perenggan pertama tentang artikelnya yang mengulas tentang segelintir rakyat Indonesia yang membuat onar terhadap Jalur Gemilang kita. Katanya biarkan sahaja, malah perlu dibalas dengan rasa cinta, budi bahasa molek. Tetapi lama kelamaan bila didalami apa yang cuba disampaikan aku mengerti. Merdekakanlah diri anda dari rasa hasad dengki yang boleh mencalar maruah diri, bangsa dan negara. Kerana sejarah akan mengatakan semua itu berlaku di mana, di negara mereka dan yang melakukannya pun mereka. Sedikit pun tidak terkesan kepada kita. Malah akhirnya mereka sendiri yang tersadai kepenatan.

Namun demikian pada artikelnya sebelum minggu kemerdekaan ini, beliau ada mengatakan bahawa karya seni hasil Tan Sri P Ramlee sebenarnya tidak menjadi hak sepenuhnya oleh warisnya mahupun negara kita, Malaysia. Royalti semuanya dibayar kepada Shaws Brothers. Nah! Sekian lama Allayarham telah kembali, malah anakandanya juga telah menyusul pergi meninggalkan kita, hasil karya seninya masih belum merdeka lagi. Aku amat berharap ada pihak yang mengambil pusing terhadap perkara ini. Nampaknya remeh tetapi jika diperhalusi, apalah erti kebanggaan kita selama ini terhadap karya seni Allahyarham, jika karya itu masih dijajah oleh mereka yang tidak sepatutnya. Merdekakan karya seni yang menjadi sanjungan kita selama ini.

British yang menjajah telah lama pulang dari tanah air kita. Tetapi minda kita masih terus dijajah. Wahai putra-putri negara, bebaskan mindamu dari dijajah. Tidak perlu bertindik lidah, tidak perlu bertindik pusat untuk kelihatan hebat dan bergaya. Tidak perlu juga berskirt pendek, baju yang menampakkan ketiak di hari persandinganmu, kan lebih elok dan manis bila kamu bersongket dan berkebaya.

Kini, kita tidak perlu mengangkat senjata seperti datuk nenek kita di zaman dahulu. Kita juga tidak perlu bergolok bergadai harta berkorban untuk mendapat kemerdekaan. Apa yang hanya perlu kita lakukan hanyalah, perliharalah kemerdekaan ini, muliakanlah kemerdekaan ini agar ia dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

Merdeka

Kempen 1 Blog 1 Bendera

26 August 2010 – Assalamualaikum dan salam ceria buat semua yang sudi berkunjung di blogku…

Kempen 1 Blog 1 Bendera

Demi menyahut seruan blogger Zaidah, mengibarkan 1 blog 1 Malaysia maka ku kibarkan Jalur Gemilang di entry kali ini. Sebenarnya aku mengetahui kempen 1 blog 1 Malaysia melalui blog mama yatie. Dalam perjalanan untuk ke tempat kerja hari ini, lagu Kemerdekaan dendangan Alyarham Sudirman Haji Arshad telah mula berkumandang. Begitu juga beberapa lagu patriotic yang lain.

Dah alang-alang aku kibarkan Jalur Gemilang ni, mari kita bercerita sedikit tentang bendera negara kita.

  
Pengertian di sebalik warna dan rekabentuk Jalur Gemilang
  • Biru : melambangkan perpaduan rakyat Malaysia
  • Kuning: merupakan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
  • Merah: keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat
  • Putih: melambangkan keluhuran dan keikhlasan
  • 14 jalur merah dan putih (melintang) adalah tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan
  • Anak bulan dan bintang merupakan tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia

Susur galur Bendera Malaysia a.k.a.s Jalur Gemilang
  • Pada tahun 1949 satu pertandingan peringkat kebangsaan untuk mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan berjaya menarik sebnyak 373 karyawan. Setelah pemilihan dilakukan hanya tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
  • Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
  • Majlis Perundangan Persekutuan mahu mendengar pendapat umum tentang ketiga-tiga rekaan berkenaan dan telah dikelolakan oleh The Malay Mail. Dan akhirnya rekaan ketiga hasil dari seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah telah dipilih.
  • Rekabentuk ini telah diubahsuai beberapa kali untuk disesuaikan dengan negara kita. Pada tahun 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven  horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

  •  Dan ia telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Buat pertama kalinya Bendera Malaysia berkibar dengan megahnya pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI
  • Setelah sekian lama digelar Bendera Malaysia iaitu selama 47 tahun, pada kemerdekaan ke-40 (1997) nama baru telah diberikan; Jalur Gemilang. Nama ini telah dicadangkan oleh Redzuan Tamin, seorang pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Pengertian di sebalik nama Jalur Gemilang
  • JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.
  • GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
Maka apalagi jom kita kibarkan Jalur Gemilang di blog masing-masing. Supaya kemeriahan merdeka kali ini dapat dirasai di alam realiti dan maya. Selamat Hari Merdeka buat semua...



credit goes to wikipedia

Ada Berapa Negara Dalam Dunia Ni???

21 August 2010 - Halllooo semua, apa macam hari ni? Kepada yang berpuasa selamat berpuasa. Kepada yang tidak jalanilah hari anda dengan bermanfaat ye. Apa kata hari ini kita uji minda atau lebih tepat lagi ui general knowledge kita. Rasa-rasa korang semua ada berapa negara dalam dunia ni? Tadi aku tanya pakcik google, hmm macam-macam jawapan kluar. Ada yang kata 192, 194, 195, 196. But according to United Nations there is 192 yang berdaftar di bawahya. Sebenarnya, sebelum artikelku ini ditulis, aku saja meng'test' diri sendiri kat website, oneplusyou.com. Di website ni, ada pelbagai kuiz, antaranya dalam masa 5 minit berapa banyak country yang kita bleh senaraikan? Dare to take the challenge. Gi lah try kat sana. Shock, u will be surprise how many country that you know. Aku dapat sket jer. Huhuhu. Hampeh btull geografiku. Nak wat mcm mana dulu blajar geografi sampai Asia Tenggara jer. Ceh! Alasan jer....Want to know my result? Sebelum tu korang kena amik test tu dulu. Jujur tau, jgn flip pakcik google. Bulan pose ni tak baik tipu-tipu tau.

Here, is my result!!!! Jangan gelakkan aku tau. Malu I..


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
.
.
.
.
.
1.America
2.Afghanistan
3.Australia
4.Austria
5.Bangladesh
6.Brunei
7.Cambodia
8.China
9.Cuba
10.Denmark
11.Germany
12.India
13.Indonesia
14.Israel
15.Japan
16.Laos
17.Madagascar
18.Malaysia
19.Mauritius
20.Mexico
21.North Korea
22.Pakistan
23.Peru
24.Singapore
25.South Korea
26.Thailand
27.Uganda
28.United Arab Emirates
29.United Kingdom
30.Vietnam
31.Zimbabwe

31 jer jawapan yang mampu aku bagi. Adei truk btul result aku. Berapa negara yang korang dapat ek? Oh yea if nak tau info sesuatu negara tu bleh lah lawati laman web wiki.answers.com. Let I share little bit info tentang Malaysia yang aku perolehi di sana ye.


Msia Flag



talkIsaid

psstt...psstt...Sunni Muslim tu ape yea?

Salam Ramadhan Dari Ku

10 August 2010 - Malam ni akan diumumkan hari untuk kita menunaikan rukun Islam ke-3; berpuasa Di kesempatan ini, ku memohon  ampun dan maaf dari semua rakan-rakan blogger dan rakan-rakan yang sudi membaca blogku, andaikata terdapat perkara yang tidak menyenangkan berlaku. Terima lah pesanan penaja dari 2 orang budak comel yang nakal ni yea...btul,btul, btul...

Gambar ni dicilok dari FB saya yang telah diberi oleh my cousin Jiji. Tq Jiji

Dan jika besok kita berpuasa, di sini aku sertakan fadhilat sembahyang tarawih pada malam pertama:

Fadhilat Tarawih


5S Day

23 July 2010 - Hari ini hari 5s kat opis aku. Just my section jer lah. Bukan nyer the whole department. Coz minggu depan ada audit keselamatan. Bagi yang tak tau ape itu 5S nah ku sediakan definisi dia seperti di bawah. Telah aku olahkan supaya lebih paham.

  • SEIRI
- sisih
- asingkan barang-barang yang tak mo digunakan lagi dan "toing" kan ke tong sampah (buang lah tu maksudnya)
  • SEITON 
- susun
- susun kan barang yang nak dipakai supaya senang dicapai.
  • SEISO
- sapu
- sapu sampai bersih, lap sampai berkilat
  • SEIKETSU
- seragam
- kiranya kena standardlah letak barang-barang tu and everybody aware of that
  • SHITSUKE
- sentiasa amal
- kenalah amalkan nyer sentiasa.

Konsep ni datangnya dari Jepun, that why lah nama term-term tu macam nama samurai jer.

So hari ni bersungguh-sungguh lah kita orang semua bersihkan our section. Even our boss cuti hari ni, kita orang buat dengan rajin nyer. Baaaaikkk sungguh kita orang kan? Hehehehe. Me and the geng dah isytihar  blasah  pakai jeans (even not officially 5S ni). Tu yang best nyer kalo 5S bleh pakai unformal cloth. Kalo 5S satu jabatan lagi best, kadang-kadang tu ade makan percuma.Muahahahaha. Ok I end my posting for today dengan "Amalkanlah 5S di rumah jugak yea"



Khasiat Madu

Khasiat Madu

Uhuk..uhuk...nearly a week dah batuk ni. Hmm penat btull lah. My mum lah ni pembawa virus. Then adik aku then my turn plak kena. Tapi skrang memang musim batuk pun. Kat opis aku ramai gak yang uhuk...uhuk...Last 2 days chat with my friend kat Riyadh dia satu family pun batuk. Memang lah musim skrang ni.

Yang aku ni plak pemalas btull nak gi clinic or minum ubat batuk. Bukan ape nanti mamai ngantuk semacam jer. Aku just minum madu jer. Yup, honey! Honey bleh baik kan batuk. Minum satu sudu madu, pagi and malam. What I did, I mix it with warm water. But menurut my mum if nak minum madu must gunakan sudu plastic. I did a little research kat internet, kenapa if we handle madu, kita kena guna sudu plastic or kayu. Madu ni bersifat mudah menyerap. Jika kita menggunakan sudu logam atau tembaga, madu akan mudah menyerap logam tersebut. Karang tak pasal-pasal makan besi plak. Hehehehe. Any where madu ni mmg banyak pun khasiat dia. Even dalam kitab suci al-Quran, in surah An-Nahli; madu merupakan penyembuh penyakit.

Khasiat Madu

Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Disebabkan madu ni begitu berkhasiat, ia telah famous sekian lamanya. Since zaman Cleopatra lagi. Dipercayai Ratu Cleopatra is being using honey for her health and beauty. Bukan sahaja orang Middle East tahu khasiat madu ni, malah orang Jepun pun minum madu every night so that when they wake up in the morning, they will energetic. MAlah, manusia telah menggunakan madu ini sejak 10,000 tahun yang lalu, iaitu pada zaman Mesolitik. Ini boleh dibuktikan dengan lukisan gua yang terdapat di Valencia, Spain. Lukisan berkenanaan menunjukkan 2 orang perempuan sedang mengumpul madu dan sarang lebah berkenaan di dalam hutan.

Apakah kandungan di dalam madu yang menyebabkan ianya begitu berkhasiat sekali? Lets have a look. Pertama kali kita tengok komposisi gula yang terkandung di dalam madu. 
  • fruktosa    38.5%
  • glukosa    31%
  • sukrosa    1%
  • lain-lain gula   9%
Di samping itu juga madu mengandungi beberapa mineral:
  • iron
  • calcium
  • magnesium
  • copper
  • manganese
  • sodium
  • phosphorus
  • potassium
  • zinc
Dan juga vitamin;
  • Thiamin (Vitamin B1)
  • Riboflavin (Vitamin B2)
  • Niacin (Vitamin B3)
  • Pantothenic Acid (Vitamin B5)
  • Vitamin B6
  • Folate (Vitamin B9)
  • Vitamin C
Now, mesti kita tertanya-tanya, apa kebaikan madu ni. If I just wrote the goodness without fact mesti susah nak percayakan. So this is the nutritious of honey according with the research center that had done the research: 
  1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia)
  2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik Contoh nyer: Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
  3. Pembunuh kuman daripada jenis bakteria, kulat(fungus) dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)
  4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)
  5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)
  6. Mampu menjadi abtibiotik yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales)

Menurut statistik dari Food & Agriculture Organization, negara yang menjadi pengeluar madu terbesar adalah Cina, diikuti dengan Argentina dan Turki. 

Khasiat Madu


With all the goodness, madu perlu diamalkan mengikut beberapa cara. Jika tidak ia kita tidak akan mendapat kebaikannya malah boleh mendatangkan mudarat. 


Khasiat Madu


 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino