Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Makin Jogging Makin Lapar

Salam berhujung minggu buat semua pengunjung blogku.

Early in the morning, semalam pergi jogging bersama ayahanda di taman rekreasi dekat-dekat dengan area rumah aku ni.  After Subuh tak tido balik ok. Slalu memang aku terbongkang tido, sampai kul 8 lebih. Kadang-kadang tu terlajak sampai kul 9 lebih. Hehehe. Konon-kononnya macam qada tido lah tu.

Taman rekreasi ni tak adalah besar mana. Kalo ikut km adalah dlm 2km kut kalo buat satu pusingan. Aku berjaya buat 2 pusingan. Tak adalah jogging sgt pun. Separuh jalan, separuh lagi jogging.

Jogging
Fuh...penatnya...
Penat woo! Badan, orang yang jarang-jarang exercise, tiba-tiba mau buat exercise. Kerja seharian pun kat dalam aircond, duk mengadap pc setiap hari. Memang jarang lah bergerak aktif. Tadi masa kat park tu, baru 1/4 round jogging dah termengah-mengah. So berhenti jogging, jalan pelan-pelan. Pastu jogging balik. Haish, memang tak ada stamina aku ni. Penat sungguh rasa. Tapi bila dah setle, badan rasa segar, berpeluh sungguh

After jogging hari ini, aku sangat lapar. Pergi  blasah roti 'tampal' kat kedai mamak. Belum kul 1 petang aku dah lapar balik. Aku blasah lagi sepinggan nasi goreng yang bonda goreng. Huh! Makin jogging makin lapar aku dibuatnya. Banyak betul aku makan. Nasib baik aku bukan dalam proses diet menguruskan badan. Just diet untuk kesihatan sahaja. Yelah umur dah 30, kenalah jaga kesihatan. Konon macam nak jadikan routine every weekend. Tak tau lah berjaya ke tidak.

Bila malam kaki dah sakit. Otot kaki terkejut. Bangun awal pagi, bukan sekadar tekan pedal minyak dan brek kereta. Tetapi kena berlari-lari anak. Mahu jogging lagi di pagi Ahad ini. Harap cuaca mengizinkan. Harap juga kaki tidak terlalu sakit untuk berjongging.




psstt..psst..bgtau ayah nape makin jogging makin lapar. Dia bagitau sebab tu lah para petani makan nasi dengan banyaknya, sbb byk tenaga diperlukan.

picture source:google image

Fibroid Yang Hilang

Salam satu Malaysia buat semua pembaca blogku.

Ingat tak pada entry yang lepas aku citer melawat kawan aku di hospital? Aku gi melawat dia pada hari Khamis yang lepas di PPUM. Seperti biasa aku gi bersama my gf, Zirr. Di dalam entry ni aku just gelar dia Kak N jer lah ek.

Kami bertolak ke PPUM dari opis, Shah Alam after opis hour kira-kira pukul 5 petang. Alhamdulillah tak jem langsung federal highway. Fluent jer jalan. Sampai di simpang nak masuk PPUM ada polis trafik jaga. Senang lah sket kan. Thank you pak polis!

Kak N ni dimasukkan hospital sebab kena operation fibroid. Sebelum ini, dia gi klinik sebab bila bendera merah datang, cik merah tu banyak sgt lebih dari biasa. Bila buat ct scan nampak ada fibroid sepanjang 4cm. Besar lah jugak kan. So doctor pun refer kepada hospital yang berdekatan untuk buat operation buang fibroid tu. Tetapi yang peliknya, setelah doctor lakukan operation tak jumpa pun fibroid tu. Everything inside it looks great and beauty. Doctor just buang beberapa cyst yang ditemui. Actually cyst tu tak bahaya pun, tapi dah alang-alang dah terbukak tu kan, keluarkan jerlah apa yang patut. Mana pergi fibroid tu? Tak kan dissolve begitu sahaja? Memang pelik bin ajaib btull kes Kak N ni. Tak pe lah asalkan semua nya selamat. Condition Kak N after operation pun Alhamdullilah. Dah bleh buang air and dah k****t (hehehe malu plak nak tulis).

Di sini aku share kan serba sedikit beberapa medical term untuk menambah pengetahuan kita bersama.

Apa itu cyst?

Apa itu cyst?

Apa itu cyst?


Apa itu fibroid?


Apa itu fibroid?

Apa itu fibroid?


Disebabkan tadi masa lunch aku dengan kawan-kawanku confuse perbezaan antara CT Scan and MRI di sini aku selitkan perbezaan antara 2 kaedah ini:

CT Scan MRI
About: CT Scan or Computed tomography is a medical imaging obtained using X-rays. The radiation is passed through the body and received by a detector and then integrated by a computer to obtain a cross sectional image that is displayed on the screen. Magnetic resonance imaging (MRI) is a medical imaging technique most commonly used in radiology to visualize detailed internal structure and limited function of the body.
Radiation exposure: Moderate - high radiation None
Cost: CT Scan costs range from $1,200 to $3,200; they usually cost less than MRIs. MRI costs range from $1200 to $4000 (with contrast); which is usually more than CT scans and X-rays, and most examining methods.
Details of bony structures: Provides good details about bony structures Less detailed compared to CT scan
Time taken for complete scan: Usually completed within 5 minutes Scanning typically run for about 30 minutes.
Details of soft tissues: Less detailed compared to MRI Much higher detail in the soft tissues
Effects on the body: Despite being small, CT can pose the risk of irradiation. No biological hazards have been reported with the use of the MRI.





psstt...psstt..mungkinkah file Kak N tertukar dengan patient lain???



Fakta di atas telah diambil dari laman web di bawah:

Mee Segera Keluaran Indonesia Ditarik Balik

Salam buat semua pembaca blogku.

Just a quick entry before melelapkan mata. Tadi sementara aku menunggu citer Vampire Diaries, tengok jap berita kat Astro Awani (Channel 501). Terkezut aku ada berita mengatakan, negara Taiwan menarik balik mee segera keluaran Indonesia. Ini kerana kandungan bahan di dalam mee segera tu mengandungi unsur-unsur bahan kosmetik yang boleh meudaratkan kesihatan. Dan yang makin memeranjatkan aku lagi, kat tv tu tunjuk para peniaga Taiwan tengah packing-packing mee segera cap Mee Sedaap. Mungkin ada gak jenama lain tapi tak prasan plak tadi. Bukankah brand ni tengah famous di negara kita. Ayoyo, kalo Taiwan dah tarik balik, Malaysia tak ada buat apa-apa tindakan ke?

Macam gambar kat tv tadi

Balik kerja tadi, tengok iklan Mee Sedaap. Terasa besok nak singgah beli. Iklan nampak sedap. Teringin gak nak rasa. Tapi bila dah tengok berita tu, huhuhu terus cancel. Sesapa yang ada mee segera jenama berkenaan fikir-fikirkan lah ye. Takut-takut bila makan nanti rasa lipstik plak. Aku pelik lah pihak berwajib Malaysia, tak kan nak berdiam diri jer ni. Mee segera ni semakin popular di sini. Buat lah kajian sket. Demi keselamatan rakyat Malaysia ni. Please do something !!!




psstt...psstt...dalam pada masa yang sama aku agak kagum Indonesia boleh menembusi pasaran mee segera Taiwan; yang memang Taiwan sendiri ada pelbagai produk mee segera.

Berpuasa Dari Sudut Kesihatan

20 August 2010 - Salam semua. Hari ini dah hari ke berapa ye kita berpuasa, hari ke-9 kalo tak silap aku lah? Hari ni aku nak share with you all tentang berpuasa dari sudut kesihatan. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa berpuasa baik untuk kesihatan kita, selain daripada tuntutan wajib kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Semalam aku ada baca sebuah buku ni bertajuk "Ramadhan Datang Lagi". Buku ini adalah terbitan Yamani Angle dan ditulis oleh 2 orang penulis Wan Mohd Noh Wan Hamat dan Rusnah Abu Samah. Oh! Puan Rusnah ni ada blog ye, iktibaronline. Quite intresting buku ni. Kualiti kertas yang bagus, layout yang kemas, penggunaan graphic yang menarik serta olahan yang mudah difahami. (Hohoho, aku sangat cerewet di dalam pemilihan buku ilmiah). Ia mengupas sudut puasa dengan lebih global lagi. Malah resipi untuk berbuka puasa pun ada. Secara jujurnya aku blum khatam buku ni, tetapi aku terjumpa sesuatu yang sangat intresting untuk aku kongsikan bersama pembaca semua. Iaitu puasa yang berjaya jika dilihat dari segi perubahan fizikal, mental dan emosi kita. So here it is....


Berpuasa Dari Sudut Kesihatan

Rawatan Altenatif: Rawatan Urat Saraf

18 August 2010 - Salam buat semua. Terima kasih kerana sudi berkunjung di blogku ini. Pernah dengar rawatan alternatif? Rawatan alternatif ini merupakan rawatan yang tidak menggunakan ubat-ubatan dari pihak doktor. Sebgai contohnya rawatan homeopathy, rawatan menggunakan herba-herba semulajadi, rawatan menggunakan kitab suci Al-Quran dan macam-macam lagi. Pernah mencubanya? Entry kali ini aku ingin bercerita tentang pengalaman aku mengunakan rawatan alternatif.

Sebenarnya pada hari Ahad yang lepas, aku telah pergi ke Ampang untuk mencuba satu rawatan alternatif. Rawatan alternatif ini merupakan rawatan yang berasaskan urat saraf. Bermaksud orang yang akan mengubat kita itu, akan memeriksa urat saraf di tapak kaki kita untuk menentukan penyakit yang kita alami. Untuk memudahkan penceritaan aku ini, biar aku perkenalkan orang yang melakukan proses rawatan ini namanya; Wan. Pemalu orangnya. Tanya sepatah jawab sepatah. Oh yea! Lupa nak habaq nama tempat ini ialah PUSAS (Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh). To tell you the truth, aku ni jenis yang susah sket nak percaya cara perubatan selain daripada ubat doktor. Tetapi disebabkan parent aku insist me to go, so "I fooolllooowww". And terdapat beberapa benda yang agak "miracle" terhadap analisis yang dibuat oleh Wan ini terhadap both of my parent.

Rawatan Altenatif:Rawatan Urat Saraf

Mesti korang tertanya-tanyakan macam mana Wan ni check kan? Ok mula-mula dia akan pegang tapak kaki kita untuk check saraf kita. Dari sini dia akan dapat tahu saraf yang problem and relate with our penyakit. Dia akan tahu, apa yang kita kurang makan and terlebih makan sehingga memudaratkan kesihatan kita. Sebagai contohnya in my case bila dia pegang jer kaki aku dia cakap; "Ini kurang makan sayur ni" Hehehe aku sengih jer. Rase normal jer aku makan sayur macam orang lain, masih kurang jugak? Haaaisshh....malu I tau, Wan...Hahaha tak pasal-pasal.

Then step yang kedua dia akan, bubuh minyak untuk memulakan proses mengurut dia. Sebenarnya jika diperhatikan bukan urut pun, dia just pegang-pegang dekat saraf yang problem tu. Perbetulkan mana-mana yang dah terbelit agaknya. Beware yea, masa ni memang sakit. Aku jenis yang memang tak suka berurut ni, so sesekali kena urut ni aduhai sakitnya. Ntah berapa kali Wan tu menarik kaki aku yang lari bila sakit. Ikutkan hati masa dia urut tu, nak jer aku pegang tangan dia and cakap; "STOP!!!".

Then after that dia akan mengurut kaki kita menggunakan kayu pulak.Dont worry, kenit jer kayunya, sebesar jari-jemari jer. Pada mulanya aku ingat masa kayu ni yang sakit, tapi masa kayu ni tak sakit pun macam step sebelum ni. Disebabkan aku dah trauma sakit dengan step before this, kaki aku jadi merekot takut untuk bagi Wan urut. Terpaksalah dia convince aku untuk luruskan kaki. Tersengih kambing Wan tu tengok aku yang dah menikus ketakutan. All together proses ini lebih kurang 15-20 minit sahaja.


Rawatan Altenatif:Rawatan Urat Saraf

Setelah selesai proses berurut tu, dia akan bagi kita satu buku kuning di mana dia akan highlight, garis dan circle pada senarai penyakit-penyakit kita. Terdapat juga beberapa pantang larang makanan yang harus di patuhi oleh pesakit. Contohnya kancang panjang, air batu, dan banyak lagi lah. Aisseehh...air batu? Air batu ni memang aku pantang....tapi pantang nampak. Sehingga ke hari entry ini ditulis, aku bleh pantang semua benda kecuali air batu tetap ku teguk.


Rawatan Altenatif:Rawatan Urat Saraf


Jika ditanya tentang bayarannya tidaklah mahal, below RM20 jer. Lagi satu yang aku macam berkenan nak try rawatan ini ialah, mereka di sini tidak memaksa kita mengambil produk mereka. Aku cukup pening bila, orang promote-promote barang kat aku. Kadang-kadang dari aku nak beli, dek kerana terover promote aku bleh blah begitu sahaja.

Kepada sesapa yang berminat untuk mencuba rawatan ini, PUSAS beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa dan Jumaat. "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati"




pssstt...pssstt...perlakon Zaibo tu ada mencuba buat rawatan saraf ni.

What is: Endoscopy & Colonoscopy?

27 July 2010 – As I promised to tell you about my Opah that had admitted at Klang Hospital. Opah need to do colonoscopy. Mula-mula opah complain cakap dia kena food poisoning then dia tak ada selera makan. Every month memang dia akan datang sini untuk buat medical checkup and physiotherapy. So masa jumpa doctor tu dia pun bgtau lah yang dia ada problem tu. Then doctor ask she to do endoscopy and colonoscopy.



What is endoscopy?
Endoscopy (in Malay endoskopi) merupakan proses memasukkan tiny camera yang diberi nama endoscope ke dalam badan pesakit. Alat ini (the tiny camera) digunakan untuk memeriksa kawasan-kawasan yang tersorok di dalam organ berongga dan juga diseluruh rongga badan. Camera ni akan dimasukkan ke tubuh pesakit mengikut situasi penyakit. In my opah case, camera dimasukkan melalui mulut. 2 of my auntie dibenarkan masuk during this procedure. Semasa camera tu berada di usus kecil, nampaklah spot ulcer. Luckily there is only one spot of ulcer.

Macam mana rupa endoscope ni?(the tiny camera)


Endoskop ni terdiri daripada beberapa komponen:
  1. Tube panjang yang sgt halus dan flexible
  2. Sumber cahaya yang bertujuan nak menyuluh laluan camera tu. Cahaya tu akan disalurkan dari luar menggunakan fiber optic
  3. Fiberscope iaitu kanta pembesar untuk doctor tengok dengan lebih jelas perjalanan camera tu.
  4. Extension tambahan so that, if doctor need to do put any related instrument.
Antara kes-kes yang melibatkan endoscope:
  1. Saluran penghadaman/pencernaan
  2. Saluran pernafasan
  3. Semasa hamil
  4. Pembedahan plastic
Even FBI gunakan kaedah ini di dalam invetigate proses mereka di tempat yang dikawal ketat.


What is colonoscopy?
Proses nyer lebih kurang sama macam endoscopy,iaitu masih memasukkan camera ke dalam tubuh pesakit, tetapi kali ini camera di masukkan melalui dubur pesakit. Prosedur ini lebih tertumpu kepada usus besar. Melalui prosedur ini, doctor boleh melihat dan mengambil sampel polip sekecil 1mm dan kurang. Usually semasa colonoscopy ni, doctor akan mengambil sedikit sel normal pesakit dan sel-sel yang kelihatan tidak normal keluar dari badan pesakit. Ini bertujuan untuk melakukan ujikaji di makmal tentang keadaan pesakit. Menurut pengalaman auntie-auntie aku yang dapat melihat semasa procedur ini dijalankan, semasa camera tu ‘menjelajah’ usus opah aku, memang nampak clear single thing. And ada satu ketika tu, dia orang macam panic nampak ada satu sel yg lain dari yang lain dan besar sangat. Tetapi bila doctor tu, scoop keluar (doctor cangkup sel tu masuk ke dalam net) sel itu, rupanya teramatlah keciknya.

So, ape beza antara endoscopy n colonoscopy?
Yang paling senang untuk di bezakan ialah,endoscopy adalah pemeriksaan untuk usus kecil dan colonoscopy untuk usus besar. Endoscopy bleh gak dilakukan melalui dubur(bergantung kepada kes pesakit), tetapi colonoscopy memang tak ada cara lain masuknya, memang dari dubur.

Persedian sebelum prosedur ini
Disebabkan doctor nak 'menilik' keadaan perut kita (untuk case pencernaan), so perut kita perlu dikosongkan sekurang-kurangnya 6 jam sebelum prosedur ini dijalankan. Untuk case opah aku, doctor telah arahkan untuk minum sejenis ubat nama 'Fotran' (btul ke ejaan nyer ni ek) . Apabila patient makan ubat ini, dia akan mengalami cirit-birit. Ini supaya laluan camera tu nnt clear tak adalah anasir-anasir (najis) yang blok laluan dia. Adalah disyorkan kepada orang tua yang sakit lutut, and tak berapa kuat utk berlari ke toilet, bila 'emergency call' tu, pakailah pampers siap-siap. Oh yea, 'Fotran' tu macam serbuk yang perlu dibancuh bersama 2 liter air. Opah aku kena minum 3 sachet. Banyak tu. Bayangkan lah 3x2liter = 6 liter. Bleh Pengsan kekembungan. Tu yang bercita-cita nak lari hospital. Hehehehe.

Ok thats all info yang dapat aku share kan bersama.

Special credit to: (for info and picture)
p/s: Semua info di atas adalah penerangan mudah yang aku fahami berdasarkan experience and pembacaan.
 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino