Salam buat semua pembaca blogku. Terima kasih kerana sudi menjengah di sini.
Entry kali ini merupakan satu peluang yang telah dibuka oleh saudara Ben buat blogger baru. Ruangan mari berkenalan buat para blogger baru. Teringat plak masa kecik-kecik dulu baca majalah Bambino, Bujal, Dewan Pelajar ada ruangan mari berkenalanataupun sahabat pena. Hehehe. Konsep dia lebih kurang sama tetapi kali ini lebih moden kerana kita berkenalan di alam maya. Tidak perlu menunggu Encik Posmen lagi. dalam 1 hari kita boleh berkenalan dengan pelbagai golongan blogger dari segenap lapisan masyarakat.
Sebelum ni, saudara Ben ada buat tapi aku tak berkesempatan nak joint. Ni pun tak tau sempat lagi ke tak. Haisshh selalu tertinggal ketapi lah aku ni.
Sudah tidak mahu membebel lagi, aku tolong promotekan sedikit kepada sesape yang berminat nak joit ye, Ben. Apa yang perlu dilakukan, hanyalah ikut 4 step mudah berikut:-
- Tampal Header Blog BEN ASHAARI
- Tajuk entry : JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU dan linkkan ke entri ini (macam mana nak link kan tajuk entry ye?Tak pasti yang ni, link kan ayat dlm entry boleh ka?)
- Berikan kata kata aluan buat mereka yang bakal singgah ke blog anda.
- Pastekan url korang kat ruangan komendi entry JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU di blog saudara Ben.
Kata-kata aluan saya: Kepada semua para blogger yang sudi singgah di blog ku yang baru nak merangkak ini, ku ucapkan ribuan terima kasih. Blog ku ini kebanyakannya menceritakan apa yang berlaku di sekeliling kehidupanku. Diharapak sessi perkenalan antara kita para blogger akan terus berkekalan menjadi sahabat maya di kala suka dan duka. Semoga para blogger semua terus sukses di dalam dunia blog ini.
Kepada saudara Ben: Terima kasih kerana selalu membuka ruang kepada para blogger baru yang baru blajar merangkak di dunia blog ini untuk menonjolkan diri.Tarikh tutup: Tidak pasti sampai saudara Ben penat nak buat list, tetapi list semakin bertambah, so jom cepat-cepat



































