Masih mood raya lagi? Mahu bergaya dan bersolek sakan nampak. Oooppss nanti dulu dah berapa lama blusher yang dilayangkan di pipi yang gebu itu dah digunakan? Macam mana plak dengan lipstik merah menyala yang saban hari dioleskan di bibir tu. Ntah-ntah dah expired. Eh make up ada expired ke? Ada lah sayang-sayang sekalian. Macam nak tau dah expired ke belum, jom baca entry berikut.
Artikel ini aku baca kat yahoo. Sebelum ni ada gak baca kat majalah-majalah tapi explanation yang diberikan tidak begitu jelas. So untuk kebaikan bersama aku sharekan di sini ye. Boleh juga menjadi sumber rujukan aku di hari muka. Oh yea, artikel ini telah aku olah berdasarkan pemahaman aku, so kalo nak penjelasan yang lebih lanjut bleh ke shopping.yahoo.com
Foundation
- Info: Bahan asas foundation adalah air dan ini merupakan favourite kepada bacteria. Simpan foundation di tempat yang kering (NOT IN the bathroom pls) tetapi bukan juga di tempat yang panas. Kiranya di suhu bilik lah.
- Jangka hayat: 6-12 bulan. Tetapi jika foundation tidak dibuka lagi seal nyer, ia boleh bertahan selama 1-2 tahun.
- Tanda-tanda dah expired: Ia mengeluarkan bau pelik and warnanyer berubah dari asal.
CONCEALER
- Jangka hayat: 2 tahun.
- Tanda-tanda dah expired: Perubahan color berlaku
FACE POWDER
- Info: Walaupun bahan-bahan untuk menghasilkan face powder bukan water-based, tetapi selalunya ia mengambil kandungan air daripada ektrak tumbuh-tumbuhan. Contoh bahan-bahan ektrak daripda tumbuh-tumbuhan ialah chamomile, aloe (lidah buaya), bamboo (buluh), green-tea extracts dan oat extracts. Makanya, jangan biarkan face powder terdedah di dalam bilik air, kerana bacteria akan berlumba-lumba membiak di dalamnya.
- Jangka hayat: 2 tahun
BLUSH
- Info: Secara asasnya jika blush yang digunakan jenis serbuk(powder) bukan cream, jangka hayat dan infonya adalah sama seperti face powder. Untuk mengelakkan blusher yang disapu nampak dull, bertompok-tompok, and chalky layer, setelah foundation/moisturizer disapukan, tunggu 2-3 minit untuk ianya kering terlebih dahulu. Apabila dah kering baru lah kita oleskan pipimu itu dengan color merah ye. Oh yea brush yang digunakan untuk blusher tu pun perlu dibersihkan selalu. Jika warna blusher masih kekal di berus dan sukar ditanggalkan, it time for you girl to buy new brush.
- Jangka hayat: Jenis serbuk(powder) – 2 tahun, Jenis krim – 1 tahun
Psstt…psstt..aku suka brush kat elianto, murah dan handy
picture source google image
4 comments:
sgt suke mekap. tapi makin dah meningkat usia ni makin nak simpel mimpel je...huuu~
waa...menarik info ni...tq.
reply ae....elianto ade jual set brush ke?
to mawarcokelat: ada.tp harga nya sy tak pasti.
Post a Comment