Saya Merajuk Ke?

Salam di petang Jumaat buat semua pembaca blogku.

Sudah berapa aku tak update blog? Hampir seminggu. Huhuhu. Sampai Emme tinggalkan message lagi di shoutbox. Thank you, Emme for your concern.

Merajuk ke sampai berhari-hari tak update blog? Ha`a merajuk, merajuk panjang. Merajuk dengan komen-komen yang kalian tinggalkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hehehe tak adalah. Dah kenapa plak aku nak merajuk. Kata kawanku Fadh, yang dari utara tu, "merajuk tak ada 'arah' ".

Aku busy yang amat sebenarnya. Waktu opis hour aku seringkali berakhir di waktu malam. Balik dah tak nampak matahari. Hilang cuti hujung mingguku, kerana terpaksa datang ke opis. Semalam cuti Thaipussam pun kena datang kerja. Aduhai stress sungguh selagi project ni tak roll out. Naik juling mata nak checking data-data yang ada sebelum migration dibuat.




Dan bila stress jer, Mc D pasti menjadi sasaranku mencari Mc Flurry Oreo. Tepat sungguh kata-kata kat cawan Mc Flurry tu, "Sweet Satisfaction". 

Kepada kawan-kawan yang dikasihi sekalian, harap maaf ye jika datang ke 'rumah' ku ini agak 'berhabuk'. Nanti bila project aku ni dah setle rumah ku ini akan kembali berseri-seri. Jangan terus merajuk tak datang sini ye. Project akan roll out on 1 February ni. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Ammmiinnn...



psstt...psstt... type cepat-cepat sementara menunggu kawanku setlekan data-data nyer untuk migrate ke sistem aku plak.

Sofa Merah

Lokasi: Kedai Perabut Mewah

"Mahu beli set sofa cik" Saleman macho menyambut kedatanganku

"Ye, tapi saya belum tahu mahu beli yang macam mana"

"Oh, mari-mari saya tunjukkan sofa yang bagus. Rangka sofa set ini, dari kayu jati cik. Kuat dan tahan lama. Lagi pun nampak mewah dan elegen"
Aku hanya senyum memandangnya,
"Saya bukan hanya mahu yang kuat dan tahan lama. Tidak perlu juga bermewah-mewah"
Setengah jam berlegar, keluar dari kedai tanpa membeli

Lokasi: Kedai Perabut Cantik

"Hallo amoi, mahu beli sofa set ka? Mari saya tunjuk yang cantik. Ini manyak cantik, imported dari luar negara. Sangat baguss maa"

Sekali lagi aku tersenyum sambil berkata,
"Saya tidak mahu dari luar negara dan saya tidak mahu kalo ia sekadar cantik. "

Mengorak langkah keluar dari kedai.


Lokasi: Kedai Perabut Sejati

"Mahu pilih sofa cik?"
"Ye, tapi saya belum tahu sofa apa yang saya mahukan. Ni kedai ke-3 saya pergi"
"Takpe, cik sila lah tengok di sekitar kedai ni. Dan cuba duduk. Jika cik boleh sandarkan bahu dengan tenangnya di sofa tersebut dan cik boleh baring dengan selesanya di saat gembira mahu pun duka bersama-sama. Makanya itulah sofa yang sesuai untuk cik. tetapi yang paling penting cik sendiri harus tahu, apa yang cik hendak"
"Saya mahu sofa merah tu"




psstt...psstt...if only I can choose my soulmate like choosing the sofa.
 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino