Ada sedara mara atau member korang yang pergi haji tahun ni. Di dalam family aku makcik saudara ku di sebelah ibuku, Alhamdulillah sedang menunaikan ibadah haji skrang. Menurut sms kepada anaknya, Nadiah mamanya sedang berada di Mina skrang.
Skrang urusan jemaah haji banyak telah dipermudahkan. Dari segi tempat tinggal aku baca dalam paper tempoh hari sudah banyak hotel yang selesa menjadi tempat bermalam untuk para jemaah. Aku belum ada rezeki lagi untuk ke sana jadi aku tidak berapa mahu mengulas keadaan di sana. Cukup sekadar apa yang aku baca di dalam surat khabar sahaja.
Kemas jer packaging air zam-zam ni |
Namun pada hari Selasa yang lepas, aku baru dapat tahu rakan sekerjaku yang sepatutnya sudah berlepas menunaikan haji, tidak berjaya untuk ke sana. Barang semua sudah siap pack. Namun nasib tidak menyebelahi dia. Dari batch jemaah kawan ku itu, hanya 15 orang sahaja yang lepas. Tiba jemaah haji yang ke-16 sistem scan barcode Arab Saudi down. Segala penjelasannya itu hanya diterangkan di FB nyer sahaja. Mungkin dia penat untuk bersoal-jawab dan masih di dalam mood kecewa. Sebenarnya citer dia agak kabur, tetapi memandangkan perkara ini perkara yang sedih buat dirinya, aku tahan saja niat ku untuk bertanya. Semoga dia sabar dengan ujian ini, dan mungkin belum tiba masanya untuk dia menjadi tetamu Allah.
Aku berharap semoga family ku dan diriku diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah pada satu hari nanti.
psstt...psstt...mengirim doa yang sangat kuhajati pada makcik ku itu. Harap-harap dia tidak lupa.
3 comments:
Salam,
bagus manfaatkan teknologi, elok mntkkirimkan doa sahaja, kesian yg tua2 tu, kdg2 org kampung mntk air zam2, kurma, cincin, kopiah, telekung, tasbih, sejadah, ....... sampai tak terangkat org tua tu hahaha :D
be grateful
Teringin nak gi sana lagi...
ehem. macam guwe tau je doa apa yg dihajatkan sgt itu.....lalala... :p
Post a Comment