Cecair Otak Dah Habis

Hi/Salam buat semua...

Tadi pagi kena attend traning. Training untuk belajar benda baru. Ingat kan just teori sahaja rupa-rupanya ada hands on lah plak. Ha ko! Kelam kelibut petang tadi buat hands on nyer. Nasib baik 'cikgu' yang mengajar ni baik. Dah lama tak kena attend traning yang kena buat hands on ni. Nak setup environment untuk run application tu pun aku dengan member aku berapa kali buat mistake. Kehkehkeh, bersabar ye cikgu. Besok sambung lagi traning. Besok lagi kaw-kaw nyer hands on kena buat. Yang besoknya part lah yang perlu digunakan dalam kerja seharian aku nanti. Kena makan kismis malam ni, bagi besok cepat sket pandainya.

Dah lah semalam aku gi gatal tukar layout blog aku ni. Cuba pelbagai cara untuk buat stand alone page aku tu display full page. Namun masih gagal. Dengan saki baki cecair otak yang masih ada ni aku try pelbagai tutorial yang ada di internet tetapi masih menemui jalan buntu. Walau bagaimana pun sangat berterima kasih kepada Didzy kerana telah memberi beberapa tips yang berguna.



Mesti ada yang pelik pesal aku sebut cecair otak ni. Sebenarnya masa aku praktikal dulu ada sorang kawanku. Nama dia Is. Biasalah bila praktikal kan baru terdedah dengan kerja sebenar kita. Baru lah terkial-kial nak relate antara apa yang kita blajar dengan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Pastu kena siapakan ikut dateline lah plak. Memang masa tu our brain fully utilize. Every day dekat-dekat kul 5, kawan aku yang Is akan bagitau aku,
"Bila nak kul 5 ni, Nak balik.Cecair otak aku dah habis buat hari ni"
Heheheh lawak kan bunyinya. Memang bila balik kerja tu aku memang sangat-sangat penat. Kena naik van (nasib baik company tu sediakan van untuk ke bus-stop berdekatan), pastu bas, lrt and bas lagi skali. Dah lah cecair otak dah hampir habis, pastu penat badan nak berasak-asak guna pengangkutan awam plak.

Kena tido awal malam ni, untuk refill cecair otak ku. Besok mahu diguna pakai dengan banyak nya....Selamat malam kawan-kawan sekalian.


psst..psstt...mungkin ada yang kurang selesa dgn template baru ku ini. Haraf maff ye. Masih dalam fasa construstion


picture credit to google image

6 comments:

Didz said...

Syukurlah dah berjaya :D..Oh, panggil cecair otak..kite panggil jus otak..^^

Lynn Abd Latib said...

1st time dgr ayat nih..hehehe :)
salam kenal..

noreed said...

to didzy: tq for helping me. oh u call it jus otak ye? hahaha tak kisah lah tp same maksudnya

noreed said...

to litltehumblelynn: salam kenalan jugak buat awk. terima kasih sudi melawat di blog saya

khairolghani said...

1st time dengar..ada juga istilah cecair otak dah habis ek..hehe

noreed said...

to khairolghani: hehehe nnt gunakan vocab baru ni ye.

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino