Sudah berapa aku tak update blog? Hampir seminggu. Huhuhu. Sampai Emme tinggalkan message lagi di shoutbox. Thank you, Emme for your concern.
Merajuk ke sampai berhari-hari tak update blog? Ha`a merajuk, merajuk panjang. Merajuk dengan komen-komen yang kalian tinggalkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hehehe tak adalah. Dah kenapa plak aku nak merajuk. Kata kawanku Fadh, yang dari utara tu, "merajuk tak ada 'arah' ".
Aku busy yang amat sebenarnya. Waktu opis hour aku seringkali berakhir di waktu malam. Balik dah tak nampak matahari. Hilang cuti hujung mingguku, kerana terpaksa datang ke opis. Semalam cuti Thaipussam pun kena datang kerja. Aduhai stress sungguh selagi project ni tak roll out. Naik juling mata nak checking data-data yang ada sebelum migration dibuat.
Dan bila stress jer, Mc D pasti menjadi sasaranku mencari Mc Flurry Oreo. Tepat sungguh kata-kata kat cawan Mc Flurry tu, "Sweet Satisfaction".
Kepada kawan-kawan yang dikasihi sekalian, harap maaf ye jika datang ke 'rumah' ku ini agak 'berhabuk'. Nanti bila project aku ni dah setle rumah ku ini akan kembali berseri-seri. Jangan terus merajuk tak datang sini ye. Project akan roll out on 1 February ni. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Ammmiinnn...
psstt...psstt... type cepat-cepat sementara menunggu kawanku setlekan data-data nyer untuk migrate ke sistem aku plak.




